Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, January 25, 2016

Cara mudah belajar Bahasa Inggeris

  Mohd Shubhi       Monday, January 25, 2016
Ramai yang tak berapa pandai Bahasa Inggeris tetapi ada keinginan untuk menguasainya. Sebaik-baiknya kita perlu ada kemampuan untuk kuasai Bahasa Inggeris dari segi percakapan dan penulisan.

Tetapi, kalau tak boleh kuasai kedua-duanya dengan baik, paling kurang, keupayaan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik sahaja sudah memadai.

Cuma masalahnya adalah bagaimana nak dapatkan satu cara yang mudah untuk belajar Bahasa Inggeris ?.

Ada tak satu cara mudah untuk belajar Bahasa Inggeris ?

Ada dikalangan kawan-kawan yang saya kenal tak dapat tangkap makna Bahasa Inggeris walaupun ayat yang mudah. Mereka gagal walaupun sekadar untuk memahami arahan asas dalam Bahasa Inggeris.

Tips - Jika anda berminat belajar Bahasa Inggeris mudah, cuba pergi dan baca artikel ini: Tips Mudah Belajar Bahasa Inggeris Perbualan

Kalau dah sampai ke tahap gagal macam kawan yang saya sebutkan di atas tadi, tahap yang cukup tegar, bebal untuk menangkap apa saja arahan dalam Bahasa Inggeris, maka sudah tentu terlalu sukar untuk kuasai Bahasa Inggeris, tambah lagi dah tua pulak tu !

Dalam keadaan itu, bagaimana nak belajar Bahasa Inggeris ?

Bagaimana seseorang yang umurnya dah lanjut, sudah bertahun-tahun meninggalkan dunia sebagai seorang pelajar, nak belajar Bahasa Inggeris...

Jangan risau, saya berikan panduan mudah bagaimana anda dapat lakukannya di bawah.

Cerita belajar Bahasa Inggeris

Ketika muda dulu, saya cukup sedih dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris saya.

Tahapnya adalah tahap gaban yang amat memalukan.

Setiap kali bercakap Bahasa Inggeris, ia membuatkan saya rasa macam lemas tenggelam dalam kolam mandi.

Rasa serba salah kerana bila orang bercakap Bahasa Inggeris, saya akan tak faham lebih 70 peratus daripada keseluruhan perkataan yang mereka gunakan !

Bila membaca apa saja artikel dalam Bahasa Inggeris, rasa seperti membaca akhbar Nanyang Siang Pau atau Akhbar Tamil Nesan. Bezanya hanyalah, akhbar Bahasa Inggeris, saya boleh sebut perkataannya dalam bunyi Melayu, tapi kalau Tamil Nesan atau Nanyang Siang Pau, sebutpun tak boleh.

Tapi yang amat pasti, samada baca Nanyang Siang Pau atau Tamil Nesan, saya satu bendapun tak faham. Kecuali ada gambar, boleh agak sikit-sikit.

Oleh kerana akhbar Bahasa Inggeris saya boleh sebut dalam ejaan rumi, maka saya cuba baca jugak,  tapi lebih dari 70% perkataannya saya tak reti langsung.

Dari situ saya kenal pasti bahawa masalah saya adalah miskin 'Vocabulary'. Miskin perkataan Bahasa Inggeris yang saya tahu maknanya.

Saya dapat tahu, untuk membolehkan seseorang itu berkomunikasi dalam apa-apa Bahasa, dia mesti menguasai atau tahu sekurang-kurangnya 10 ribu perkataan di dalam bahasa tersebut.

Dengan kenal dan faham 10 ribu perkataan, barulah kita dapat kuasainya dan lancar bercakap dalam bahasa asing itu.

Cara mudah belajar Bahasa Inggeris

Untuk kenal sebanyak mungkin perkataan Bahasa Inggeris, saya ambil satu cara mudah dengan buat perkara seperti berikut:

#1. Sediakan bahan keperluan belajar

Anda perlu sediakan bahan-bahan yang mudah seperti berikut untuk membolehkan anda belajar Bahasa Inggeris dengan mudah.

  1. Akhbar berbahasa Inggeris yang menggunakan perkataan dan ayat mudah
  2. Saya pilih Akhbar The Star. Kawan beritahu bahawa akhbar itu lebih mudah nak faham berbanding akhbar seperti NST.
  3. Kamus Dwi Bahasa yang lengkap. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  4. Sebuah buku nota kecil
  5. Sebatang pen atau pensil

#2. Amalan yang perlu dilakukan

Dengan tersedia semua yang saya sebutkan di atas, anda perlu buat langkah-langkah yang saya berikan di bawah ini.
  1. Baca satu atau dua artikel yang berupa berita pendek. baca satu artikel setiap hari.
  2. Habiskan masa dalam lingkungan 30 atau 45 minit saja untuk baca keseluruhan artikel tersebut.
  3. Bila jumpa satu perkataan yang saya tak faham maknanya, yang sama diulang dua kali dalam artikel itu, saya akan gariskan dengan pensil.
  4. Sebaik saja saya jumpa perkataan yang sama itu kali ketiganya, saya akan hentikan bacaan dan mencari maknanya.
  5. Saya buka kamus dan fahami ertinya beserta dengan penjelasan dan contoh dari kamus itu.
  6. Bila saya faham, saya akan buka buku nota kecil dan catitkan perkataan itu beserta dengan maknanya sekali dan contoh ayat yang saya faham.
  7. Selepas itu saya sambung baca semula artikel itu dan biasanya akan jumpa lagi perkataan yang sama tadi. Cuma bezanya, kali ini saya dah faham apa maknanya.
  8. Saya akan senaraikan sebanyak 10 perkataan baru dalam buku nota kecil saya itu. Bila ada satu perkataan yang dah masuk dalam kepala tanpa perlu dirujuk semula, saya akan padamkan untuk digantikan dengan perkataan baru.
  9. Saya biarkan hanya ada sepuluh perkataan sahaja dalam setiap masa berada di dalam senarai.
  10. Begitulah saya ulang dan ulang selama setahun tahun.

Hasil dari cara mudah belajar Bahasa Inggeris

Anda teka apa hasilnya apabila saya amalkan cara tersebut di atas selama setahun?.

Ya!, saya mula faham banyak perkataan.

Ia membuatkan aktiviti membaca akhbar The Star mula menjadi mudah dan dapat difamahi.

Ini kerana saya pastikan kesemua perkataan yang saya tak tahu merupakan perkataan yang paling kerap diulang dalam sesebuah penulisan.

Tentu tak ada masalah untuk saya menghafal dan memahaminya.

Dari situlah saya mula faham Bahasa Inggeris dan boleh bercakap walaupun tatabahasa, nahu atau sebutannya tak berapa betul.

Bab tata bahasa itu boleh dilakukan kemudian bila kita dah kenal banyak perkataan nanti. Lagipun, mempelajari nahu atau tatabahasa menjadi lebih mudah bila kita kenal banyak perkataan Bahasa Inggeris.

Cara mudah belajar Bahasa Inggeris tambahan

Satu lagi masalah nak belajar Bahasa Inggeris adalah buku yang mengajar Bahasa Inggeris kebanyakannya adalah dalam Bahasa Inggeris juga.

Bila dah mangkaq bahasa itu, bagaimana nak gunakannya. Lebih-lebih lagi jika nak belajar sendirian, betul tak ?.

Tapi jangan risau!

Jika itu menjadi masalah anda, saya berikan link portal belajar Bahasa Inggeris yang mempersembahkan cara mudah belajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu

Anda boleh klik link yang saya berikan di bawah ini:
Belajar Bahasa Inggeris perbualan mudah !
Portal Omni Translation yang saya berikan itu mudah kerana ia disampaikan dalam Bahasa Malaysia; bahasa yang anda semua tentu pakar dan sudah gunakan setiap masa samada secara sedar atau ketika dalam mimpi.

Bayangkan betapa pakarnya anda dalam Bahasa Malaysia, terutamanya dari segi pertuturan ! sampai mampu gunakannnya ketika bermimpi sekalipun !

Bila sesuatu Bahasa itu kita gunakan ketika dalam mimpi, maknanya kita sudah dapat kuasai bahasa tersebut. Itulah tanda ukur untuk tahu samada kita dah pandai atau tidak.

Saya harap tips belajar bahasa inggeris yang saya berikan di atas dapat anda amalkan. SEmoga berjaya hendaknya !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cara mudah belajar Bahasa Inggeris

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Boleh cuba tips ni. Cara mudah untuk belajar bahasa inggeris bagi yang nak berusaha.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !