Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, February 2, 2015

Suria FM mendekati Rally - Lihat siapa pandu kereta rally !

  Mohd Shubhi       Monday, February 2, 2015

Kini Naim Tahak, Haim Othman, Linda Onn dan Adibah dah didedahkan kepada teknik pemanduan kereta Rally. TAJ International College (TIC) telah mengajar Naim Tahak, Halim Othman, Linda Onn dan Adibah Cara Pemanduan Rally 31 Jan 2015

TAJ International College (TIC) telah bersama-sama Suria FM dalam satu program “Cabaran Grandstan Suria” di mana TIC memberikan panduan dan teknik pemanduan rally dan cara menjadi crew kepada pendengar bertuah Suria FM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutf TIC Selangor selaku Ketua Jurulatih TIC Advanced & Performance Driving Academy “TIC mempunyai satu pasukan TIC Motorsports Team dan memfokuskan kepada aktiviti sukan pemotoran dan pada hari ini pihak kami bersyukur kerana dapat bersama-sama Suria FM untuk memberikan pendedahan tentang dunia rally”.

Bersama sama beliau iailah Penolong Jurulatih yang juga merupakan staff TIC iaitu En Faidzal Alang yang merupakan pemandu ralli dan telah menjuarai berberapa kejohanan ralli tempatan.

Naim, Halim, Adibah dan Linda diberi tunjuk ajar oleh Azad dan Faidzal di dalam kenderaan ralli sebenar dengan cara dan teknik pemanduan di litar ralli yang di taja oleh Sepang Circuit.

Mereka diberikan peluang menaiki kenderaan dengan dipantau oleh Azad dan Faidzal. Pada akhir sesi mereka menunjukkan satu peningkatan pemanduan yang amat baik dan kami dapat lihat bagaimana seronoknya mereka.

Naim dan Adibah mencatat masa terpantas pada 3 pusingan Rally Special Stage mengatasi masa Halim dan Linda.

Walau bagaimanapun krew Halim dan Linda mencatat masa terpantas di dalam pertandingan berasingan iaitu kecekapan dan kepantasan menukar tayar.

Pasukan krew Halim dan Linda diberikan voucher RM450 seorang untuk mengikuti kelas Advanced Driving daripada TAJ International College.

Makanan pada krew dan pemandu telah ditaja oleh Mangkuktingkat.com dan “MVM Lazat” dengan pelbagai juadah yang lazat dan sedap untuk semua hadirin.

Menurut Azad, TIC Motorsports Team akan cuba beraksi bersama-sama barisan pelumba ini untuk pelbagai acara trek dan rally pada tahun 2015 dan beliau amat berterima kasih kepada pelbagai penaja yang menaja pasukan beliau pada kali ini.

TAJ International College (TIC) ialah sebuah IPTS yang menawarkan pelbagai program SKM, Diploma dan Ijazah dan masters kepada pelajar.

Bagi pelajar dan ibu bapa yang berminat untuk mendedahkan anak-anak mereka dengan ilmu automotif serta pendedahan kepada industri automotif dan motorsports, bolehlah dapatkan maklumat di www.tic.edu.my

Atau boleh hubungi dengan email kepada: azad@taj.edu.my atau faidzal@taj.edu.my

TIC bakal membuat kemasukan pada bulan Februari 2015 ini dan sama-samalah belajar di TIC bagi pelbagai kursus jangka panjang dan jangka pendek.

Di Advanced & Performance Driving Academy, seperti mana Naim , Halim, Adibah dan Linda ikuti, TIC akan menggilap dan mengasah bakat pelajar di dalam sektor automotif dan sukan bermotor.

TIC mengalu alukan para pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia dan SPM untuk melanjutkan pelajaran

Untuk sebarang maklumat boleh hubungi :-
Azad Jasmi,
Ketua Pegawai Eksekutif,
TIC Selangor
azad@taj.edu.my
0133016666
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Suria FM mendekati Rally - Lihat siapa pandu kereta rally !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !