Jas duit

Jasduit - Just do it !

Thursday, April 30, 2015

3 model Defender edisi terhad yang mengancam jiwa

  Mat Bihi       Thursday, April 30, 2015
Hujung tahun 2015 ini merupakan tempoh terakhir kilang yang membuat kereta Land Rover Defender beroperasi untuk membuat kenderaan tersebut.

Jangka hayat kereta itu dalam industri pembuatannya dah tamat di Britain. Tapi ada kemungkinan akan diteruskan di negara lain jika ada negara yang berminat menjalankan operasi pembuatannya.

Biasanya ada syarikat dari negara kita yang suka ambil peluang mendapatkan hak pembuatan terhadap kenderaan yang dah lupus jangka hayatnya dan cuba menjualnya di negara kita.

Dulu syarikat contoh yang buat begitu adalah Syarikat Inokom yang kilangnya beroperasi di Padang Meha Kulim. Masa itu Inokom pergi ambil kereta komersial dari jenama Renault yang dah tak ada permintaan di negaranya sendiri, France.

Saya tak tahu apa jadi dengan projek kereta kotak dari jenama Renault itu samada habis terjual atau tidak. Pada mulanya mereka dan desak kerajaan ambil untuk dijadikan kereta ambulan. Tapi malangnya projek ambulan dapat pada Ford Transit yang jauh lebih menarik tawarannya dan pembuatannya.

Ambil peluang sambung buat kilang Defender

Tak pasti samada ada di kalangan usahawan besar negara kita ada yang pergi minta daripada Jaguar Land Rover untuk membina kilang pembuatan Defender di negara kita.

Kalau ada yang sanggup pergi dapatkannya, sudah tentu ada pasaran dan permintaan samada dari dalam negara kita sendiri ataupun dari negara sekeliling kita.

Mendapatkan hak pembinaan dan pembuatan kenderaan jenis defender itu sebenarnya amat baik untuk pertukaran teknologi buat negara kita. Kita boleh belajar kemahiran mengeluarkan kenderaan yang lasak khas untuk kegunaan ketenteraan.

Edisi Terhad Land Rover Defender

Apapun, buat mereka yang minat dengan kenderaan defender ini, jom kita tengok edisi akhir khas yang dikeluarkan oleh Jaguar Land Rover untuk peminat Defender.

1. Defender edisi terhad Autobiography

Ini model defender edisi terhad paling mahal yang ditawarkan untuk anda yang berminat. Jumlah yang dikeluarkan dan ditawarkan hanyalah sebanyak 80 unit sahaja di seluruh dunia. Harganya adalah 61,845 Pound ( RM332,822). Tapi tak pasti kalau di bawa jual ke sini berapa pulak harganya setelah dikenakan cukai dan berbagai lagi bayaran lain.

Spesifikasi
Engine: inline-4
Transmission: six-speed manual
Horsepower @ RPM: 148
Torque @ RPM: 295
Energy: turbodiesel
Displacement: 2.2 L
0-60 time: 13 sec. (Est.)
Top Speed: 90 mph

2. Defender edisi terhad Adventure

Terdapat sebanyak 600 unit dibina untuk ditawarkan pada orang ramai daripada jenis Defender Adventure ini. Harga yang ditawarkan adalah 43,495 Pound (RM234,070). Kereta ini khas untuk mereka yang suka jalan offroad daripada Johor ke utara tanah air, masuk thailand, vietnam, China dan seterusnya.

Spesifikasi
Engine: inline-4
Transmission: six-speed manual
Horsepower @ RPM: 122
Torque @ RPM: 266
Displacement: 2.2 L
0-60 time: 14.7 sec. (Est.)
Top Speed: 85 mph (Est.)

3. Defender edisi terhad Heritage

Edisi ini paling murah ditawarkan pada pasaran. Dengan jumlah unit yang dibuat sebanyak 400 unit, harga yang ditawarkan adalah dalam lingkungan 27,888 pound (RM149,607).

Ini defender edisi terhad yang paling mudah untuk dimiliki. Semua kelengkapan yang ada dalam kereta ini juga hanlah basic sahaja dengan rim tayar pun adalah besi. Warna pilihan asal iaitu hijau luntur menambahkan lagi nostalgia defender ini.

Spesifikasi
Engine: inline-4
Transmission: 6-Speed Manual
Horsepower @ RPM: 120
Torque @ RPM: 266
Displacement: 2.2 L
0-60 time: 14.7 sec. (Est.)
Top Speed: 90 mph (Est.)

Amacam? tak rasa nak dapatkan sebuah untuk dijadikan koleksi ka?. Rasanya harganya tak akan jatuh jika dibeli dan dijaga dengan elok sebeb ini kenderaan yang berkualiti dan ada nilai komersial dan nilai nostalgia.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 model Defender edisi terhad yang mengancam jiwa

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. rocky the great brown hardly used dick says: waaa.... meleleh woooooo siri Adventure, hensem gila, tapi wa masey bercita2 nak memiliki Defender 4 walo apa pon terjadi kat Kathmandu...

    ReplyDelete
  2. Mantap!!! Cuma bahagian gear tu masih tak berubah. Anyway.. memang gila2 terbaik!

    Abeyfiq
    www.wilayahsabonmurah.blogspot.com
    30.04.2015 10.50am

    ReplyDelete