Saturday, March 5, 2016

8 petua jaga tayar kereta anda

Sepanjang saya bawa kereta dari mula ada lesen memandu sampai sekarang, ada beberapa kali berlaku kemalangan. Ada sekali berlaku kemalangan 'total lost'. Itu kemalangan paling teruk dalam sejarah hidup. Saya masuk bawah lori dan kereta hancur remuk habis, Alhamdulillah saya selamat dengan hanya luka sedikit pada jari.

Kemalangan paling banyak berlaku adalah berpunca dari masalah tayar. Banyak kali tayar bocor tiba-tiba ketika kenderaan sedang dipandu laju. Semuanya berjaya ditangani dengan selamat apabila saya sempat pusing kenderaan ke tepi.

Biasanya kemalangan yang bersangkutan dengan tayar adalah disebabkan oleh ada benda tajam di atas jalan raya. Ketika bawa kenderaan kereta laju atas lebuhraya manalah nak perasan adanya benda tajam menunggu kita di hadapan.

Biasanya ramai orang yang tak akan ambil masa untuk semak keadaan tayarnya. Mungkin disebabkan jumlah tayar itu 4, jadi rasa malas nak semak satu persatu. Ambil masa sedikit. Lagipun nak kena tunduk-tunduk bawah kereta tu, memang agak memakan masa dan perlukan pemerhatian yang terperinci.

Oleh itu, cara paling mudah adalah dengan sentiasa memastikan tayar kita itu memenuhi spek keselamatan yang digariskan oleh pihak berwajib. Paling utama ketika nak beli dan tukar tayar baru atau second hand.

Walau bagaimana malaspun, bab keselamatan kita perlu ambil perhatian. Berikut saya kongsikan 8 petua jaga tayar kereta yang digariskan oleh KPDNKK untuk kita semua amalkan.

8 petua jaga tayar kereta

Sila baca dan ambil perhatian terhadap 8 perkara berikut demi keselamatan kita semua:

  1. Pastikan tayar yang dibeli mempunyai tanda MS atau DOT atau E. Anda boleh lihat semua tanda tersebut pada bahagian tepi atas tayar yang anda beli.
  2. Jangan beli tayar terpakai yang telah melepasi tanda paras amaran botak dan jangan beli tayar toreh atau tayar korek.
  3. Tukar tayar kereta anda apabila bunga tayar menyentuh tanda amaran botak (Tread Wear Indicator).
  4. Periksa tayar anda setiap kali sebelum memulakan perjalanan. Periksa tekanan angin setiap seminggu sekali.
  5. Lakukan penjajaran dan pengimbangan tayar setiap 10 ribu km perjalanan. Lakukan dengan segera jika ada masalah stereng bergegar atau kereta suka pusing pergi satu arah samada kiri atau kanan.
  6. Lakukan putaran roda setiap kali mencapai 10 ribu km perjalanan atau mengikut buku panduan pengeluar kenderaan anda.
  7. Jangan bawa lebih muatan melebihi kemampuan tayar. Perlu ada Carta Indeks Had Muatan.
  8. Sila hubungi kedai tayar yang bertauliah untuk pemeriksaan dan maklumat lanjut. Kalau tak tahu tanyalah pada orang yang lebih tahu.
Bila anda semka tayar, dan mendapati adanya kesan rekahan atau tanda haus tidak sekata, ataupun terdapat benjolan pada permukaan bunga tayar atau pada dinding, segera tukar atau ganti saja tayar tersebut.

Kenali kemampuan tayar anda

Jika dilihat pada tayar, kita boleh lihat adanya bacaan seperti dibawah pada bahagian tepi atas tayar anda

205 / 65 R 15 92 H

  • 205 adalah saiz kelebaran tayar dalam mm
  • 65 adalah profil tayar
  • R menunjukkan tayar jenis binaan Radial
  • 15 merupakan saiz Rim dalam ukuran inci
  • 92 merupakan ukuran Indeks Had Muatan tayar.
  • H pula merupakan simbol kelajuan maksima yang tayar tersebut boleh pergi.
Previous Post
Next Post

post written by:

1 comment:

  1. Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com
    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
    Tak payah peluh peluh pusing keliling taman lepas tu kena klentong dengan kedai...

    ReplyDelete