Saturday, 4 July 2015

Adakah anda setuju Proton perlu terus dilindungi ?

Posted by   on

Salah satu isu menarik minggu ini adalah berkenaan Pengerusi Proton, Tun Mahathir yang seperti tak puas hati bila ada kecenderungan untuk menghentikan Proton daripada terus dilindungi.

The Edge melaporkan bahawa Madani Sahari, CEO kepada Malaysia Automotif Institute mengalu-alukan kehadiran lebih banyak lagi pesaing di dalam industri automotif negara kita.

Logiknya adalah dengan meningkatnya persaingan, mutu industri negara kita akan turut sama meningkat. Faedah terhadap peningkatan nilai yang ditawarkan oleh semua pesaingan akan dinikmati oleh para pengguna di negara kita.

Rakyat Malaysia, anda dan juga saya akan mendapat tawaran yang amat bernilai. Harga kenderaan menjadi lebih berpatutan. Kualiti kenderaan yang kita dapat adalah lebih baik berkadar dengan harga yang kita bayar.

Untuk membolehkan semua itu berlaku, Malaysia perlu hilangkan segala sistem yang dirangka bagi mempertahankan kedudukan Proton. Segala cukai import dan sebagainya yang dikenakan sekarang perlu dihentikan. Dan akhirnya harga kenderaan impot lebih kurang sama dengan harga kenderaan proton.

Liga Proton tak sama dengan liga kereta impot

Jika Tun Mahathir memandang sinis dengan hala tuju untuk meliberalkan industri kenderaan di negara kita, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Proton adalah anak angkat kesayangan Tun Mahathir. Dia yang mencetuskan impian melahirkan kereta nasional dan berusaha menjayakannya sampai penuh kenderaan Proton di atas jalanraya seluruh negara kita. Lagipun dia merupakan pengerusi Proton sekarang.

Antara alasan yang Tun Mahathir berikan adalah tidak adil untuk membiarkan Proton bersaing dengan pesaing yang bukan dalam satu liga yang sama. Mana adil jika Team Bolasepak Kampung di Kodiang disuruh bersaing dalam liga Piala Malaysia.

Memang betul alasan Tun Mahathir itu. Beliau akhirnya mengaku bahawa setelah berpuluh tahun, setelah berbillion Proton buat keuntungan sampai boleh bina perkampungan Proton dengan segala kelengkapan kilang di Tanjung Malim, Proton masih kekal dalam Liga Kampung Kodiang sahaja.

Rancangan untuk hapuskan legasi Tun Mahathir

Dalam keadaan kelam kabut negara kita yang ditimpa berbagai dugaan terutamanya dari segi pengurusan kewangan negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib dilihat sebagai orang yang perlu dipertanggng jawabkan terhadap segala apa yang berlaku.

Antara orang yang kuat mendesak agar Perdana Menteri berundur adalah Tun Mahathir sendiri. Dengan sokongan yang agak kuat daripada mereka yang mengkagumi Tun Mahathir, pertembungan antara Perdana Menteri Najib dengan Tun Mahathir sudah jadi satu peperangan yang hebat.

Budaya orang politik negara kita adalah budaya tidak sesekali akan mengaku kesalahan walau dengan apa cara sekalipun. Oleh itu tidak akan berlaku mana-mana menteri atau pemimpin yang akan berundur walaupun dituduh dan dibuktikan melakukan kesalahan.

Ditambah dengan rakyat negara kita yang tidak ramai sudi menjadi aktivis pendesak kebenaran dan keadilan, para pemimpin dan paa menteri berada dalam keadaan yang selesa untuk terus menafikan apa saja tuduhan salah laku. Sikap ini berlaku pada hampir kesemua pemimpin baik kerajaan mahupun pembangkang.

Satu-satunya pemimpin yang sudi berundur bila ternyata menyedari orang tak suka dan tak sokong dirinya lagi adalah Pak Lah. Walaupun Pak Lah merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang telah merubah semula pengurusan dan ketelusan banyak institusi negara kita, dia akhirnya tewas dengan desakan Tun Mahathir.

Kalau nak dilihat, tuduhan terhadap salah Pak Lah berbanding tuduhan terhadap kesalahan Najib adalah terlalu jauh berbeza, Tak ada apa-apa sangat yang teruk pada Pak Lah. Mungkin paling ketara hanyalah Geng Tingkat 4 dan imej kuat tidur yang sengaja di besarkan. Najib jauh lebih teruk sebenarnya. Isu terhadap Najib tak muat satu kapal.

Ringkasnya Datuk Seri Najib memang seorang Pahlawan Bugis yang amat degil. Dia terus menafikan segala-galanya setelah lama mendiamkan diri dari apa saja tuduhan orang ramai terhadapnya. Tapi orang kata dia ni jenis bertindak secara senyap.

Maka perkembangan untuk membiarkan lebih banyak kenderaan import masuk bersaing dalam industri automotif negara dilihat sebagai satu strategi untuk membunuh legasi Tun Mahathir. Itulah tuduhan yang dilemparkan oleh para penyokong Tun M.

Adakah anda setuju Proton perlu terus dilindungi?

Untuk menjawab soalan di atas, kita perlu buang sekejap apa yang sedang berlaku antara Tun Mahathir dengan Pahlawan Bugis di negara kita. Anggap sahaja semua itu tidak berlaku.

Dalam keadaan begitu, apakah anda rasa Proton perlu terus dilindungi dengan menghalang kenderaan impot bersaing dari segi harga dan kualiti. Apakah masa perlu dilanjutkan seribu tahun lagi untuk membenarkan Proton menjadi pilihan utama rakyat Malaysia secara terpaksa.

Dan yang paling penting, apakah perlu Malaysia mempunyai sebuah jenama kereta sendiri? apakah jenama kereta sekarang ada unsur kenegaraan atau jenama kenderaan sudah menjadi jenama terbuka tanpa identiti kenegaraan?

Apakah kita perlu risaukan para pekerja Proton dan kesemua pekerja lain yang terlibat dalam industri Proton. Apakah mereka akan mati kebuluran dan hilang tempat bergantung jika Proton gulung tikar?

Apa pendapat anda...?

2 comments:
Write comments
  1. Sy sokong proton kualiti bertamvah baik cuma bab servis ada teruk sedikit tp seperti kisah air cond nissan dlm tulisan yg lepas dln blog anda semua pengeluar ada masalah cuma cara utk selesai kan masalah tu buat beri persepsi yg buruk kpd proton.......sy bangga dgn proton sbb menunjukan org melayu boleh maju dgn usaha sendiri........kalau di beri pilihan sy akan bail out proton dan biarkan mas bangkrap sbb sudah ada pengganti seperti air asia yg boleh bw nama malaysia ke serata dunia........ dulu pernah dgr proton di eksport ke iran, turki dan negara2 islam yg lain sekarang ni tak tahu ape yg jadi dgn pasaran eksport ke luar negara.......jika filah sejarah ford yg hampir bangkrap di bailout oleh us govt, hyundai dan kia mula2 masuk malaysia yg kualitinya lebih buruk dr malaysia termasuk cherry dr china yg dashboard menggunakan plastic murah adalah mustahil jika proton x dpt tembus pasaran negara2 tersebut jika tiada perlindungan dr negara terbabit.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pun family aku semua pakai proton dan tak dak masalah... seluruh m'sia n thailand aku jelajah dgn proton... semua ok... kalau u all semua nak pelingkup proton, makna nya nak lingkupkan byk org melayu dalam industry ini...byk family aku pun kerja dgn proton...kalau najib nak mampus...pergi le mampus jgn tutup proton dah le

      Delete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter