Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, January 23, 2016

Kenderaan Perodua paling laris di Malaysia

  Mat Bihi       Saturday, January 23, 2016
Tahun 2015 menyaksikan kenderaan keluaran Perodua menjadi kenderaan nombor 1 paling laris di negara kita Malaysia. Jumlah keseluruhan jualan kenderaan keluaran Perodua adalah sebanyak 213, 307 unit.

Jumlah tersebut menjadikan Perodua menguasai pasaran kenderaan sebanyak 32% daripada keseluruhan kenderaan yang terjual di negara kita pada tahun 2015. Nampaknya Perodua menjadi jualan paling laris di Malaysia selama 10 tahun berturut-turut.

Jumlah keseluruhan kenderaan yang terjual di Malaysia pada tahun 2015 adalah sebanyak 666,674 unit. Meningkat seanyak 0.3% berbanding jualan keseluruhan kenderaan pada tahun sebelumnya. Tahun 2014 mencatatkan jumlah jualan kenderaan sebanyak 655,793 unit.

Jualan kereta keluaran Proton

Walaupun banyak masalah yang menimpa Proton, jualan kereta keluaran Proton masih berada di tangga kedua dengan jumlah jualannya mencapai sebanyak 102,175 unit pada tahun 2015. Ini menjadikan Proton kenderaan nombor 2 paling laris di negara kita.

Proton menguasai pasaran sebanyak 17.3% daripada keseluruhan jualan kenderaan di Malaysia.

Jualan kereta keluaran Honda dan Toyota

Honda telah memotong Toyota dalam jumlah jualan kenderaan pada tahun 2015. Kenderaan keluaran Honda menguasai pasaran sebanyak 14.2% di negara kita dengan hasil jualannya mencapai sebanyak 94,902 unit.

Toyota pula menjual sejumlah 93,760 unit dengan penguasaan pasaran sebanyak 14.1% pada tahun 2015. Tak banyak sangat Honda memotong jualan Toyota, tapi tentu ia merupakan berita gembira buat mereka kerana berjaya memotong hasil jualan Toyota.

Jika dibandingkan jumlah jualan kenderaan Honda, nampaknya proton hanya menjual lebih sebanyak 7,273 unit sahaja jualan mereka berbanding Honda. Jika dicampur pula hasil jualan Honda dengan Toyota, mereka masih tidak dapat memotong hasil jualan Perodua. Memang hebat nampaknya kenderaan keluaran Perodua.

Kenderaan Nissan pula menduduki nombor 3 dari segi hasil jualan kenderaan bukan buatan nasional di Malaysia. Nissan menjual sebanyak 47,235 unit.

Unjuran jualan kenderaan 2016

Pada tahun ini pula MAA menjangkakan jualan kenderaan akan merosot berbanding tahun 2015. Ini memandangkan kawalan ketat yang dikenakan oleh Bank Negara terhadap prosedur pinjaman bagi mengurangkan masalah bebanan hutang rakyat Malaysia.

MAA menjangkakan hanya sebanyak 650,000 init kenderaan sahaja yang akan terjual pada tahun 2016 ini.

Walaupun jumlah jualan itu menyusut sedikit, tapi nampaknya masih banyak kenderaan baru akan berada di atas jalanraya. Tahun demi tahun menyaksikan jumlah kenderaan baru masuk ke jalanraya bertambah melebihi setengah juta unit.

Dalam keadaan sekarangpun kita dah alami kesesakan lalulintas di kebanyakan pusat bandar, keadaan ini nampaknya akan semakin meruncing lagi tahun demi tahun. Kesesakan jalanraya pada musim cuti sudah tentu akan menjadi lebih gila berbanding tahun-tahun yang sudah.

Apakah jumlah kenderaan yang terjual menunjukkan bahawa sistem pengangkutan awam kita amat tidak boleh diharapkan ?

Bila sistem pengangkutan awam lemah dan tak boleh diharapkan, maka pengguna memilih untuk mendapatkan kereta bagi kegunaan perjalanan mereka samada untuk pergi kerja atau pergi berjalan-jalan ?

Sumber maklumat: The Edge
logoblog

Thanks for reading Kenderaan Perodua paling laris di Malaysia

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Nampaknya perodua berada di tempat pertama dalam pasaran. Kereta bagus harga ok pengguna akan pilih.

    ReplyDelete
  2. Perodua masih kenderaan terlaris di Malaysia..
    perlu keluar kotak ke luar pula

    ReplyDelete
  3. Apakah Anda membutuhkan pinjaman? Ini adalah untuk memberitahukan masyarakat umum bahwa Mrs Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman swasta memiliki membuka kesempatan keuangan untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan. Kami memberikan pinjaman pada tingkat bunga 2% untuk individu, perusahaan dan perusahaan di bawah syarat dan kondisi yang jelas dan mudah dipahami. hubungi kami hari ini via e-mail di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete