Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, March 3, 2016

8 tips bagaimana nak jaga brek kereta anda

  Mohd Shubhi       Thursday, March 3, 2016
Walau apa pun jenis kenderaan yang anda pakai, pastikan kenderaan tersebut ada brek. Walaupun kenderaan tersebut merupakan sebuah basikal, brek tetap penting lebih-lebih lagi jika anda naik basikal turun bukit.

Begitu juga dengan kereta yang anda pakai. Tak kisah kereta nasional atau luar negara, mahal atau murah, laju atau perlahan, brek mesti tip top. Jangan main-main dengan keadaan brek kenderaan yang anda pakai itu.

Masa mula-mula pakai kereta dahulu, saya sendiri tak berapa ambil kisah sangat dengan kepentingan keadaan brek sesebuah kenderaan. Tapi mula sedar betapa pentingnya jaga brek bila teman seorang kawan ambil kereta second hand yang baru dibelinya.

Kawan saya itu memang peminat kereta. Dia suka bergaya dengan kereta yang dibelinya. Walaupun kereta yang dia beli kereta lama, bila dapat saja padanya dia akan betulkan semua keadaan kereta tersebut dari segi penampilan dan juga pemanduan.

Biasanya banyak juga duit yang dia akan habiskan. Tapi disebabkan dia dah biasa betulkan banyak kereta, networking untuk melakukan semua aktiviti tersebut memudahkan segala urusannya dengan harga yang berpatutan.

Bila saya teman dia pergi ambil kereta secondhand yang baru diberlinya itu, perkara pertama yang dia pergi betulkan adalah brek.

"Yang ni aku jaga ! ", terang kawan saya itu ketika membawa keretanya ke sebuah workshop. Maksudnya adalah penjagaan brek. Baginya, brek melibatkan keselamatan pemandu kereta dan juga penumpang serta orang lain. Itu perkara asas paling pentng dalam menjaga keselamatan sesebuah kereta.

Ketika itu barulah timbul kesedaran dalam diri bahawa walau apapun yang berlaku pada kereta anda, perkara paling penting yang anda perlu berikan perhatian adalah brek kereta tersebut. Pastikan bila tekan kenderaan boleh berhenti. Ertinya anda boleh kawal kereta dengan baik mengikut arahan yang anda buat.

"Brek yang baik adalah sahabat anda semasa kecemasan"

Maklumat penting tentang brek kereta

Ada beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu berkenaan brek. Berikut saya senaraikannya seperti mana yang saya lihat pada broshure KPDNKK.

  1. Maklumat pada kotak brek
    • Setiap kotak brek akan dipamerkan Nama, alamat, pengeluar / pengimport, dan pengedar brek tersebut.
    • Anda boleh lihat juga adanya amaran keselamatan pada kotak brek.
    • Diberikan juga spesifikasi piawaian terhadap kualiti brek yang anda beli itu pada kotaknya.
    • Pada kotak brek juga ada tertera maklumat Bebas Asbestos.
  2. Maklumat pelapik brek
    • Ketebalan minimum pelapik brek mestilah tidak kurang dari 5mm
    • Pastikan pada pelapik brek ada pin sesentuh amaran kehausan.
  3. Maklumat Cakera brek
    • Jika anda memakai cakera brek atau dalam Bahasa Inggeris Brake Disc, ukuran minimum ketebalan cakera brek tersebut perlu tertera pada bahagian tepi cakera brek yang anda beli atau pasang. Rujuk pada cakera brek anda.


Bagaimana nak jaga brek kereta

Berikut diberikan 8 tips penjagaan brek kereta anda.

  1. Pastikan sistem brek kereta anda diselenggara setiap kali mencapai perjalanan 20 ribu kilometer. Atau biasanya dalam tempoh 6 bulan sekali (seperti yang dinasihatkan oleh pengeluar)
  2. Bila ketebalan pelapik brek (brake pad) kurang dari 2mm, elok ditukarkan saja brek tersebut. Biasanya dalam ketebalan kurang dari 2mm, pin sesentuh keselamatan akan keluarkan bunyi amaran.
  3. Suruh mekanik periksa keadaan bendalir brek setiap kali anda tukar brek. Pastikan mekanik menggunakan alat uji bendalir brek dan bukan main agak-agak saja. Ini bab keselamatan woo!.
  4. Perhatikan pada nasihat jenis dan saiz tayar serta RIM yang diberikan oleh pengeluar kenderaan anda. Jangan pakai saiz tayar dan rim yang lebih besar kerana ia akan mengurangkan cengkaman brek. Ini bab keselamatan woo!.
  5. Pilih pelapik brek yang ikut spek standard MS / UNECE / ISO / JIS / SAE
  6. Tahap minimum cakera brek (RMT - Rotor minimum thickness) kereta anda ada pada cakera brek tersebut, sila baca dan perhatikan tahap minimumnya. Jika mencapai tahap minimum, ada kemungkinan sistem brek akan gagal.
  7. Bawa kereta baik-baik berhemat selepas tukar brek yang baru sebab keberkesanan brek biasanya akan berkurangan sikit selepas baru saja tukar.
  8. Tak payak nak gatal pakai pelapik brek atau lining brek second hand. Ini bab nyawa woo!.

Amaran utama tentang brek

Sila berikan perhatian pada maklumat ini.

Seandainya terasa pedal brek kereta anda telah menurun sedikit semasa memandu, terutamanya masa dok turun bukit, berhenti dengan kadar segera !.

Tunggu 15 minit sebelum teruskan pemanduan.

Keadaan pedal brek yang tiba-tiba menurun itu berkemungkinan disebabkan suhu minyak brek kereta anda telah meningkat naik.

Oleh itu, relaks sat dalam 15 minit supaya suhu minyak brek itu tenangkan dirinya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 8 tips bagaimana nak jaga brek kereta anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !