Sunday, 5 July 2015

Kisah KPDNKK yang berperangai pelik

Posted by   on

Dibawah saya kongsikan pengalaman seorang usahawan yang telah berjaya mengesan perangai pelik yang ada pada para pegawai KPNKK untuk anda semua perhatikan selepas ini:

********************************************************************************

Bouazizi seorang pemuda Tunisia berumur 26 tahun yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran bagi menyara ibunya dan 8 orang adik beradik.

Perniagaan dengan troli di jalanan ini seringkali diganggu oleh pihak berkuasa.

Namun pada pagi 17hb Disember 2010, indimidasi oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita agak keterlaluan.

Barang jualannya dirampas, penimbangnya dihempap hingga pecah dan seorang pegawai wanita menampar, meludah mukanya dan memaki hamun Bouazizi dengan nama bapanya yang telah meninggal dunia.

Kecewa dengan penghinaan yang diterimanya, Bouazizi nekad untuk bertemu dengan pihak atasan di daerahnya untuk mengambil semula barangan yang telah dirampas.

Namun pihak berkuasa mengelak untuk bertemunya.

Kali ini, beliau tanpa berfikir panjang, pergi mendapatkan petrol dan kembali ke bangunan tersebut dan membakar dirinya.

Melihat kebangkitan rakyat pada waktu itu, Presiden Tunisia sendiri datang melawat Bouazizi beberapa hari sebelum lelaki ini menghembuskan nafas terakhir.

Insiden ini menyebabkan ramai anak-anak muda lain bangun untuk menyertai protes sehingga tumbang kerajaan Presiden Ben Ali pada waktu itu.

Ben Ali dan isterinya yang terkenal dengan cintanya kepada barang kemas melarikan diri dari Tunisia.

Entah kenapa saya teringat cerita ini setiap kali pihak KPDNKK melakukan lawatan ke premis kami.

Yang pertama pada 8hb April, alasanya mendapat aduan kenaikan harga barang.

Barangan ini ialah sebuah periuk yang dijual harga dahulu RM 60.00 dinaikan kepada RM 75.00 pada bulan April.

Sebab kenaikan bukanlah semata-mata GST sahaja, sebab kenaikan ialah kerana pertukaran matawang RM berbanding Yuan/RMB di China.

Jika tahun-tahun sebelum ini RM 50 bersamaan dengan 100 yuan, pada bulan April RM 55 bersamaan dengan 100 yuan. (Kini RM 62 bersamaan dengan 100 yuan)

Setelah diterangkan kepada pegawai yang datang melawat itu, maka semua empat orang pegawai itu mula borong sakan barang di kedai Pusatborong.com, jika tak silap hampir RM 500 pembelian mereka berempat pada hari tu.

Selang seminggu pihak KPDNKK datang pula ke premis Pusat Borong di JB.

Kali ini mereka ingin tahu kenapa ada kenaikan harga bagi Foot Patch yang berharga RM 2.50 kepada RM 3.00. Peningkatan 20% harga kata mereka.

Saya bercakap kepada pegawai itu, dan meminta mereka pergi lihat harga barang ini di kedai yang betul-betul di hadapan kedai saya. Di sana harganya ialah RM 15.

Kata pegawai ini, walaupun harga mereka RM 15, namun harga mereka tidak meningkat.

Saya tidak pasti samada untuk ketawa atau menangis dengan jawapan ini.

Beberapa hari lepas, pegawai KPDNKK datang lagi ke kedai Pusatborong.com di Ampang, kali ini mereka kata, orang atasan sudah beri arahan untuk mendakwa pihak Pusatborong.com di atas AKTA PENCATUTAN.

Maka diminta kami untuk mengisi beberapa lagi borang-borang berkenaan harga barang tersebut.

Harga barang ini telahpun diturunkan kepada RM 69.00 selepas lawatan pertama KPDNKK.

Namun mereka tidak kisah. Mereka nak tahu juga berapa sebenarnya keuntungan barangan ini.

Maka kami berikan resit dan tertera harga di China barangan ini ialah 98 yuan sebuah.

Harga Dulu 98 yuan x 0.52 = RM 51 ditambah RM 4 untuk kos pengimportan dari China ke Malaysia. Maka kos penuh ialah RM 55.00 (Harga Jualan RM 60.00, untung RM 5)

Harga terkini 98 yuan x 0.62 = RM 61 ditambah RM 4 untuk kos pengimportan dari China ke Malaysia. Maka kos penuh ialah RM 65 (Harga jualan RM 69.00, untung RM 4) (Untuk pengetahuan juga, periuk ini dijual di TV dengan harga RM 149, dijual secara runcit di internet dengan harga RM 90 lebih)

Mereka masih tidak berpuashati.

Maka saya sedar, sebenarnya tujuan mereka bukanlah untuk menghukum peniaga yang mengambil untung berlebihan. Tujuan mereka ialah untuk menunjukan kepada orang ramai, bahawa mereka buat kerja dengan mendakwa pihak peniaga.

Peranan kerajaan dalam memerintah negara adalah untuk memudahcarakan rakyatnya untuk berniaga dan mengutip cukai daripada hasil keuntungan perniagaan ini.

Namun apabila polisi-polisi kerajaan dibuat dengan cara yang tidak bijak dan menekan rakyat kebanyakan.

Maka terpaksa dikerah pegawai kerajaan untuk mencari "kambing hitam" untuk dijadikan mangsa untuk rakyat kebanyakan melepaskan geram mereka.

Kami bukanlah goyang kaki atau memetik duit dari atas pokok. Kami bekerja keras setiap hari untuk berniaga.

Saya berharap kerajaan sedar lebih awal sebelum muncul Bouazizi versi Malaysia di kalangan peniaga yang tertekan.

SHAHABUDEEN JALIL
PusatBorong.com

3 comments:
Write comments
  1. ambil gambar mereka .... camkan dan dapatkan maklumat peribadi mereka betul-betul ... sekarang mereka ada kuasa, mereka boleh buat suka hati mereka. tak ape ... tunggu hingga mereka berhenti atau bersara .... cari mereka dan tibai cukup-cukup......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju,,bg depa pikir siap2,,awak kerja mkn gaji,,so buat ikut setakat mkn gaji udah ler,,jgn lebih2,,,

      Delete
  2. Betul tu! Saya setuju, dapatkan maklumat mereka, kalau boleh muat naik nama tu dlm blog anda kalau berani. Tapi yang sebenarnya perangai pelik nie timbul kerana mungkin ada niat untuk salah guna kuasa, tidak ada ilmu tentang costing barangan atau saja tak nak tahu masalah peniaga. So langkah berjaga jaga, jangan biarkan mereka bermaharajala dan dalam 3 bulan selepas perlancaran GST selalu nampak pegawai kastam dan KPDNKK berkeliaran di supermarket kononnya nak pasti segala peraturan GST dipatuhi. Pandai pandailah jangan terperangkap dengan pihak berkuasa, sekali kena your Life will never be the same again, percayalah!

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter