Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, May 18, 2015

Ini bersenam jenis apa pulak ? senaman pelik di Sebelah Masjid Negeri Shah Alam

  Mohd Shubhi       Monday, May 18, 2015
Dah terlalu lama asyik bersenam dengan berjalan kaki keliling padang di taman perumahan, saya rasa nak buat perubahan pulak. Semenjak dua menjak ini saya cuba bersenam dengan berjalan kaki di Tasik Shah Alam pulak.

Biasanya, awal pagi saya keluar rumah untuk ke pejabat terlebih dahulu. Letak semua barang di pejabat, dan pergi ke Tasik Shah Alam. Ada kalanya saya terus saja ke Tasik Shah Alam kalau dah agak lewat.

Biasanya saya pergi ikut Federal Highway, keluar exit Pusat Bandar Shah Alam. Ambil jalan tu terus sampai melalui jalan nak ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri. Dihujung jalan, akan pecah dua simpang, satu turun ke bulatan dan satu lagi terus ke Bangunan Sultan Sallehuddin.

Saya turun ke bawah bulatan ambil kiri sekali dan masuk kiri ke kawasan letak kereta tak jauh dari Kedai Kopi. Di situlah saya letakkan kereta, tukar kasut, dan keluar berjalan kaki di bawah rimbunan pokok yang segar di tasik shah alam tersebut.

Suasana bersenam di Tasik Shah Alam awal pagi

Biasanya orang yang bersenam samada berjalan kaki atau berlari di keliling Task Shah Alam tak ramai sangat. Suasananya amat mendamaikan dengan bunyian kicauan burung yang amat meriah sekali sekala.

Bila angin bertiup menderu, terasa kedinginan yang amat menyegarkan badan. Bunyi sisiran daun menambahkan lagi rasa nyaman. Rasa macam dibuai dengan musik alam yang menyegarkan jiwa.

Semua itu membuatkan saya rasa amat jauh berbeza, jika berjalan kaki di keliling taman perumahan berbanding berjalan kaki bersenam di sekitar Tasik Shah Alam. Kat taman perumahan sibuk pulak dengan lori angkat sampah. Mereka tumpahkan pula air dari tong sampah lalu keluarlah bau yang busuk meloyakan.

Kadang kala beberapa ekor anjing dilepaskan oleh tuan mereka mengacah cuba menakutkan kita yang sedang berjalan kaki. Bunyi orang rem motor pulak nak panaskan enjin nak keluar pergi kerja dans sebagainya. Itu semua tak ada di Task Shah Alam.

Cuma pada hujung minggu terutamanya pada hari ahad, berpusu-pusu orang ramai datang terjun bersenam di Tasik Shah Alam. Ada yang datang berpasangan berpacaran, berjalan kaki sambil pegang tangan. Ada yang datang sekeluarga ibu bapa anak lelaki ana perempuan. Dan ada juga yang dah lanjut usia bersenam sambl jalan kaki berpasangan.

Senaman pelik di sebelah Masjid Negeri

Saya mula jalan kaki dari tempat Kedai Kopi. Saya ambil jalan ke kanan menuju ke Wetland Task Shah Alam yang terkenal tu. Dari situ saya sambung jalan kaki melalui kawasan taman di depan Bangunan Komleks PKNS. Sambung lagi malalui tasik Shah Alam sehinggalah sampai semula tak jauh dari Kedai Kopi.

Dari situ saya cross masuk di bawah jejambat untuk ke taman sebelah sana. Taman itu jauh lebih redup dengan rimbunan pokok-pokok yang besar dan rendang. Suasananya lebih sejuk dan nyaman. Sebenarnya ia merupakan sebuah taman yang bersebelahan dengan pagar Masjid Negeri di Shah Alam

Kali pertama saya masuk ke kawasan itu, saya terkejut!. Hari biasa tak berapa ada orang di waktu pagi. Sepanjang saya mula jalan kaki dari Kedai Kopi menuju ke Wetland, melalui kompleksa PKNS dan patah balik ke Kedai Kopi, paling ramai hanya akan terserempak dalam 3 orang saja yang jogging atau buat brisk walk.

Tapi sebaik saja masuk ke kawasan redup sebelah pagar masjid itu, ada antara 10 ke 15 orang Cina sedang bergerak perlahan-lahan seperti robot. Mereka bukannya buat senaman taichi. Tapi mereka berjalan kaki.

Cara mereka berjalan kaki pula ada rentak dan irama. Tangan dan kaki bergerak secara berirama, dan kepala di tolehkan ke kiri dan kemudiannya ke kanan juga secara berirama. Mereka amat asyik dengan cara senaman pelik mereka itu tanpa memperdulikan saya yang sedang melalui menghampiri mereka.

Ada juga yang hanya duduk atas kerusi, menongkat dagu dan memejamkan mata. Ada juga yang ikat kepala mereka dengan kain tuala, menutup bahagian mata dan duduk selesa atas kerusi mendiamkan diri dengan lama.

Mungkin senaman pelik itu merupakan salah satu daripada cara senaman taichi saya tak berapa pasti. Tapi jika anda pergi ke situ, seronok tengok mereka berjalan pergi dan balik secara berirama perlahan-laan. Mungkin anda akan sangka adanya 10 ke 15 robot sedang berlegar-legar di bawah pokok.

Bila dah banyak kali melihat gelagat dan aksi mereka saya dah biasakan diri. Rasa seronok pulak kalau dapat saya buat macam mereka yang bergerak perlahan-lahan berirama sebegitu. Tapi rasanya berjalan kaki macam yang saya sering buat lebih menyeronokkan.

Selepas itu baru saya perasan adanya satu papan tanda di kawasan itu. Ia sebenarnya dipanggil Laman Taichi. Patutlah ramai orang Cina veteran yang hari-hari setiap pagi berkampung di kawasan taman bersebelahan pagar masjid negeri itu.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ini bersenam jenis apa pulak ? senaman pelik di Sebelah Masjid Negeri Shah Alam

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Pergerakan amat perlahan dlm senaman taici itu, sebenarnya juga adalah memenatkan serta boleh mengeluarkan peluh. Apa tidaknya, tentu terasa bosan dgn aksi gerak perlahan dgn kawalan minda tertumpu kpd aktiviti yg sedang dilakukan itu. Pd masa yg sama ia menguatkan otot-otot, merehatkan pergerakan darah dan juga menstabilkan degupan jantung. Jika tidak percaya, sila cuba lakukan beberapa sessi dan lihatlah natijahnya.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !