Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, March 26, 2015

Restoran nasi kukus harga patut

  Mohd Shubhi       Thursday, March 26, 2015
Ada banyak juga orang yang menjual makanan nasi kukus di sekitar Lembah Klang ini. Mungkin atas sebab permintaan terhadap nasi kukus ini adalah tinggi maka ramai yang menawarkannya. Kalau di sebelah utara sana, tempat asal usul saya, tak berapa ramai pula yang menjual nasi kukus.

Jarang saya lihat malah tak pernah lagi makan nasi kukus di sebelah utara tanah air. Biasanya bila balik Penang, pekena Nasi Kandaq. Memang tak ada lagi mamak Penang yang jual nasi kukus.

Restoran Melayu juga tak kurang banyaknya di Penang, tapi lebih suka nasi kandaq sebab itu keunikan Pulau Pinang. Malah, tak ada juga Melayu yang jual nasi kukus kat Penang. Mungkin ada cuma saya yang tak jumpa.

Gerai Nasi Kukus di RnR Awan Besar

Salah satu kedai makan nasi kukus yang biasa saya makan adalah di pusat rehat dan rawat Awan Besar. Kalau balik dari Pusat Bandar dengan menggunakan Lebuhraya Kesas, kebetulan perut lapar tak makan, dan ditambah dengan tak tahu nak makan apa yang sedap, nasi kukus itu akan jadi pilihan.

Rasa masakan nasi kukus kat RnR Awan Besar tu boleh tahan juga. Kira oklah dan harganya juga amat patut. Tidak mahal dan tidak juga rendah. Biasanya harga makanan di mana-mana pusat RnR lebuhraya boleh masuk dan diterima akal.

Selain dari itu selalu juga tengok banyak gerai yang menjual nasi kukus dekat Puchong. Setiap kali datang dari Subang Jaya melalui LDP masuk ke Puchong dengan skip laluan Toll, akan terlihat sebuah gerai nasi kukus pada jalan belakang tersebut. Tapi sampai sekarang tak pernah mencubanya sebab tak pernah lagi dalam keadaan lapar ketika melalui jalan belakang itu.

Restoran nasi kukus Taman TTDI Jaya

Satu-satunya restoran nasi kukus yang saya sangat berkenan terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam. Kalau anda pernah pergi solat Jumaat di Masjid TTDI Jaya, Shah Alam, lebih mudah nak terangkan kedudukan restoran nasi kukus harga patut tersebut.

Letaknya memang tak jauh daripada Masjid. Kalau dari Masjid, bertentangan dengan Masjid anda boleh lihat 3 deretan bangunan rumah kedai di depan anda. Restoran nasi kukus harga patut yang saya suka itu letaknya pada deretan bangunan rumah kedai yang tengah. Anda hanya perlu pergi depan jalan bangunan tengah itu dan baca signboard, nampaklah nanti.

Apa yang menarik pada restoran nasi kukus tersebut adalah tentang harga makanannya. Ada berbagai jenis lauk. Ada daging goreng kunyit, ada ayam goreng kentucky, ada ayam goreng sedap, ada telur dadar, ada burung puyuh goreng dan macam-macam lagi. Biasanya masakannya adalah kekal dan tiada perubahan berbagai.

Menu saya adalah Nasi kukus satu pot, kuah campur, satu senduk daging goreng masak kunyit, sepotong telur dadar, sejemput sayur taugeh rangup (hanya itu saja sayur yang ada), dan sesudu kecil sambal pedas nak mampus... perghh! terliur saya menulis menu senarai masakan ni..! Semua itu saya bayar dengan harga RM5.00 sahaja !

Samada anda nak makan kat situ atau nak bungkus, tak ada perbezaan sebab kedai makan nasi kukus itu tak sediakan sebarang pinggan. Makan atau bungkus semuanya diberikan makanan dalam bungkusan kertas.

Kalau rasa nak suap makanan anda kat situ, pergi duduk pada salah satu kerusi dan meja makan yang disediakan, buka bungkusan dan ngap masuk mulut. Kalau nak jimat, ambil sendiri air suam. Gelas disediakan.

Sekarang saya ada di Kota Kinabalu Sabah, malam ni nak cabut balik... nak pekenan Nasi Kukus harga patut tu bila sampai nanti. Satu lagi maklumat, kedai tu hanya buka petang sampai malam.

Sebaik saja dibuka waktu petang, akan ada barisan panjang para student beratur nak beli nasi kukus kegemaran mereka. Kalau tak nak beratur panjang, pergi malam sikit.

Kemaskini: Tadi baru lalu di kawasan kedai nasi kukus kat TTDI Jaya dan saya dapati mereka berniaga awal pada hari ahad...
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Restoran nasi kukus harga patut

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. saya antara penggemar nasi kukus. memang nasi kukus awan besar tu sedap, laluan balik kerja pulak tu. harga macam tempat lain tapi dengan tambahan aksesori selain daripada ayam semata-mata.

    skip laluan toll, maksudnya puncak jalil ke? berhampiran traffic light turun bukit dari petronas, tuan patut cuba jugak. ada kedai nama nasi kukus ayu. boleh tahan. minuman percuma setiap hari jumaat...

    dan nasi kukus ttdi tu, tuan patut letak google map (atau koordinate gps) sekali. lebih mudah orang nak cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. - Skip laluan toll dari USJ / Proton untuk ke Puchong melalui LDP.
      - Nanti boleh try Nasi Kukus Ayu tu.
      - Tak tahu koordinat tempat tu, next time pergi saya semak dan paparkan sini.

      -Tq tuan atas info

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !