Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, May 4, 2015

Nasi ketam, ais kacang pokok ceri, Nasi kandar TM Bagan

  Mohd Shubhi       Monday, May 4, 2015
Tudia! punya panjang tajuk. Semuanya berkisar pasal makan di pusat makanan paling sedap di negara kita... Puuuulau Pinaaaang!!!.. Ada 3 makanan pilihan yang disenaraikan kat atas tu. Nasi Ketam, Ais Kacang Pokok Ceri dan Nasi Kandar Telekom Malaysia di Bagan.

Nasi Ketam yang saya maksudkan lokasinya adalah di Juru. Jarang-jarang sekali pergi makan kat sana sebab agak jauh dari kawasan permainan. Lagipun untuk pergi ke Juru, perlu melalui lebuhraya Utara Selatan dan keluar sebelum Tol di Juru.

Itulah yang tak berapa seronok melalui kawasan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan bersimpang siur kat situ. Ia menghubungkan kawasan perindustrian Perai yang memang terkenal teramat sibuk, busuk, kotor udaranya dan tak menarik permandangannya.

Dulu masa zaman kanak-kanak, Juru merupakan kawasan perkelahan yang sering menjadi tempat berkumpul orang kampung. Biasanya mak akan berkumpul bersama beberapa keluarga lain lagi, ramai-ramai pakat pergi ke Juru berkelah. Makan nasi dan mandi manda di Juru. Bila petang balik.

Sekarang entah apa dah jadi dengan kawasan perkelahan juru tersebut. Rasanya dah bertukar menjadi kelam kabut dan laut serta pantainya berbau macam petai akibat pencemaran. Kalau ada orang Juru yang baca artikel ini, boleh berikan sikit perkembangan samada pantai di situ pasih wujud atau tidak. Yang saya tahu Kuari pecah batu masih ada lagi, itu saja.

Berbalik pada nasi ketam yang saya makan kat juru dengan seorang kawan. Itu gambar yang dirakamkan sebelum menjamah keseluruhan ketam itu dengan sepinggan nasi. Semua ketam itu saya belasah seorang sampai habis. Rakan seorang lagi belasah satu pinggan lain macam dalam gambar itu juga. Harganya saya terlupa puak sebab kawan yang pergi bayar dan saya terlupa nak tanya berapa.

 Ais Kacang Pokok Ceri

Gambar yang saya paparkan tertulis Mee Pokok Ceri. Memang sebenarnya yang orang suka pergi kat tempat tu sebab nak makan Mee Pokok Ceri yang digoreng ala mamak. Kalau yang tak biasa makan mee goteng ala mamak original Pulau Pinang boleh pergi pekena Mee Pokok Ceri kat situ.

Restoran itu dulu masa saya belia remaja merupakan Restoran Dawood. Sekarang dah bertukar tinggal Restoran Mee Pokok Ceri. Dawood dah pergi ke mana entah la pulak. Tapi kat Pulau Pinang seberang laut sana masih ada lagi restorn Dawood ni. Masa remaja dulu, bagi saya Dawood merupakan restoran paling best di sekitar Bagan dan Seberang Perai.

Saya lebih suka makan Ais Kacang kat Restoran Mee Pokok Ceri itu. Ais Kacangnya sedap sungguh. Boleh makan kat situ secara segar. Kalau bungkus akan hilang kelazatannya cair di lidah. Minta semangkuk, cedok sedikit dengan sudu dan masukkan ke dalam mulut kulum perlahan-lahan. Anda akan rasa ais yang halus bercampur air gula merah sarbat dan gula melaka cair perlahan-lahan.

Biasanya saya tak minum sebarang air minuman yang ada ais. Tak kisah samada air tin atau teh ais dan sebagainya. Tapi bila tengok ais kacang atau cendol, saya abakan saja amalan tak minum ais. Mana boleh makan ais kacang atau cendol tak ada ais...!.

Lokasinya adalah di depan Bangunan MARA bagan. Tak jauh dari simpang lampu isyarat nak ke Bagan Ajam dan Permatang Pauh. Google sendirilah kalau nak tahu lokasinya.

Nasi Kandar TM Bagan

Tak jauh dari Mee Pokok Ceri tadi ada Bangunan TM bersebelahan dengan jalan utama. Jika datang dari Jeti Feri Bagan nak ke Bagahn Ajam, anda akan lalu bangunan itu di sebelah kanan. Ada sebuah Bank OUB berdepan dengannya.

Kalau nak makan nasi kandar sebelah petang dan malam, di situ ada sebuah nasi kandar yang datang menjual nasi dan lauknya dengan sebuah kereta tolak. Ada dua taukeh yang berbeza. Satu mula dari petang sampai malam. Dan satu lagi bermula hanya pada pukul 11 malam. Yang lewat itu orang suka serbu sebaik saja dia buka.

Tapi saya lebih suka yang berniaga awal tu. Masakannya lebih sedap berbanding yang orang ramai suka beratur panjang tengah malam. Entah apa yang mereka suka dengan yang satu lagi itu saya tak pasti.

Ok setakat itu saja. Mungkin ramai yang tak suka sebab saya tak update dengan terperinci lokasi tempat makan yang saya tulis kat atas tu. Sengaja saya tak buat begitu sebab malas nak promosi mamak-maka yang memang dah banyak duit tu.

Untuk orang Utara yang dah biasa dengan kawasan Bagan tentu dah tahu. Dan kalau yang belum tahu, boleh cuba nanti kalau lalu di kawasan yang saya sebutkan di atas waktu petang atau waktu malam.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Nasi ketam, ais kacang pokok ceri, Nasi kandar TM Bagan

Previous
« Prev Post

12 comments:

  1. nasi kandar yg dimaksudkan tu baru2 ni dh kena saman dgn majlis n kkm disebabkan bahagian dapur terlalu kotor...kami yg tahu dan yg tinggal berdekatan x pergi makan kt situ cuma org luar aje yg singgah mkn.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kalau macam tu, maksudnya mereka hanya boleh beroperasi setelah Jabatan Kesihatan berpuas hati dengan tahap operasi mereka... jadi kalau dah beroperasi tu dah oklah. Harap-harap jabatan kesihatan kerap buat operasi macam tu

      Delete
  2. pergh! nasi ketam dia meleleh tengok.

    ReplyDelete
  3. Mi kalau nak makan kena ingat, takut2 diambil dari pembekal bukan Islam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah pergi serbu mengendap untuk periksa samada pembekalnya orang Islam atau tidak.

      Selepas itu nak kena pergi siasat pula samada pembekalnya itu mengambil semua bahan-bahan buat mee daripada pembekal Islam dan nak kena semak bagaimana semua pembekal kepada mee itu beroperasi samada menepati cara-cara yang Islam atau tidak.

      Selepas itu nak kena siasat juga pembekal kepada pembekal buat mee samada mereka Islam atau tidak,

      samada mereka buat berlandaskan Islam atau tidak... Ada sesiapa yang nak joint buat team siasatan? atau ada cadangan lain yang lebih baik... ?

      Delete
  4. Nasi Kandar adalah penyumbang kepada penyakit , kencing manis.darah tinggi. kolestrol dan lain2 lg....klu x percaya sila lah amal mkn nasi kandar...."rasepi pembunuh"

    ReplyDelete
  5. nasi kandar tepi oub bank tu baru2 ni dh diarahkan tutup (sita)....sebab dapornya...berbau dan teramat kotor...sama juga dengan yg satu lg sebelah dia yg bawah pokok ketapang tu....mcmana la org boleh p mkn kt situ..dapor n penyediaan masakkan amat meloyakan..kotor dan berbau busuk....tu yg sodap tuuu.....huuuuu uweeek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena sita ertinya dah dibasuh oleh jabatan kesihatan supaya ikut tahap kebersihan yg memuaskan sebelum beroperasi semula. Kalau dah buka kira dah oklah.

      Bukan semua orang mampu makan di hotel indah dan berbau wangi...

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !