Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, January 22, 2016

20 negara terbaik di dunia, Amerika bukan nombor satu

  Mohd Shubhi       Friday, January 22, 2016
Baru-baru ini di 'World Economic Forum, Davos, Switzerland telah diumumkan senarai carta negara-negara terbaik di dunia. Dan negara yang paling baik di dunia secara keseluruhannya jatuh pada negara Jerman.

Jerman menduduki tempat pertama berdasarkan berbagai ukuran metrik yang dibuat dalam bancian bagi menentukan kedudukan negara-negara yang terbaik. Antara faktor utama yang membuatkan Jerman berada di kedudukan pertama adalah:
  1. Faktor ekonomi yang mantap
  2. Jumlah peratusan penganggur yang amat rendah
  3. Amat terkenal di seluruh dunia
  4. Terkenal dengan pengeluar kepada banyak produk yang amat berkualiti
  5. Menyesuaikan diri dengan dasar diplomasi yang fleksibel diluar negara
  6. Kepimpinan yang mantap
Mungkin ada yang meneka tentu Amerika berada di kedudukan pertama. Tapi ternyata salah walaupun pihak yang mengendalikan bancian terhadap 16 ribu respondent itu berpusat di Amerika. Mereka nampaknya tidak cenderung untuk berat sebelah.

Carta 20 negara terbaik dunia

Amerika menduduki tempat ke-4 secara keseluruhannya. Kita lihat carta kedudukan 20 negara terbaik dunia di bawah:
  1. Jerman
  2. Kanada
  3. UK
  4. US
  5. Sweden
  6. Australia
  7. Jepun
  8. Perancis
  9. Belanda
  10. Denmark
  11. New Zealand
  12. Austria
  13. Itali
  14. Luxembourg
  15. Singapura
  16. Sepanyol
  17. China
  18. Ireland
  19. Korea Selatan
  20. Brazil
Tentu ada yang bertanya negara kita Malaysia berada di kedudukan nombor berapa ? Adakah Malaysia juga menjadi salah sebuah negara yang diambil kira untuk dibanci dalam senarai negara terbaik di dunia ?

Kedudukan Malaysia dalam carta

Jangan risau, Malaysia masih tetap merupakan salah sebuah negara yang menarik perhatian dunia walaupun keadaan politik yang sedikit kucar kacir dan tidak sebaik seperti sebelum-sebelum ini.

Malaysia menduduki tempat ke-28. Kedudukan yang lebih baik berbanding Arab Saudi yang mendapat tempat ke-29 dan Turkey yang mendapat kedudukan ke-30.

Walau bagaimanapun Malaysia tertinggal di belakang berbanding Thailand dan India yang masing-masing berada di kedudukan ke-21 dan ke-22.

Negara Indonesia pula tercorot di kedudukan nombor 42, negara Palistah pula berada di kedudukan ke-56 dan negara terakhir di kedudukan ke-60 adalah negara Algeria.

India negara terbaik untuk pelaburan

India yang menduduki tempat ke-22 disenaraikan sebagai negara pertama dari segi potensi ekonomi dalam masa yang akan datang. Dari situ India dianggap sebagai negara terbaik untuk pelaburan dari segi perniagaan. India mengatasi Singapura yang menduduki tempat ke-2, sebagai negara terbaik untuk pelaburan.

Carta negara terbaik untuk pelaburan adalah seperti berikut:

  1. India
  2. Singapura
  3. Vietnam
  4. Indonesia
  5. Ireland
  6. Thailand
  7. Peru
  8. Australia
  9. Chile
  10. Malaysia
Nampaknya negara kita masuk dalam senarai carta 10 negara terbaik untuk aktiviti pelaburan. Namun begitu agak mengecewakan apabila kita ketinggalan kepada negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Abda boleh lihat semua maklumat terperinci dalam senarai negara terbaik dunia di sini.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 20 negara terbaik di dunia, Amerika bukan nombor satu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !