Thursday, March 24, 2016

Pengalaman memandu Nissan Sylphy

  Mat Bihi       Thursday, March 24, 2016
Setelah hantar kereta Nissan Sentra pada di Nissan Glemnarie, saya dah boleh ambil dan bawa balik kereta Nissan Sylphy yang baru dibeli. Mula-mula bawa Nissan Sylphy memang terasa perbezaannya.

Sudah tentu pemanduan menggunakan Nissan Sentra dengan Nissan Sylphy jauh berbeza. Pertama dari segi kapasiti, Nissan Sylphy baru itu jenis 1.8 L manakala Nissan Sentra hanyalah 1.5 L sahaja. Kali ni saya beli Nissan Sylphy Automatik dan bukan lagi gear manual macam Nissan Sentra saya sebelum ini.

Pemanduan Nissan Sylphy yang stabil

Yang paling ketara adalah dari segi kestabilan pemanduannya. Terasa kejap sekali kenderaan Nissan Sylphy itu mencengkam jalanraya ketika memandu. Samada ketika memandu di jalan lurus mahupun ketika membuat lencongan di jalan yang melencong. Lebih sedap dan kejap berbanding dengan Nissan Sentra.

Steering Nissan Sylphy terasa ringan sekali. Mungkin disebabkan amat responsive dengan tindakan pemandu setiap kali membuat pusingan samada ke kiri atau ke kanan.

Ketika memecut dengan kelajuan 120 km sejam, Nissan Sylphy masih kejap dan kukuh tanpa ada rasa apa-apa perasaan tidak yakin. Kereta tidak langsung terasa melayang, malah kuat terpaku mencengkam jalanraya dalam keadaan lagu sekalipun.

Memecut dengan kelajuan 140 km sejam pun masih terasa stabil dan tidak bergoyang. Tapi biasalah ketika melalui selekoh yang agak tajam, perasaan tidak berapa sedap walaupun kereta masih ok lagi. Tapi kalau selekoh agak tajampun, masih ok jika kelajuan hanya 120 km sejam.

Nissan Sylphy bukan kereta sport

Cuma satu sahaja masalah kereta Nissan Sylphy ini, jika anda seorang yang meminati kenderaan berprestasi atau minat kenderaan sport. Ianya tidak sesuai untuk anda kerana pemanduan Nissan Sylphy adalah untuk mereka yang sukakan pemanduan santai dan tenang.

Sistem gear yang ada pada Nissan Sylphy di panggil sebagai sistem CVT - continuously variable transmission. Sistem itu bukan macam jenis yang biasa kita lihat yang ada 4 atau 5 atau 6 gear. Bukan macam itu, malah tak adapun berapa gear.

Setiap kali kelajuan bertambah, tidak terasa langsung perubahan tukar gear yang biasa kita rasa ketika memandu kenderaan dengan sistem gear yang biasa. Kereta bergerak lancar tanpa ada rasa terhenjut sebentar berat atau ringan.

Bagi orang yang tak biasa, mungkin rasa janggal sedikit sebab terlalu licin dan lancar pergerakannya. Kalau anda main tekan pedal minyak kereta, kelajuan akan meningkat tidak terasa. Sedar-sedar dah melepasi 120 km sejam dan dah kena perangkap hadlaju kat depan.

Yang peling menarik adalah penjimatan minyak dengan menggunakan sistem CVT tersebut. Dengan kos minyak yang tidak menentu sekarang itu merupakan satu perkara wajib dalam mana-mana kenderaan.

Ada butang Sport pada tombol gear sebelah pemandu yang anda boleh tekan kalau nak potong kenderaan dengan lebih mudah. Saya cuba beberapa kali samada ketika memandu perlahan atau ketika memandu laju, butang sport tersebut.

Sebaik saja tekan button sport, kereta Nissan Sylphy akan mengaum dan melonjak-lonjak memberikan respon pada setipa tekanan pedal minyak. Dalam keadaan itu amat mudah membuat potongan samada dalam keadaan laju atau perlahan. Kereta terasa bergerak 2 kali lebih pantas dari biasa dengan tekanan button sport.

Kelamahan Nissan Sylphy

Saya dah sebut pada artikel lalu yang saya dapat kesan satu masalah kecil setelah membawa pulang Nissan Sylphy. Kelemalah itu adalah pada paparan meter di dashboard. Kita boleh baca berapa kelajuan kenderaan dan berapa suhu serta minyak dan lain-lain, tapi meter perjalanan tidak berfungsi.

Saya perlu bawa balik Nissan Sylphy untuk diselenggara setelah mencapai 1000 km pertama perjalanan. Tapi bagaimana saya nak tahu bahwa saya dah bergerak sejauh mana kalau meter itu tidak berfungsi.

Air tangki viper kereta Nissan Sylphy itu juga terus kering hanya setelah saya tekan basuh cermian 3 kali. Melihat semua itu saya rasa tak sedap dan mengesyaki Nissan tidak melakukan sebarang pemeriksaan samada asas atau keselamatan pada kenderaan tersebut sebelum memberikannya pada saya.

Sebaik saja membuat aduan, mereka terus mohon maaf dan minta saya hantar balik kereta itu dan memberikan ganti sebuah kereta baru untuk digunakan buat semantara waktu.

Bagus juga, saya boleh meresa Nissan Almera pulak selama 4 hari.
logoblog

Thanks for reading Pengalaman memandu Nissan Sylphy

Previous
« Prev Post

3 comments: