Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, March 29, 2015

Kena tipu hidup-hidup dengan Waze

  Mohd Shubhi       Sunday, March 29, 2015
Kena tipu hidup-hidup dengan Waze
Waze memang ada banyak manfaatnya untuk mereka yang sering mengembara. Terutamanya jika mengembara ke lokasi yang tidak pernah sampai sebelum ini, Waze dapat bantu untuk sampai ke destinasi dengan tepat dan mudah sekali.

Selama ini saya mengembara mencari lokasi yang tak pernah dijejaki bersama dengan kawan yang menjadi co-pilot di sebelah. Biasanya orang sebelah akan memegang telefon pintar pada tapak tangannya dan saya duduk di ruang memandu mengikut saja arahan yang diberikan oleh suara Elvis Presley dari Waze.

Tak pernah lagi berlaku di mana Waze membawa ke lokasi yang salah setiap kali dimasukkan alamat yang betul. Dalam perjalanan ke Johor baru-baru ini untuk mencari lebih dari 20 lokasi yang berbeza di sekitar Johor yang luas itu, semuanya berjaya dengan cemerlang.

Dari semua pengalaman tersebut, membuatkan saya amat yakin dengan keupayaan Waze untuk memudah dan meringkaskan perjalanan walau di mana saja nak pergi.

Maka Waze jugalah yang saya jadikan alat untuk mencari sebuah lokasi di Pekan Pahang baru-baru ini.

Dari Sabah ke Inderapura Lake Resort, Pekan, Pahang

Saya sampai dari Kota Kinabalu Sabah ke KLIA 2 pada Khamis malam tepat pukul 12. Sebaik saja sampai, terus sms kawan yang bersetuju untuk ambil bawa balik ke rumah. Dapat jawapan darinya yang dia sedang dalam perjalanan dan sudah hampir.

Saya keluar dari airport tunggu depan jalan dan tak berapa lama nampak dia dah tunggu dalam Hilux. Tak tunggu lagi, terus masukkan beg yang ada dan kami bertolak menuju ke Lembah Pantai. Sampai di sana singgah sebentar untuk isi perut sebab kawan yang ambil tu lapar.

Saya masih simpan makanan berupa mee goreng mamak yang dibeli dalam penerbangan AirAsia sebentar tadi, dan keluarkannya di gerai mamak tepi jalan yang kami singgah itu. Mamak tak kisah saya bawa makanan dari luar, malah dia tanya pula berapa harga mee goreng mamak dari Air Asia tu.

Saya jawab harganya agak mahal dan mamak mengiyakannya dan kutuk harga tersebut sebab dia dah kena sekali. Saya tertawa saja, asalkan dia tak marah bawa bekal dah kira ok. Mungkin dia geram kat saya tapi lepaskan geramnya pada AirAsia.

Guna Waze cari Inderapura Lake Resort, Pekan, Pahang

Semua aktiviti perjalanan, singgah makan dan bertolak balik membuatkan saya hanya boleh tidur pada pukul 3 pagi. Memang amat meletihkan jika sentiasa hidup dalam perjalanan mengembara ke sana sini.

Pada hari jumaat tu terpaksa bangun awal dan buat kerja. Selepas bangun solat subuh, terus mandi, bersiap dan pergi pejabat.  Saya selesaikan semua urusan penting di waktu pagi dan rehat sekejap untuk tunaikan solat jumaat.

Walaupun amat mengantuk ketika bacaan khutbah di Masjid TTDI Jaya, tapi tak boleh tidur. Keadaan cuaca panas dan bangunan Masjid itu yang berbumbungkan zink dan tertutup dari laluan angin menambahkan rasa panas. Peluh menitik dari dahi sampai ke perut dalam baju. Rasa macam nak pitam, nasib baik dalam keadaan duduk. Kalau tak, dah lama pitam.

Selesai solat Jumaat, saya bergegas ke Subang Jaya dan selesaikan satu lagi kerja penting. Habis kesemua itu dah masuk pukul 4 petang dan terus pergi ke USJ 12 untuk ambil kawan. Kami akan bertolak menuju ke Pekan, Pahang.

Oleh kerana keluar dari Lembah Klang waktu orang ramai bergegas nak balik rumah dipetang jumaat, kami sangkut dan tiba ke Pahang pada waktu malam. Kami keluar kat Gambang sebab ada tanda arah Pekan di situ. Malangnya setelah keluar dari Tol dan sampai ke lampu isyarat, tak ada lagi tanda arah ke Pekan.

Apa lagi!, Waze dibuka dan alang-alang cari Pekan, cari terus destinasi sebenar di mana kami akan menginap kat sana. Kawan masukkan nama Inderapura Lake Resort dalam waze dan perjalanan bermula.

Waze tipu hidup-hidup di waktu malam

Saya cukup yakin dengan Waze. Ke aman saja dia arahkan, saya ikut saja sebab pengalaman sebelum ini ternyata tepat. Kami ikut arah jalan ke Segamat dan masuk pada kawasan gelap di kiri kanan sehinggalah sampai ke Daerah Pekan.

Tak ada langsung tanda arah menuju ke Inderapura Lake Resort sedangkan waze bagi tahu dah dekat. Ada satu simpang gelap dan kecil yang Waze suruh masuk, dan saya ikut saja walau dalam hati amat sangsi.

Bagaimana resort tu terlalu mangkaq tak buat satupun tanda arah menuju ke lokasinya sedangkan dah hampir sampai. Saya masuk perlahan-lahan jalan sempit itu sehinggalah sampai di kawasan rumah papan yang semuanya bertiang 5 kaki tinggi. Mungkin kawasan banjir, fikir saya dalam hati.... suasana bening dan amat sunyi...

Waze bawa ke kandang lembu

Tak ada orang di luar dan suasana gelap amat mencurigakan. Saya terus sehinggalah dah tak ada lagi jalan tar. Hanya tinggal kawasan berbatu dan waze kata pergi depan sikit lagi. Saya ikut juga dan tiba-tiba terkejut! dan saya tekan brek dengan kuat.

Seekor lembu berlari sambil tercacak ekornya ke atas. Lembu itu juga terkejut dengan kehadiran kami rupanya. Saya lihat di depan gelap gulita dan yakin bahawa Waze dah tipu kami hidup-hidup malam itu. Nasib baik tak ada orang terjaga. Kalau tak mungkin orang ingat kami nak curi lembu.

Waze bawa ke kubur

Kami keluar semula dengan pantas ke jalan utama, berhenti sebentar tepi jalan dan berbincang. Saya cuba buat panggilan pada kawan di Pekan untuk dapatkan maklumat sebenar tapi panggilan tak dijawab. Mungkin mereka dah tidur. Terpaksalah guna Waze sekali lagi.

Kawan di sebelah buat carian semula dan tekan Go. Saya ikut lagi arahan Waze. Dia bawa ke depan lagi yang masih dalam keadaan gelap di jalan utama menuju ke Pusat Bandar Pekan. Tak berapa lama kemudian Waze suruh masuk ke lorong kecil sebelah kiri pula.

Saya masuk walaupun kawasan itu juga dalam keadaan gelap seperti sebelum tadi. Punya ikut dan ikut sampailah ke satu persimpangan. Di depan kami terbentang luas kawasan perkuburan Islam! Waze kata kami dah hampir sampai!

Saya tak tunggu lagi dan terus kona kiri dan keluar semula dari kawasan tersebut. Waze tipu sekali lagi dan akhirnya rakan yang dari Pekan buat panggilan. Dia bagi tahu terus pergi ke Pusat Bandar berhampiran McD. Kat situ lokasi sebenar Inderapura Lake Resort.

Sampai ke Inderapura lake Resort, jam dah menunjukkan pukul 12.30 malam. Sekali lagi saya tidur lewat walaupun esok nak kena bangun awal untuk selesaikan kerja bercakap satu hari suntuk. Dalam keadaan yang amat letih itu, Waze pula nak buat lawak...! satu pengalaman yang seronok nampaknya. Anda ada pengalaman sebegitu?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kena tipu hidup-hidup dengan Waze

Previous
« Prev Post

11 comments:

  1. Mmg pernah kn tipu dgn waze kat pnf nk pergi batu ferringgi dr jambatan dia suruh round satu pulau...masa hujan ikut jln bukit di balik pulau paling trill.. kalau ikut kwn sy cuma ambil masa 20 min jet tp sbb ikut waze lebih 1 jam baru sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan kongsikan pengalaman tu. Nampaknya kena berhati-hati selepas ini sebelum gunakan Waze.

      Delete
  2. dulu masa mula2 memang rasa teruja gunakan waze ni sebab social-oriented. boleh communicate dengan user lain. tapi bila saya perasan yang info dalam ni banyak tak tepat, jalan2 pun tak berapa detail terutama di luar bandar (pekan), terus saya tak guna. kalau guna pun sebab nak tau keadaan trafik. nak elak jalan sesak atau nak tau apa punca.

    sekarang lebih selesa guna google map sebab dah ada panduan suara. kalau search pun, boleh pastikan betul atau tidak sebab boleh view (satelite image).

    ReplyDelete
  3. Bukan Waze yg menipu.

    Kena faham konsep Waze.

    Peta Waze bukan macam Papago, Garmin, Sygic atau Google Map. Semua tu, Syarikat pembekal yang bekalkan peta.

    Peta Waze dibekalkan dan dilengkapkan oleh pengguna Waze itu sendiri.

    Sesuatu lokasi hanya menjadi tepat jika ada pengguna Waze (dlm level Waze user tertentu) berkali-kali tiba ke lokasi tersebut menggunakan Waze. Jika tiada pengguna tiba di lokasi, maka lokasi yg ditunjukkan adalah mengikut "result" kata kunci yg paling hampir - macam kita search Google juga, kadang2 dapat result yg tah-hapa-hapa, tak de kena mengena dgn yg kita cari.

    Satu teknik guna Waze yang saya tak pernah gagal ialah :

    1. sebelum bertolak, saya buka google map, search lokasi melalui google map.
    2. Setelah dapat, saya cari "Landmark" bagi berhampiran Lokasi.
    3. Saya pastikan kedudukan "Landmark" dan lokasi tersebut dan print out peta tersebut.
    3. Kemudian dalam Waze, saya masukkan "landmark" tersebut.
    4. Bila guna Waze, sampai ke "landmark", guna peta no 3 di atas, dah tiba destinasi dgn mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pencerahan tu. Baru faham kenapa jadi begitu... lepas ni nak kena pakai petua yang diterangkan tu... tq

      Delete
    2. Maaf, ada kesilapan dalam komen di atas.

      Peta Waze di bekalkan dan dilengkapkan oleh Komuniti Pengguna Waze, bukan pengguna Waze.

      Delete
  4. Saya akui memang saya pernah terkena dgn waze bila nak cari restoran dkayu di seberang perai.. tp tu sekali je la.. yg lain2 excellent.. yg ingin saya kongsikan di sini ialah baru2 ni sy nk ke kenduri kahwin di pulau indah.. sengaja sy pasang waze utk suka2 sedangkn tmpt tu mudah je nak cari ikut kesas.. ketika di simpang puchong saya terkejut bila waze suruh sya belok kiri bkn terus spt yg sepatutnya.. dari jarak 70km jd 100km ikut skve yg x pernah saya lalui utk sampai destinasi.. dah lah minyak dah x brp nak ada... Bila sampai ke destinasi baru saya paham kenapa jd begitu.. saudara mara yg lain yg dah bertolak lebih awal dari saya hanya slps tiga jam baru sampai.. rupa2nya ada kejadian lori terbalik di laluan asal.. so sy jln jauh sikit tapi terlepas lokasi accident yg mampu menyebabkn kelewatan sehingga tiga jam..
    Selepas dari itu sy kerap gunakan waze walaupun utk sekadar hantar anak ke shah alam dari rumah sy di bt caves...

    ReplyDelete
  5. aduhh waze pun suruh kita ingat kubur@mati heheh..ada juga pengalaman waze salah hantar...

    ReplyDelete
  6. Salam...selalunya saya guna waze untuk mengelak "speed trap" dan mengelak kesesakan lalu lintas..wekeke...

    ReplyDelete
  7. Baru sy tahu kenapa waze sy slalu buat hal...

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !