Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, May 6, 2015

Permatang Pauh Indah, ini buah apa? nak undi siapa?

  Mohd Shubhi       Wednesday, May 6, 2015
Satu Malaysia tentu lebih mengenali Permatang Pauh berbanding Kubang Semang, Kubang Ulu, atau Penanti. Sebab itu saya pakai nama Permatang Pauh sebagai nama tempat asal usul saya kat sini.

Tambahan pula esok akan diadakan satu lagi Pilihan Raya Kecil setelah selesai PRK di Rompin baru-baru ini. Keputusan di Rompin sudah dijangka. Barisan Nasional menang. Mengekalkan kerusi milik mereka sebelum ini.

Umno hilang banyak undi di Rompin

Saya terbaca sedikit berita bahawa ada penambahan terhadap pengundi yang memilih calon PAS di Rompin. Mereka yang meminati dan menyokong Barisan Nasional dan Umno terutamanya rasa risau dan mahukan penambahan itu diselidik.

Mereka risau kenapa pengundi bertambah membuat undian memilih calon Pas. Bagi orang Umno, ini mungkin satu manifestasi rakyat yang memberontak terhadap isu GST dan keperitan ekonomi yang sedang mereka alami sekarang.

Tapi saya dengar Perdana Menteri baru saja meyakinkan rakyat bahawa kita sedang berada di landasan yang betul. Segala projek tranformasi dan penjenamaan hebat-hebat yang PM perkenalkan sedang membuahkan hasil. Ekonomi negara kukuh kata PM. Oleh itu rakyat tak sepatutnya marah kerajaan.

Kenapa orang pangkah Pas

Ada satu lagi sudut yang orang Umno boleh lihat yang menyebabkan kejatuhan jumlah pengundi hampir separuh pada calon Umno di Rompin. Mungkin bukan sebab GST, mungkin bukan sebab ekonomi, dan mungkin juga bukan sebab 1MDB.

Sebenarnya bagi orang Melayu atau orang Umno sekarang ini, samada undi Pas atau undi Umno, mereka membuat pilihan yang betul. Sebab Umno dah berbaik dengan Pas. Presiden Pas sendiri amat cenderung untuk berbaik dengan Umno.

Begitu juga dengan kebanyakkan penyokong kuat Presiden Pas yang majoriti terdiri daripada golongan lulusan agama atau Ustaz. Mereka semua dah Pro Umno. Maka samada pangkah Pas atau Umno sama saja. Oleh itu tak perlulah orang Umno risau dengan kekurangan undi yang pergi kepada calon mereka.

Undi siapa di Permatang Pauh

Berbalik kepada Permatang Pauh, esok saya akan pergi mengundi. Pada mulanya macam malas nak balik mengundi sebab kedua-dua calon yang bertanding tidak ada umphhh!. Itu pandangan peribadi saya.

Bagi calon Umno dia menekankan betapa dia dapat membantu Permatang Pauh membangun sebab dia sentiasa ada di permatang pauh itu kampungnya. Dia suruh orang tolak Wan Azizah sebab kena jaga Kajang dan sentiasa ada KL dan jarang balik Kampung.

Alasan calon Umno untuk sentiasa duduk kat kampung sebagai ahli parlimen membuatkan saya rasa malas nak pilh orang macam tu. Rasanya dia tak tahu apa kerja sebenar sebagai seorang ahli parlimen. Bukan buat projek majukan kampung, dia kena lihat masalah negara dalam kontek yang lebih besar.

Wan Azizah pula melambangkan bahawa PKR macam tak ada lagi calon lain yang boleh di ketengahkan. Asyik-asyik isteri Anwar Ibrahim tu yang terpaksa jadi wakil kepada suaminya. Kat Kajang dia juga jadi wakil suami, kat Permatang Pauh, dia juga jadi wakil suami. Mana-mana dia bertanding, bukan sebagai wakil rakyat, tapi sebagai wakil suami.

Tapi terpaksa balik juga untuk buat pengundian. Itu tanggung jawab saya sebagai warga negara yang prihatin terhadap politik dan pemerintahan negara. Saya perlu balik untuk buat pilihan. nak kena balik awal satu hari supaya boleh menjenguk suasana dan buat keputusan nak pilih siapa, nak undi siapa?

Permatang Pauh indah

Setiap kali balik saya akan melilau setiap waktu pagi sekeliling kampung. Antara tempat pilihan adalah sepanjang ban yang ada dari tempat pusat pasar malam di Penanti sampai masuk ke dalam ke Kampung Pelek tembus ke Bukit Indera Muda.

Ada banyak ban yang menjadi sumber air kepada sawah padi di kawasan situ. Saya akan berjalan kaki sambil menyedut udara segar di sepanjang ban yang batasnya terbina jalan tar kecil. Suasanaya bersih dan terurus dengan baik. Di kiri kanan ada rumah orang kampung dan kawasan rumah kampung juta terjaga dengan kemas dan baik.

Saya terfikir bagaimana orang kata Permatang Pauh tak membangun sejak beradai di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Bagi saya kebersihan dan amat terurusnya sepanjang jalan kampung bermini tar itu adalah ambang kemajuan yang amat membangun. Itulah yang kita mahu. Kehidupan yang baik, bersih, dan mendamaikan.
 Ini buah apa
Baru-baru ini saya berjalan kaki dan ada bawa telefon pintar. Jadi dapat buat rakaman pokok buah yang ada banyak di sekitar kawasan ban di situ. Itulah buahnya seperti dalam gambar di atas.

Sebenarnya saya rasa malu sebab tak kenal nama pokok buat tersebut. Nak tanya orang tak ada semasa saya melihat dan merakamkan gambar di atas. Jadi jika ada di kalangan pembaca yang kenal nama buah yang dirakamkan di atas, bolehlah kongsikan kat sini.

Gambar kat bawah ni pula merupakan ambar bendang yang sedang diusahakan oleh petani di situ. Awaql pagi lagi mereka dah bertungkus lumus buat kerja. Memang bagus sikap begitu. Cuma saya tak pasti siapakah tuan punya projek buat bendang tersebut. Saya dapat tahu banyak bendang dah dipajak oleh orang Cina. Orang Melayu malas nak berpayahan buat bendang sekarang. Betulkah?
Walau apapun, saya rasa Permatang Pauh adalah kawasan yang indah. Apa orang nak kata, biarlah mereka kata. Tak maju atau tak membangun, ia tetap menjadi kampung saya yang punya banyak sejarah hidup.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Permatang Pauh Indah, ini buah apa? nak undi siapa?

Previous
« Prev Post

16 comments:

  1. Malam ni pengundi pengundi Islam PRK Permatang Pauh tidur awal, sebelum tidur doa minta Allah swt jagakan lepas dua pertiga malam, dan set jugak jam loceng sbg ikhtiar. Terjaga saja terus baca doa bangun tidur dan doa Allahumma a inna 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatik agar tak terasa nak tidur balik, kemudian buat solat tahajjud, hajat kemudian istiharah sebelum witir, minta petunjuk nak pangkah siapa, doa jugak agar pengundi pengundi lain jugak digerakkan utk membuat pilihan yg lbh baik, dan doa jugak pilihan kita tu mudah mudahan jadi kebaikan kpd kita, ahli keluarga kita, ahli qaryah kita dan umat Islam seluruhnya, doakan juga negara kita selamat dijauhi dr segala musibah, tenteram, aman dan makmur, mudah mudahan jadi baldatun toyyibah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah selesai... ramai yang pangkah Wan Azizah

      Delete
  2. Kata asai permatang pauh, buah pauh pun tak kenai???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo buah pauh ka tu... memang tak kenaipun. Terima kasih la bagi tau, sekarang dah kenai.

      Ada yang lboleh sahkan nama buah kat dalam gambar tu...?

      Delete
  3. Nampak macam buah lokan, rasa dia masam dan kelat.. best kalu cicah ngan garam.. tapi ntah le, pokok dia nampak cam lain la pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bukan buah lokan sebab saiz dia kecik besar biji buah tasbih

      Delete
  4. Kat kg gua di muar kita panggei buah ketoi. Rasa kelat masam2. Kera suka makan buah ni. Masa kecik gua ambik buah muda buat lastik burung

    ReplyDelete
  5. nmpk mcm buah keriang, sedap mkn dengan garam

    ReplyDelete
  6. Buah keriang. Banyak kat batas ban. Saya tak balik. Moga yg terbaik untu permatang pauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pun buah Keriang, masa kecik-kecik dulu ada kat kawasan Ban Paain, tapi lama sangat dah tak ingat macam mana buah tu

      Delete
  7. Nama buah tu kat kampong saya di Baling ialah 'jambu ayak'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jambu ayaq?, bukan kot. Saiz buah tu kecil saja besar buah tasbih

      Delete
  8. Spesis buah riang jgk.ni.tp.pokok.dia.kecik..kat kg kbg ulu ada pak.cik tu dia tnm kt rmh blh p.ambk ank tnm dlm.pasu

    ReplyDelete
  9. Spesis buah riang jgk.ni.tp.pokok.dia.kecik..kat kg kbg ulu ada pak.cik tu dia tnm kt rmh blh p.ambk ank tnm dlm.pasu

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !