Saturday, 13 June 2015

Rakaman bunyi trompet dari angkasa yang menyeramkan

Posted by   on

Laporan dari banyak lokasi di dunia menyatakan ramai orang yang mendengar bunyi tiupan trompet yang kuat dari angkasa.

Sebenarnya bunyi tersebut sudah beberapa kali didengari oleh orang ramai sejak dua tiga tahun sebelum ini dan sampai sekarang tidak dapat dipastikan dari mana datangnya bunyi tersebut. Tidak dapat juga dipastikan ianya bunyi apa dan bagaimana bunyi itu boleh berlaku.

Sebelum ini saya ada baca sepintas lalu tajuk yang sama daripada portal luar negara yang dikongsikan oleh seorang rakan di FB. Untuk dapatkan ceritanya, anda hanya boleh google sahaja tajuk bunyi trompet dari angkasa untuk melihat liputan berita yang ada.

Bunyi trompet petanda kiamat

Al-quran dan hadith ada menyebutkan perkara berkenaan bunyi tiupan trompet atau sangkakala ini. Kita telah tahu dan diajar tentang perkara ini sejak kecil lagi. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut saya berikan surah dan ayat yang menyebutkan perkara tersebut di bawah:

Qs 39 Az-Zumar: 68

"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing)."

Qs 36 Yasin: 48-51

"Dan mereka berkata: `Bilakah (terjadinya) janji ini (hari berbangkit) jika kamu adalah orang-orang yang benar? Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan saja yang akan membinasakan mereka ketika mereka sedang bertengkar. Lalu mereka tidak kuasa membuat suatu wasiatpun dan tidak (pula) dapat kembali kepada keluarganya. Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka ke luar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka."

Qs79 An-Naazi'at: 1-9

" Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya. Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya. Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya. Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya. Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya. (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)!. Pada masa berlakunya “tiupan sangkakala yang pertama” yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan). Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing). Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut. Pemandangannya tunduk gerun."

Qs27 An-Naml: 87

Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah – gerun gementar – makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikekhendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh.

Qs69 Al-Haqqa: 13-17

Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh), Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.

Antara hadith panjang yang menyatakan berkenaan tiupan trompet ini pula adalah seperti berikut di bawah:

Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah (Selawat dan salam ke atas Rasul) bersabda, "Sesungguhnya Allah setelah selesai menciptakan langit dan bumi, Dia menciptakan sangkakala, lalu diberikan di mulut Israfil, maka Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya dan pandangan matanya ke arah Arasy menunggu bila diperintahkan (meniup sangkakala)." Aku (Abu Hurairah) berkata; "Wahai Rasulullah apakah sangkakala itu?, Baginda menjawab "Tanduk", aku bertanya lagi Bagaimanakah bentuknya?, Baginda menjawab "Sangat besar". Lalu baginda melanjutkan sabdanya: "Demi zat (Allah) yang mengutusku dengan kebenaran, sesungguhnya garis tengah sangkakala itu seluas langit dan bumi, yang akan ditiup dengan 3 kali tiupan. Yang pertama tiupan mengejutkan, yang kedua tiupan mematikan dan yang ketiga, tiupan kebangkitan untuk menghadap Tuhan semesta alam."


Fenomena bunyi trompet penerangan sains


Menurut penerangan ahli angkasa atau ahli sains pula, fenomena bunyi seperti trompet itu adalah fenomena biasa yang sudah biasa terjadi sejak dulu lagi.

Biasanya bunyi tersebut berfrequensi rendah sekitar 10Hz atau rendah lagi daripada itu. Dalam frekuensi sebegitu, kita manusia tidak dapat mendengarinya.

Tetapi semakin lama masa berjalan, nampaknya frequensi itu telah bertambah melebihi 20Hz atau lebih tinggi lagi yang membuatkan telinga manusia dapat mendengarinya.

Seandainya telinga kita dapat bertindak dan mendengar seperti sebuah antenna, maka kita akan mampu mendengar berbagai bunyi seperti sebuah kumpulan musik simfoni. Itu adalah bunyi latar belakang alam yang wujud sejak lama dahulu kala lagi.

Walau apapun penerangannya, bagus juga kejadian yang telah berlaku di merata tempat di seluruh dunia ini. Sekurang-kurangnya ia membuatkan kita merenung semula ayat-ayat yang menceritakan tentang tiupan sangkakala atau tiupan trompet ini.

Dan yang pastinya, ia mengingatkan kita terhadap hari kiamat yang merupakan salah satu daripada perkara yang kita yakin dan percaya.

Cuba dengar rakaman yang saya kepilkan di bawah yang telah dirakam dengan amat terang sekali. Bayangkan ketika saat itu anda sendiri yang mendengarnya, satu suara bunyi trompet yang amat kuat datang dari entah mana-mana..... seram juga dibuatnya.

Saya sendiri rasa seram setelah mendengar rakaman tersebut yang membuatkan sata merujuk semula semua maklumat yang menerangkan berkenaan bunyi tiupan trompet...



Maklumat asal

2 comments:
Write comments
  1. Analoginya kita hari ini bila ada sesuatu perkara besar nak berlaku mk siren dibunyikan, siren perang menandakan serangan musuh, siren amaran tsunami dsb. Boleh bayangkan bgmn rasa gerun dan takutnya bila bunyi siren berkenaan didgri, gementar hari, bergegar rasanya di dada.

    ReplyDelete
  2. Mengikut perkiraan qiamat hanya akan berlaku tidak kurang dari 200 tahun lagi dari sekarang. Mungkin 250, 300, 500 entah bila. Yang pasti kita tidak akan jumpa qiamat. Yang penting persediaan kita menghadapinya harus jangan ditangguh2. Perkiraan 200 tahun itu berdasarkan fenomena yang ditulis oleh para pengkaji seperti NASA. Mengikut kajian, medan daya magnet bumi semakin lemah (saya tak ingat kadarnya). Apabila sudah mencapai tahap terlalu lemah kutub utara dan selatan bumi akan bertukar tempat. Ini yang menyebabkan matahari akan terbit dii sebelah barat. Seperti yang disebut2 inilah tandanya akan qiamat. Ini akan terjadi paling kurang 200 tahun lagi. Wallahu alam.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter