Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, March 31, 2015

Naik bot ke Pulau Manukan, Sabah

  Mohd Shubhi       Tuesday, March 31, 2015
Naik bot ke Pulau Manukan, Sabah
Bulan Februari 2015 yang lalu saya berpeluang pergi naik bot ke Pulau Manukan Sabah. Memang dah lama simpan hasrat untuk pergi ke Pulau Manukan ini tapi tak kesampaian sebelum ini sebab tak ada masa.

Saya dah pergi dapatkan maklumat untuk ke Pulau Manukan di tempat membeli tiket di Jesselton Point, Kota Kinablu sebelum ini. Dari situ, dapat tahu biasanya orang akan pergi samada ke Pulau Manukan, Pulau Sapi atau Pulau Mamutik.

Ketiga-tiga tempat tersebut merupakan destinasi popular yang biasanya orang pergi melawat. Biasanya orang ke sana untuk mandi manda, buat aktiviti snokling, atau sekadar menikmati suasana keindahan pantai yang bersih, nyaman dan aman damai.

Menurut pekerja yang menjual tiket di Jesselton Point, kalau nak pergi mandi manda dan snokling, paling elok pergi ke Pulau Sapi. Khabarnya lautnya lebih kaya dengan rumpai laun dan ikan dan pantainya lebih bagus. Cuma saiz Pulaunya agak lebih kecil. Jadi tak berapa menarik kalau sekadar nak merayau jalan-jalan ambil gambar dan menikmati suasana pulau.

Tapi kalau nak pergi ambil gambar, merayau sambil menikmati suasana indah keadaan pulau, lebih elok pergi ke Pulau Manukan. Pulau itu saiznya lebih besar. Ada disediakan chalet, restoran mewah dan juga kedai makan biasa yang berpatutuan harganya di Pulau Manukan.

Naik Bot dari Jesselton Point ke Pulau Manukan

Sebaik saja ada peluang dan masa yang mencukupi untuk meninjau Pulau Manukan, saya serta 3 orang lagi rakan berpagi-pagi terus ke Jeti di Jesselton Point. Kami dapatkan tiket untuk 4 orang menuju ke Pulau Manukan.

Semua rakan lain ambil peralatan snokling dan jaket keselamatan kecuali saya. Memang tak berapa suka mandi laut, sebab itu saya buat keputusan hanya pergi ke Pulau Manukan sambil membawa kamera saja. Hasrat hati nak merayau sekeliling Pulau Manukan sambil ambl gambar dan menikmati keindahan pulau itu.

Sebelum itu, ada niat nak ambil bot di jeti berhampiran Pasar Basah Kota Kinabalu sahaja untuk melawat ke semua Pulau yang ada di depan perairan Kota Kinabalu. Harganya lebih murah, fleksibel dan bebas. Tapi setelah dapat nasihat dari rakan di Kota Kinabalu agar ambil bot yang ada insuran, saya batalkan hasrat ambil bot haram.

Sampai ke Pulau Manukan

Kami bertolak dalam pukul 9.30 pagi dari jeti di Jesselton Point. Tunggu bot penuh terlebih dahulu baru bot jalan. Bersama kami satu bot ialah satu keluarga warga Jepun yang mahu ke Pulau Manutik. Jadi mereka turun bot terlebih dahulu dan kami sambung perjalanan ke Pulau Manukan.

Air laut di sepanjang perjalanan ke Pulau Manukan memang amat indah. Airnya bersih dan jernih sama macam yang saya lihat setiap kali sampai ke Sabah dari KLIA dengan kapal terbang. Dari atas kapal terang nampak banyak pulau, beting pasir dan laut yang membiru.

Saya tak berapa ingat berapa lama kami nak bot. Tapi tak lebih dari satu jam perjalanannya. Malah kurang dari itu lagi. Tapi tak terasa langsung sebab seronok naik bot laju dan asyik tengok pemandangan yang indah sungguh dari mula sampai akhir.

Sampai ke Jeti Pulau Manukan masih pagi dan sejuk. Tapi matahari dah memancarkan sinarnya dengan terang sampai silau mata. Tak seronok untuk ambil gambar dengan keadaan sinar matahari yang terlalu kuat itu.

Terkejut juga bila sampai, naik atas jeti dan berjalan ke Pintu Gerbang masuk Pulau Manukan, bila ada dua gadis genit memakai pakaian yang terselak peha menunggu sambil tersengih-sengih dengan kalungan bunga dan souvenir gelang.

Apakah mereka menunggu kami sampai untuk mengal-alukan kehadiran kami..? tanya saya dalam hati dengan penuh perasan. Saya leka ambil gambar atas jeti dan perlahan-lahan menuju ke tempat gadis tersebut.

Rupa-rupanya mereka menyambut tetamu istimewa pelanggan kepada Sutera Resort. Bukannya nak sambut kedatangan saya. Nasib baik tak terus serbu hulurkan lehet untuk kalungan bunga. Kalau tak tentu malu besar dibuatnya.

Aktiviti merayau di Pulau Manukan

Sesampai saja di kawasan pantai, rakan bertiga yang lain terus tukar pakaian dan terjun laut. Saya terus melilau sepanjang jalan dari kanan kawasan jeti. Terus pergi sampai kehujung pulau dan tanyakan maklumat pada pegawai penyelamat laut yang sentiasa berjaga-jaga.

Saya tanya kat mana tempat paling best snokling, dan mereka beritahu tempatnya adalah di sebelah hujung kanan dari Jeti. Saya patah balik dan berikan maklumat pada rakan lain supaya berpindah. Tempat itu tak ada orang lain selain dari kami dan pemantau pantai. Semua terjun laut dan saya teruskan berjalan kaki.
Pemandangan dari atas bukit di Pulau Manukan

Habis semua mandi dan baik darat. Saya tunggu mereka jemur pakaian yang basah. Sempat juga terlena atas kerusi tepai pantai sebentar untuk lepaskan lelah. Bila bangun, saya ajak semua pergi masuk jalan dalam hutan berbukit di Pulau Manukan.

Ada tertera tulisan melihat pemandangan matahari terbenam di awal jalan masuk ke dalam hutan. Tentu menarik kalau cuba ikut jalan tersebut. Lalu kami masuk berjalan atas jalan berbatu menuju ke dalam hutan.
Pemandangan dari tempat melihat matahari terbenam

Terasa sangat jauh dan banyak kali rasa nak patah balik sebab macam tak ada kesudahan ke aman jalan itu bakal membawa kami. Tapi alang-alang masuk biar sampai habis. Akhirnya sampai ke penghujung di mana satu wakaf tersedia. Itulah tempat melihat pemandangan matahari jatuh.

Oleh kerana matahari tak akan jatuh lagi dalam pukul 12 tengahari itu, kami duduk sebentar, rakamkan gambar dan kemudiannya bepatah balik.

Pukul 2.30 petang bot sampai dan semua balik semula ke Jesselton Point, kemudiannya berjalan kaki ke hotel di mana bagasi disimpan, tukar pakaian dalam tandas dan bersiap ke lapangan terbang KK untuk balik semula ke KLIA. Tamat sudah antri santai kali ini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Naik bot ke Pulau Manukan, Sabah

Previous
« Prev Post

3 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !