Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, January 8, 2016

Siapa mahu anak belajar Tahfiz Al-Quran di Puchong !

  Mohd Shubhi       Friday, January 8, 2016
Siapa mahu anak mereka mengikuti pengajian Tahfiz Al-Quran di Puchong ?

Untuk ibubapa yang mahukan anak mereka mempelajari pengajian Tahfiz Al-Quran di Surau An-Nur, Taman Puchong Intan, anda boleh baca lebih lanjut artikel ini.

Tawaran untuk belajar Tahfiz Al-Quran ini terbuka untuk semua orang samada tinggal di persekitaran Puchong atau luar dari Puchong. Tak kisah di mana anda berada di malaysia ini, boleh hantar anak anda mengaji di Puchong, di Surau An-Nur.

Anak-anak yang nak dihantar seeloknya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Kanak-kanak berumur antara 11 tahun ke 14 tahun
  • Boleh mengira, membaca dan menulis Rumi dan Jawi
  • Lelaki
  • Minat
  • Lepas temuduga pihak Maahad Tahfiz An-Nur
Para pelajar akan didedahkan dengan pengajian berikut:
  • Hafazan Al-Quran
  • Terjemahan dan Tafsir Al-Quran
  • Tajwid
Pelajar juga akan ditambah dengan ilmu-ilmu yang berikut:
  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina (Mandarin)
Belum habis lagi !, anak-anak anda akan diberikan ilmu-ilmu di bawah juga:
  • Tauhid
  • Matematik
  • Feqah
  • Tafsir
  • Hadith
Bukan itu saja, ada lagi. Anak-anak anda akan melibatkan diri dengan aktiviti Ko-Kurikulum seperti berikut:
  • Memanah
  • Memasak
  • Bolasepak
  • Badminton
  • Sepak Takraw
  • Ping Pong
  • Rehlah dan Mukhayam
Maahad Tahfiz An-Nur menyediakan asrama untuk anak-anak anda yang dihantar untuk belajar di sana. Tak perlu risau tentang tempat tinggal sebab semua kelangkapan tersebut disediakan oleh pihak Maahad.

Bayaran untuk pengajian

Ya ! memang kena bayar. Pengajian tidak diadakan secara percuma. Jadi anda perlu pastikan ada wang yang cukup untuk menghantar anak-anak anda mengaji di Maahad Tahfiz An-Nur.

Yurannya adalah seperti berikut:
  • Yuran pendaftaran (Tahunan) - RM800 sahaja
  • Yuran Bulanan - RM350 sebulan
Untuk ibu bapa yang berminat, masih ada tempat untuk mengisi para pelajar di Maahad Tahfiz An-Nur sekarang. Segera hubungi pegawai berikut jika mahu dapatkan maklumat lanjut:
  • Ustaz Asyraf: 019-2909131
  • Ustaz Muhd Rusydi: 017-6753839
  • Imam Hadi: 017-6789913

Sumbangan pada Maahad

Kalau tak ada anak atau kalau tak boleh hantar anak, tapi nak turut sama menjayakan usaha Maahad Tahfiz An-Nur bersama-sama dengan ahli khariah Surau An-Nur, anda boleh berikan sumbangan atau derma.

Masukkan saja sumbangan anda itu ke:

No akaun: 562777-224502
Nama akaun: Matan Resources

Nota: Matan adalah singkatan kepada Maahad Tahfiz An-Nur

Moga sumbangan dari anda semua dapat menjayakan usaha baik dari:

Surau An-Nur, 
Jalan Intan 1/1,
Taman Puchong Intan,
Selangor
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Siapa mahu anak belajar Tahfiz Al-Quran di Puchong !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !