Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, May 23, 2015

Seminggu di Johor Bharu dan Muar cari makan

  Mohd Shubhi       Saturday, May 23, 2015
Minggu lepas bertolak ke Negeri Johor lagi. Dari Shah Alam saya pergi ambil kawan di Lembah Pantai dan terus menuju ke Lebuh Raya melalui Sg Besi menuju ke Melaka. Sampai di RnR Ayer Keroh, kami singgah di Petronas menunggu seorang lagi kawan dari Melaka.

Perjalanan diteruskan dari situ menuju ke Johor. Sasarannya nak berbuka puasa di Johor Bharu. Dua daripada kami yang pergi ke Johor Bharu berpuasa sunat hari Isnin. Seorang lagi rakan yang masih tak berjaya amalkan puasa sunat Isnin Khamis sebagai amalan gaya hidup, buat keputusan tak mahu berhenti makan tengahari.

Dia dah belasah makan terlebih dahulu pukul 11 pagi dan menahan diri dari makan sehinggalah ke waktu magrib untuk makan bersama ketika kami buka puasa nanti. Tekan punya tekan minyak akhirnya tak kesampaian untuk berbuka di Johor Bharu. Magrib dah masuk ketika masih dalam kenderaan di atas Lebuhraya.

Kami berbuka dengan beberapa biji kurma yang memang dah sentiasa tersimpan dalam kereta. Setiap kali stok kurma habis, saya akan dapatkan bekalan di kedai kurma Mahnaz di Shah Alam. Kurma dikedai itu ada berbagai pilihan dan harganya paling murah yang pernah saya beli. Selesai mengunyah 3 biji kurma, kami sulam pula dengan air mineral. Itu semua sudah cukup untuk kembalikan kesegaran sebelum makan nanti.
Sampai di Simpang Renggam, kami keluar dari Lebuhraya. Ada sebuah kedai Nasi Ayam di Pekan Simpang Renggam yang kami biasa singgah sebelum ini. Kami buat keputusan untuk singgah di kedai itu saja untuk makan nasi. Saya makan nasi ayam madu dan dua lagi kawan makan nasi ikan penyet. Alhamdulillah lega dan boleh sambung perjalanan.

Oleh kerana bermusafir, kami hanya niat untuk solat magrib lewat disekalikan dengan waktu Insya nanti bila dah sampai ke Johor Bharu. Perjalanan diteruskan sehinggaah sampai ke Hotel Seri Malaysia di Larkin. Itu hotel pilihan setiap kali ke Johor Bharu.

Hotel itu mudah dan selesa. Tidak berada di tengah kesibukan pusat bandar. Cuma tak berapa bagus dari segi kemudahan internet berbanding kebanyakan hotel lain. Kalau nak gunakan internet, terpaksa turun ke Lobby. Itupun kelajuannya amat mengecewakan. Jadi saya buat keputusan langsung tak buka internet sepanjang tinggal di Seri Malaysia Larkin.

Kami duduk di situ sampai hari rabu. Setelah selesai semua kerja, kami bertolak pula ke Muar pada waktu petang rabu. Perjalanan dari JB ke Muar agak lama. Jaraknya bukannya dekat sangat. Muar dah bersempadan dengan Melaka sebenarnya, sebab itu ia jadi destinasi akhir sepanjang berada di Johor sebelum berangkat balik ke Selangor.

Kali ini Hotel pilihan di Muar adalah Hotel Classic. Hotel itu besar dan berada dekat dengan menu pilihan setiap kali berada di Muar. Menu pilihan yang saya maksudkan adalah Sup Kambing Power. Gambar di atas adalah rupa hotel Classic yang saya rakamkan menggunakan telefon pintar. Besar, selesa tapi sarapan tidak disediakan. Selain dari itu semuanya ok.
Selepas solat Insya, kami terus bergegas turun menuju ke kedai sup terkenal di Muar itu. Makan agak lewat sikit sebab esok hari khamis nak kena puasa lagi. Saya minta sup kambing semangkuk bersama dengan nasi putih sepinggan. Gambar yang di atas tu adalah rupa sup kambing yang bari diletakkan atas meja. Macam dah jadi satu masalah pulak setiap kali datang makanan nak kena rakamkan gambar terlebih dahulu.

Tapi sebenarnya saya sedang cuba aktifkan penggunaan Instagram. Bila dah ada smartphone ini, rasa nak mendalami pula penggunaan instagram. Teringin nak tahu bagaimana instagram dapat digunakan sebagai alat pemasaran yang berkesan. Saya dapat tahu ada banyak syarikat besar menggunakan instagram sebagai salah satu dari medium pemasaran dan penjenamaan mereka.

"Kalau anda nak mendalami bagaimana Instagram dapat jadi alat buat duit dalam pamasaran, boleh dapatkan maklumatnya dari ebook Rahsia Dominasi Instagram."

Hari khamis, kami berbuka dengan makan sup kambing juga. Tapi kali ini hanya makan sup kambing power bersama dengan sepiring roti. Keenakkan sup kambing lebih terasa apabila dicicah dengan roti. Memang rasa sup kambing di situ amat berlainan berbanding mana-mana sup kambing di tempat lain yang pernah saya makan.

Rasa supnya lembut sungguh. Tidak terasa kepanasan rempah yang digunakan. Semuanya terasa seimbang sekali tidak masin tidak tawar. Taburan daun sup dan daun bawang menambahkan lagi perisa sup kambing yang kami makan. Kambingnya lembut dan serapan rempah sup yang ada dalam kambing akan cair sebaik saja anda masukkan ketulan daging lembut itu ke dalam mulut.
Selesai buka puasa terus balik semula ke bilik di Hotel Classic untuk solat dan rehatkan diri. Cadangannya nak turun pergi cari makan semula di sebuah restoran satay yang amat poplar di Muar. Sebab itu hanya makan ringan sahaj ketika berbuka puasa tadi.

Malangnya restoran satay tutup/ Jadi kami pergi cari restoran murtabak singapura. Selalu lalu depan kedai itu setiap kali ke Muar tapi tak pernah singgah. Jadi kami pergi dapatkan sepinggan murtabak Singapura yang berharga RM10 sepinggan. Gambar kat atas tu adalah rupa Murtabak Singapura.
Gambar rumah yang saya paparkan kat atas tu adalah salah sebuah rmah yang ada di kawasan perumahan mewah kat Muar. Kebanyakan rumah banglo kat situ besar dan berbentuk moden. Cuma rumah ini dikekalkan mungkin sejak dari asal ianya dibina. Nampak klasik dan mengimbau cerita zaman P Ramlee.
Gambar pokok kat atas tu pula saya rakamkan ketika sedang jogging di sekitar kawasan rumah mewah di Muar tadi. Pokok tu memang cantik walaupun ringkas. Semua pucuk dan batang dedaun baru berwarna merah. Daun akan bertukar menjadi warna hijau setelah ianya matang. Memag indah seali ciptaan Tuhan. Subhanallah!.

Apa yang saya perhatikan di sepanjang berada di Johor dan Muar adalah sikap pembersih penduduk negeri Johor. Rata-rata kawasan di sekitar negeri Johor amat tersusun dan mendamaikan jiwa. Samada di pusat bandar atau di kawasan perkampungan, semuanya bersih dan nyaman.

Pembinaan pekan atau bandar nampaknya punyai perancangan yang amat baik. Saya rumuskan bahawa semua itu adalah hasil daripada budaya bertamadun yang dah dipupuk ke dalam jiwa orang Johor sejak lama dulu. Lagipun negeri Johor merupakan antara negeri yang paling awal maju berbanding negeri-negeri lain. Tahniah orang Johor !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Seminggu di Johor Bharu dan Muar cari makan

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. hensem gak murtabak singapore tu ye..hehe jk

    ReplyDelete
  2. Saya suka di Johor, dah jadi budaya hampir semua anak anak Melayu Johor bersekolah agama K'jaan Johor hingga sekurang kurangnya darjah 6 atau darjah Khas 2, bg mendptkan sekurang kurangnya pendidikan asas agama yg sempurna. Kurang sikit beban ibubapa utk mengajar agama pd anak anak, apatah lg sekrg kbnykn ibubapa sibuk cari rezeki, dan bnyk juga ibubapa sendiri pun kurang pengetahuan agamanya.

    ReplyDelete
  3. Muar sibuk tak?Saya kalau balik Johor...(Batu Pahat)..dah jarang beno ikut Muar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim perayaan, jem, jgn lalu bandar, lalu Muar Bypass, ikut jambatan baru.

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !