Wednesday, March 9, 2016

Pulau Pinang lokasi no 2 terbaik dunia untuk pencen

Pulau Pinang, negeri kelahiran saya, terpilih sebagai lokasi nombor 2 terbaik di dunia untuk dijadikan tempat pencen.

Bukan itu saja !, yang lebih menarik adalah Pulau Pinang merupakan satu-satunya lokasi di Asia yang mendapat pengiktirafan tersebut.

Pulau Pinang berada di tangga kedua selepas Coronado, Panama. Berikut antara lokasi lain yang berada dalam senarai 10 lokasi paling baik untuk orang pencen:
  1. Cascais, Portugal
  2. San Miguel de Allende, Mexico
  3. Killarney, Ireland
  4. Corozal, Belize
  5. Concord, California
  6. Grand Haven, Michigan
  7. Santa Fe, New Mexico
  8. Louisville, Kentucky.
Senarai lokasi paling baik dunia untuk warga pencen itu dikeluarkan oleh Condé Nast Traveller, sebuah majalah kembara dari Amerika.

Antara sebab Pulau Pinang mendapat kedudukan nombor 2 sebagai destinasi untuk orang tua pencen jadikan sebagai tempat penginapan adalah:

  1. Galakan dari kerajaan Malaysia dalam program “Malaysia My Second Home” (MM2H). Orang luar bukan rakyat Malaysia sekarang dengan mudah boleh memohon Visa selama 10 tahun untuk tinggal di Malaysia.
  2. Berbagai perkara menarik yang ada di Pulau Pinang seperti, masakan makanannya, bangunan bersejarah yang cantik dan terpelihara, aktiviti kesenian yang menonjol, sistem penjagaan kesihatan yang bertaraf dunia, komuniti penduduk yang berbahasa Inggeris terutamanya Expats.
  3. Kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah pulau yang kaya dengan kawasan pantai yang cantik.
  4. Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO terhadap Georgetown, Pulau Pinang sebagai bandar bersejarah. (UNESCO World Heritage Site)
  5. Kemudahan pengangkutan untuk keluar dan masuk ke Pulau Pinang samada dari Kuala Lumpur atau Singapura.
  6. Juga berdekatan dengan destinasi pelancongan lain seperti Langkawi dan sebagainya.

Pulau Pinang memang lokasi pencen

Bagi saya memang Pulau Pinang merupakan sebuah lokasi yang paling baik untuk orang yang nak pencen menginap. Tak kisah sama dia orang luar ataupun orang Malaysia sendiri.

Di sana tempat berkumpulnya berbagai bangsa Malaysia dari etnik Cina, India atau Melayu dan lain-lainnya hidup secara aman sejak dahulu lagi.

Yang paling best adalah keenakkan masakan yang ditawarkan oleh banyak restoran di Pulau Pinang. Dari masakan tengahari, makanan pagi sampailah makanan malam semuanya best-best belaka.

Beruntunglah orang yang memiliki tanah di Pulau Pinang dan rugilah mereka yang ada tanah di sana tetapi menjulanya pada orang lain.
Previous Post
Next Post

post written by:

2 comments:

  1. Kalau kalau bab jammed yang tak tahan tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang sama gak dengan KL di waktu puncak.

      Delete