Jas duit

Jasduit - Just do it !

Monday, February 16, 2015

Tutup perniagaan 2 jam waktu solat Jumaat

  Mat Bihi       Monday, February 16, 2015
Tutup perniagaan 2 jam waktu solat Jumaat
Kelantan telah memberikan arahan pada kesemua premis perniagaan untuk tutup kedai selama 2 jam ketika orang ramai menunaikan solat Jumaat pada setiap hari jumaat. Arahan tersebut menyeluruh kepada semua perniagaan dan tidak terhad kepada peniaga yang beragama Islam sahaja.

Surat dikeluarkan pada tarikh 14hb Januari 2015 dan ditandatangani oleh Setiausaha Majlis Rosnazli Amin. Dalam surat pekeliling tersebut, amaran diberikan pada mereka yang engkar tidak mahu patuh pada peraturan tersebut. Jika peniaga tidak ikut, tindakan akan diambil terhadap mereka.

Sebelum ini negeri Terengganu di bawah pemerintahan Barisan Nasional telah mengumumkan peraturan yang sama dan dikritik oleh para peniagan bukan Islam dengan memberikan perbandingan bahawa negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS jauh lebih fleksibel dalam hal tersebut.

Pada 9 Disember 2014, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan di Dewan Undangan Negeri exco kerajaan negeri meluluskan penutupan premis pusat beli-belah di negeri ini selama dua jam dari 12.30 tengah hari pada hari Jumaat. Peraturan itu akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2015 dan pihak berkuasa tempatan di negeri itu akan meminda undang-undang kecil mengenainya.

MCA bantah tutup perniagaan waktu solat jumaat

Setiausaha MCA Kelantan, Datuk Lua Choon Hann mengkritik arahan yang dibuat oleh pihak Majlis di Kelantan itu tidak praktikal. Ia tidak sensitif pada orang yang bukan islam yang mahu makan tengahari pada waktu tersebut.

Jika para peniaga samada muslim atau bukan muslim terpaksa tutup perniagaan pada waktu antara 12.30 petang ke 2.30 petang, maka orang yang bukan Islam yang mahu keluar makan tengahari pada waktu yang sama akan hisaup jari. Kalau nak makan juga pada waktu itu perlu bawa bekal atau beli lebih awal dan bungkun bawa ke pajabat.

Arahan itu boleh menghalau pelabur dari datang ke Kelantan kata MCA dan begitu juga para pelancong akan lari keluar dari Kelantan kerana tidak senang dengan peraturan yang mahu dikuat kuasakan itu. Orang awam bukan Islam yang nak ke Bank juga menghadapi kesukaran pada waktu bank tutup dan terpaksa ambil cuti separuh hari.

Banyak masalah pada bukan Islam

Memang banyak juga yang boleh disenaraikan berlaku pada orang yang bukan Islam jika arahan itu perlu diikuti oleh semua orang samada muslim atau non-muslim. Mungkin masalah tak timbul jika arahan hanya pada premis perniagaan yang dipunyai oleh orang Islam sahaja di mana para pelanggannya juga mestilah terdiri daripada hanya orang Islam sahaja.

Kita lihat larangan berjual beli ketika solat jumaat yang ada di dalam Al-Quran:

Allah Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ , فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.”
(Al Jumu’ah: 9-10).

Kalau kamu orang Islam, orang yang beriman sudah tentu kamu perlu ke Masjid untuk tunaikan solat Jumaat. Maka rasanya tak ada apa-apa masalah pada orang yang beriman. Tetapi apakah larangan tersebut perlu diluaskan pada semua yang bukan Islam... apa pendapat anda yang punya ilmu dalam hal ini...?

Perlukah kita kuatkuasakan larangan buka kedai pada semua termasuk muslim atau non muslim. Perlukah larangan menyeluruh di semua tempat termasuk hotel, pasaraya, restoran dan sebagainya. Apakah pemerintah perlu ikut atau tunduk dengan tekanan orang bukan Islam yang merasakan larangan tersebut menyusahkan mereka...?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tutup perniagaan 2 jam waktu solat Jumaat

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Persoalannya mudah patuh arahan undang-undang lama kelamaan ia akan jadi mudah untuk dipatuh,ambil contoh kita makan dalam satu hari tiga kali (pada kelazimannya) bilakah agaknya kita biasakan diri kita makan tiga kali sehari tu adakah ia bermula semasa umur kita 20 tahun atau ianya bermula dari semenjak ibu kita mula menyusu atau memberi susu dan lagi satu di negara arab banyak juga yang bukan beragama islam dan juga kedai makan yang bukan beragama islam bah kedai menjual arak pun ada tapi bila hari jumaat dan masuk waktu sembahyang mereka dengan sendiri telah faham untuk menutup premis perniagaan mereka bila masuk waktu sembahyang jadi kita sama-samalah hormat menghormati sesama kita demi untuk menghambakan diri pada tuhan mengikut kepercayaan masing-masing usahlah terlalu rigid dengan ketaksuban kefahaman sendiri kata sepatutnya berasa bertuah berada dinegara ini rakyatnya tidak berapa peduli dengan kecaman eloklah tu jika waktu sembahyang direhatkan sedikit waktu urus niaga demi membina siasah akhlak generasi yang akan datang. amin

    ReplyDelete
  2. Tidak menjadi masalah kerana hari jumaat adalah hari cuti di kelantan.....masa yg ada banyak terluang dan boleh bersama famili dan boleh beribadat dgn tenang.....org yg tak sembahyang jumaat saja rasa susah hidup.

    ReplyDelete