Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, April 29, 2015

Khas untuk peminat Defender - Pembuatannya akan tamat !

  Mohd Shubhi       Wednesday, April 29, 2015
Kereta pelbagai kegunaan dari jenis Defender ini merupakan salah satu kereta yang memang sentiasa menarik minat. Setiap kali tengok kereta polis dari jenis Defender ini akan teringin nak miliki sebuah satu hari nanti.

Bagi mereka yang memang minat dengan Defender ini, dan biasanya golongan kaki kembara lasak atau golongan yang minat barang retro, akan sentiasa mengintai kalau-kalau ada kenderaan kerajaan dari jenis Land Rover Defender yang hendak dilupuskan.


Peluang beli Defender Jabatan Kerajaan

Biasanya samada kenderaan dari kementerian kesihatan, Polis atau tentera yang menawarkan pelupusan kenderaan daripada jenis kenderaan Defender ini. Memang agak sukar nak dapatkannya bila pelupusan dibuat sebab dah ada ramai kaki yang pasang spy untuk dapat berita awal. Setiap kali ada tawaran dah ada orang lain yang kebas dulu.

Walau bagaimanapun, bukan semua orang yang mampu bela kenderaan jenis Defender ini. Kos nya bukan murah dan kerja pembaikian dan pembaik pulihnya bukan ramai sangat mekanik yang dapat lakukannya.

Mungkin ada yang boleh buat. Tapi kalau nak cari mekanik yang ada pengalaman dan tahu selok belok kenderaan Defender ini dengan kemampuan mendapatkan harga sparepart yang berpatutan agak sukar.

Beli Defender baru

Kalau ada duit banyak lagi, anda boleh beli terus kenderaan Defender yang baru keluar segar dari kilang. Harganya boleh tahan mahal berbanding daripada harga kenderaan 4x4 lain. Bukan saja mahal, maintenance juga boleh tahan mencabar dan bukan boleh main hantar ke bengkel sembarangan.

Paling murah yang anda boleh dapatkan adalah dari jenis Land Rover Defender 110 Pick-up. Harganya hanya RM105,888 sahaja. Nampak macam murah dan menarik saja bukan? Tapi nanti dulu.

Dengan harga sebegitu, anda dapat sebuah Land Rover Defender jenis truck dengan dua tempat duduk dan memunyai rating dari segi value, keselesaan, alam sekitar, dan lain-lain yang amat teruk. Mungkin yang bagusnya hanyalah dari segi ketahanan.

Kalau nak ok sikit, dapatkan satu lagi variasi dari jenis Land Rover Defender 110 Double Cab. Ada 5 tempat duduk. Kapasiti enjin 2401 cc dan pakai minyak diesel. Macam biasa keselesaan, ruang dan nilai pembelian juga tak berapa bagus berbanding kenderaan lain.

Secara logiknya kenderaan ini hanya sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan lasak atau kenderaan bawa sayur di Cameroon Highland. Tapi entah sebab apa masih tetap menarik minat sebagaian orang.

Pembuatan Defender tamat hujung 2015

Bagi para peminat Defender ini, kalau anda masih belum memilikinya dan ingin dapatkan sebuah elok dapatkan segera sebab pembuatan kenderaan ini akan dihentikan pada penghujung tahun ini. Pembuatnya iaitu Jaguar Land Rover telah umumkan akan stop production terus.

Ada kemungkinan pembuatan akan diteruskan kalau ada negara lain berminat nak buka kilang. Dengar kata mungkin ada harapan pembuatannya akan beralih ke India. Tapi kilang kat Britain akan ditutup terus.

Dan sempena dengan menutupan kilang dan penghabisan semua pembuatan Defender, mereka keluarkan 3 jenis Defender khas untuk dijadikan koleksi para peminat Defender. Gambar koleksi itu ada di atas sekali. Nampak hebat bergaya tapi awas! sebab namapun koleksi. Tentu mahal.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Khas untuk peminat Defender - Pembuatannya akan tamat !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !