Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, January 12, 2016

Bunyi kuat dan pelik kedengaran dari langit di seluruh dunia

  Mat Bihi       Tuesday, January 12, 2016
Ini laporan peristiwa bunyi kuat dan pelik yang kedengaran dari langit di atas kepala kita semua. Bunyinya kedengaran seperti bunyi trompet atau geselan bahan metal yang amat kuat jelas kedengaran entah dari mana datangnya.

Yang pastinya bunyi tersebut datangnya dari angkasa raya di atas kepala kita. Apakah puncanya dan apakah fenomena sebenar yang membawa kepada kejadian bunyi tersebut tidak dapat di kela pasti.

Sebelum ini saya ada buat artikel menyentuh fenomena yang sama. Anda boleh membacanya di link ini. Dalam artikel tersebut, saya nyatakan pandangan dari pakar yang menyebut bahawa ianyaadalah satu fenomena biasa dari angkasa yang sudah lama berlaku.

Bezanya hanyalah dahulu kita tidak dapat mendengarnya dengan jelas. Tetapi sekarang atas faktor-faktor tertentu, bunyi tersebut sudah biasa dapat didengar oleh telinga manusia biasa dengan jelas dan kuat.

Dalam rakaman kali ini, dipaparkan bunyi yang kuat dan jelas yang datang dari angkasa di tempat-tempat berikut:

  1. Budapest, Hungary - Berlaku pada 24 Mei 2015
  2. Windsor, Otario - Berlaku pada 3 Julai 2015
  3. Jepun - Berlaku pada 2 April 2015. Bunyai dari angkasa yang berlaku dijelun jika anda dengar betul-betul sebijik macam bunyi laungan raksaksa yang sering dilawan oleh Ultraman dalam cerita kegemaran kanak-kanak.
  4. Indonesia - Berlaku pada 7 Mei 2015. Bunyi amat jelas seperti tiupan trompet yang besar dari angkasa raya.
  5. Oklahoma - Berlaku pada 25 March 2015
  6. Saskatchewan, Kanada - Berlaku pada 25 April 2015
  7. Filipina - Berlaku pada 2 Jun 2015
  8. Batangas, Juga di Filipina - Berlaku pada 5 April 2015
  9. Sabah - Berlaku pada 13 Jun 2015
  10. Beijing, China - Tidak dinyatakan tarikh ianya berlaku
Anda boleh mendengar rakamannya dari Youtube di bawah:


Ada yang berpendapat itu semuanya hanyalah rakaman palsu untuk menakutkan orang ramai. Sekarang orang boleh buat apa saja rakaman palsu dan boleh buat bunyi apa saja dan merakamkan seolah-olah ianya adalah satu perkara benar.

Mana yang betul tidak dapat dipastikan.

Dengar pula rakaman bunyi pelik dari angkasa yang berlaku di negara Jiran kita Singapura baru-baru ini di sini. Menurut berita ianya berlaku pada 2 Januari 2016 yang lalu. Perakamnya dari warga Singapura berkata suara atau bunyi itu kedengaran selama 2 jam !.

Apa agaknya bunyi tersebut ?

Satu saja tindakan yang boleh kita lakukan adalah dengan sentiasa peka kepada persekitran sekeliling dan perlu pantas menggunakan telefon pintar yang kita ada. Sebaik saja anda mendengar fenomena yang seumpamanya, segera gunakan telefon tersebut untuk rakaman.

Kita mungkin perlu simpan dan berkecuali terlebih dahulu semua maklumat tersebut sehingga mengalami pengalamannya sendiri jika berpeluang.

Di bawah ini pula adalah rakaman berita dimerata tempat yang melaporkan bunyi kuat dari angkasa. Mungkin ianya adalah bunyi makhluk asing ! kata mereka.

Tiada siapa yang dapat memberikan penjelasan yang boleh membuatkan orang yakin dan pasti dengan apa yang sedang berlaku ketika bunyi melaung dari angkasa.

Apa pendapat anda ?

Pernahkah anda sendiri dengar bunyian seperti yang dirakamkan itu ?
logoblog

Thanks for reading Bunyi kuat dan pelik kedengaran dari langit di seluruh dunia

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. Saya mendengar seperti bunyi enjin kapal terbang di atas langit biru...tapi bila saya dongak ke langit tak ada pula bayangan kapal terbang...pelik juga.

    ReplyDelete
  2. mungkin tak perceaya...ini adalah kerja USA/Jew pasang sesuatu kat satelite depa atas tu..betui...macam movie.
    tujuan: control manusia dan perang cuaca nanti..tak pakai M16 udah weh...pusat: kat Alaska.

    ReplyDelete
  3. Tak kiamat lagi masa terdekat ni...manusia dajal yg buat sound ni.

    ReplyDelete
  4. pernah dengar sekitar ogos 2015 lalu,ingatkan deruman kapal terbang, terbang rendah.mungkin kut tiupan sangkalala israfel dalam nada freq rendah db nya.

    ReplyDelete
  5. Bunyi macam ni nak ingatkan kita semua bahawa dunia sudah tua.

    ReplyDelete