Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, May 14, 2015

Nak beli Land Rover Defender 110 Double Cab

  Mohd Shubhi       Thursday, May 14, 2015
Sekarang ni tengok makin banyak pulak kereta Range Rover Evoque di atas jalan raya negara kita. Kadangkala hairan jugak dengan rakyat negara kita yang dalam keadaan ramai merungut bebenan kehidupan yang meningkat, masih tetap ramai yang berbelanja beli apa saja benda mewah dan baru.

Dari mana rasanya mereka ini dapatkan duit? nampak mudah sangat berbelanja. Keluarlah apa saja kenderaan jenis model baru, import CBU atau dipasang CKD dalam negara, mahal atau amat mahal, pasti ada saja yang beli dan mula mengebat di atas jalan raya.

Memang khazanah kekayaan yang Allah berikan pada manusia itu tidak pernah habis, walaupun ramai merungut tak mampu beli itu ini, tak mampu buat begitu begini, malah ada yang tak dapat makan kenyang. Semuanya bukan disebabkan oleh bahan makanan dan kekayaan habis, sebaliknya manusia yang merungut itulah yang gagal menyediakan dirinya untuk memiliki makanan atau kekayaan.

Range Rover Evoque mahal

Kalau boleh tentu nak beli Range Rover Evoque yang mahal tu. Harganya paling murah adalah dalam lingkungan RM355 ribu. Dan harga paling mahal untuk versi Range Rover Evoque adalah dalam lingkungan RM395 ribu.

Yang sedang membaca artikel ini mampu tak beli Range Rover Evoque ni dengan haga yang disebutkan di atas? mungkin ada, tapi tak lah ramai yang mampu. Kalau mampupun tak ramai pula yang nak salurkan duit yang ada dengan beli kenderaan sebegitu.

Tetapi yang paling menghairankan, sebaik saja Range Rover Evoque dilancarkan masuk ke dalam negara kita, tempahan masuk dari para peminatnya untuk membeli sebanyak 250 unit. Belum lagi pasang dan beratur orang tempah nak beli! Range Rover Evoque ni dilancarkan masuk negara kita pada tahun 2011.

Range Rover Defender lebih murah

Oleh kerana tak mampu nak beli Range Rover Evoque yang mahal tu, macam rasa tak berbaloi kalau belipun, maka jika masih ada minat nak jenis keluaran dari Land Rover jugak boleh intai satu lagi jenama yang hebat sejak zaman perang dunia dulu lagi.

Range Rover Defender 110 Double Cab adalah pilihan versi retro lasak dan boleh dipercayai sejak sekian lama. Malah versi yang ada sekarang jauh lebih mantap berbanding yang dulu. Dah ada banyak pembaikan bersesuai dengan keadaan permintaan semasa daripada para pengguna.
Nak beli Land Rover Defender 110 Double Cab

Harga yang ditawarkan adalah dalam lingkungan RM150 ribu sahaja. Apa yang anda dapat dengan kos RM150 ribu itu adalah sebuah Range Rover Defender 110 Doble Cab.  Sebuah 4x4 dengan rim aloi 16 inci dan bukannya lagi besi karat macam dulu. Kerusi kat dalam juga adalah kulit. Ada sensor undur belakang, dan siap ada power window lagi.

Semua Range Rover 110 Double Cab yang dipasarkan kat peminat 4x4 negara kita dipasang di Kilang Inokom Kulim Kedah. Itulah kilang antara tempat awal saya mula makan gaji dulu dan mula belajar serba sedikit tentang industri pemasangan kenderaan berat dan komersial.

Stok masih ada banyak sekarang rasanya. Elok simpan duit sikit dan kena beli juga sebuah. Selepas ini, pembuatan semua jenis Range Rover Defender akan diberhentikan terus di UK. Tapi tak pasti pulak samada pemasangan Range Rover Defender 110 Double Cab kat Inokom Kulim tu akan diteruskan lagi sampai bila.

Apapun jom beli satu bungkus Range Rover Defender 110 Double Cab...
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Nak beli Land Rover Defender 110 Double Cab

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !