Friday, 6 February 2015

Honda HR-V Pulak Dah !

Posted by   on

Macam-macam pilihan kereta yang boleh pengguna cuba sekarang. Dari segi model saja kita dah ada berbagai jenis. Secara umumnya, sebagai orang kampung saya hanya faham kita ada dua pilihan utama, iaitu, Kereta Jepun dan Kereta Kontinental. Dan sekarang kita ada dua lagi tambahan baru iaitu Kereta Cina dan Kereta India.

Kereta paling popular dan glamour kat negara kita sudah tentu jatuh pada dua jenis kereta Jepun yang semua orang kenal. Kedua-dua jenis kereta ini bersepah-sepah di jalan raya di seluruh negara dari Perlis sampai ke Johor. Iaitu kereta Honda dan kereta Toyota.

Kereta paling banyak dipakai orang pula sudah tentu jatuh kepada kereta Nasional iaitu Perodua dan juga Proton. Walaupun banyak orang pakai kedua-dua jenis kereta nasional ini, malangnya ia bukanlah termasuk dalam jenis kereta yang glamour.

Tak ada peningkatan imej sangat jika naik kereta proton. Kan bersepah-sepah dan kalau naik di dalamnya akan dengar berbagai bunyi yang tak berapa best. Jadi nak glamour macam mana?

Walaupun dengan berbagai pakej masalah yang ditawarkan bersama dengan pembelian kereta Nasional terutamanya dari kereta Proton, ramai yang terpaksa ambil juga sebab tawaran harga mengatasi segala-galanya.

Honda HR-V baru diancarkan

Panjang pulak goreng mukadimah kat atas tu sampai termengata dan terkritik kereta kebangga ramai rakyat Malaysia terutamanya pada pekerja kilang kereta Nasional.

Sebenarnya nak cerita pasal model terbaru dari Honda yang baru saja dilancarkan dan mendapat liputan hebat. Honda nampaknya telah memperkenalkan satu lagi jenis yang dipanggil HR-V. Kalau sebelum ini kita semua dah pernah tahu tentang jenis CR-V, tapi kali ni adik kepadanya diperkenalkan pada para peminat kereta Honda.

Sekali tengok secara online nampak amat menarik sekali HR-V ini. Ia di perkenalkan dalam 3 variasi iaitu Honda HR-V variasi S, E, dan V. Harganya pulak teramatlah menarik dan amat kompetitif yang bakal membuatkan jenama lain perlu semak apa tawaran mereka pulak.

Untuk HR-V jenis S, anda hanya perlu keluarkan duit sebanyak RM99,800 sahaja. Untuk Variasi E pula mahal sikit, iaitu sejumlah RM108,800. Manakala untuk HR-V dari variasi V, harganya paling mahal iaitu RM118,800.

Kesemua kereta Honda HR-V dilengkapkan dengan enjin 1.8L i-VTEC SOHC berserta transmisi CVT atau 'Continuous Variable Transmission". Serius saya tak tau apa makna semua huruf dan perkataan yang diberikan dalam enjin dan transmisi tu, tapi rasanya macam best saja bunyinya untuk mempengaruhi orang buat keputusan.

Apa kata anda tentang HR-V yang baru diperkenalkan ini. Apakah harganya menarik untuk dipertimbangkan. Mungkin ada yang minat pada CR-V sebelum ini tapi tak berapa nak boleh seluk poket sebab tak cukup. Jadi dengan adanya HR-V, mungkin boleh sambar satu atau dua buah.. amacam?

8 comments:
Write comments
  1. Saya tak tahu kenapa orang melayu suka memburukkan diri atau pencapaian sendiri. Saya telah memakai 3 jenama kereta - ford (3 tahun), Honda Civic (12 tahun), Proton waja (9 tahun) dan terbaru sekali Proton Suprima -S (5 bulan). Waja saya itu lebih reliabilitynya dari Honda saya itu. Dalam 6 tahun pertama saya telah menukar lebih banyak parts dari Honda itu berbanding Waja. Suprima itu so far so good , mempunyai lebih banyak keistimewaan dari kereta berharga RM200,000.
    Utk pengetahuan tuan, saya beli suprima bukan sebab saya tak berduit ataupun saya pekerja proton. Tapi yelah tak glamer bawa proton, Myvi (suku sakat Daihatsu) yg kecik tu pun takpelah asal jangan proton. Melayu..., melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerete Proton tu bukan kereta Malaysia ke, bukannya kereta Melayu..?

      Delete
    2. To be politically correct bolehlah kita katakan kereta malaysia. But u know I know lah keadaan sebenar.

      Delete
  2. untuk anoy feb 6,4.44...bukan nk kondem sgt pun, proton tu..tapi aku pakai toyota s.e 1990, n proton persona 2007..tapi perbezaan dia, cukup banyak... kalau duduk area utara..try la hiway plus arah ipoh-kuala kangsar...selepas terowong menora...semasa menurun bukit menuju utara...anda akan tau perbezaan dia...dashboard toyota aku siap buleh letak bunga yg geleng2 tu lagi...tak jadi ape pun...tapi kalau persona tu..duit siling dalam drawer tu pun meloncat nak keluar...begegar mcm 7.8 skala ritcher...sori la...ini fakta ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumat menarik tuan. Terima kasih sudi berkongsi, mungkin anon 4.44 antara mereka yg terpilih bernasib baik dapat yg berkualiti...

      Delete
    2. Maybe u can try Ganti yr engine mounting. I buat Begitu dgn waja saya dan perubahannya sangat ketara - punyalah senyap engine dan tiada getaran sampai terstart engine 2 kali.
      Mungkin saya & keluarga saya bertuah dgn proton. Walauapapun saya bangga memakai proton. You people have a good life ya.

      Delete
  3. Hello, I read your news. Your writing skills are very usefull for me. I hope that you will continue your this fabulous work in the future. Honda HR-V

    ReplyDelete
  4. Klu nak banding biarla yg sepadan...rege 100k dgn rege 100k la...banding 100k ngan 60k watper...by the way saya dah pki proton...dah pki perodua...ok jek dua2 tuh yg ptg pki cermat no major prob...tp tuh la tgk hr-v ni mcm best jek...

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter