Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, May 17, 2016

33 Contoh kertas kerja rancangan perniagaan boleh edit

  Mohd Shubhi       Tuesday, May 17, 2016
Kalau tak ada pengalaman menjalankan perniagaan, bukan mudah nak sediakan kertas kerja rancangan perniagaan. Nak cari idea nak tulis apapun tak akan dapat sebab tak tahu hujung pangkal dunia perniagaan dengan jelas.

Bukan sahaja pada orang yang tak ada pengalaman menjalankan perniagaan, malah mereka yang dah lama bergelumang dengan dunia perniagaan pun belum tentu mampu sediakan kertas kerja rancangan perniagaan.

Tambah lagi mereka yang terjun berniaga secara berani tanpa mengharapkan pinjaman atau bantuan dari mana-mana institusi perbankan samada kerajaan atau swasta. Sebab mereka yang terjun berniaga dengan menggunakan duit sendiri atau duit saudara mara tak perlu bentangkan kertas kerja rancangan perniagaan mereka untuk mendapatkan duit.

Siapa tahu buat kertas kerja rancangan perniagaan

Biasanya, mereka yang tahu bagaimana nak sediakan kertas kerja rancangan perniagaan, adalah golongan yang mengharapkan bantuan pinjaman dari pihak bank atau institusi kewangan bantuan kerajaan seperti MARA, PUNB dan seumpamanya.

Itupun mereka yang dapat sediakan kertas kerja tersebut terpaksa terlebih dahuu mengikuti kelas persediaan bagaimana nak buat kertas kerja dari pihak yang menyediakan latihan untuk itu. Bukan mudah nak sediakan kertas kerja kalau tidak ada maklumat yang betul.

Siapa perlu kertas kerja rancangan perniagaan

Macam yang saya katakan kat atas tadi, biasanya mereka yang perlu sediakan kertas kerja rancangan perniagaan adalah yang nak jadi usahawan tapi tak ada modal untuk laksanakan perniagaan mereka.

Bila tak ada modal dari duit simpanan sendiri, tidak dapat pinjam dari saudara mara dan tidak juga dari kawan atau kenalan, maka pihak bank akan dijadikan sasaran. Mereka juga boleh cuba dapatkan dana pinjaman dari MARA, PUNB atau lain-lain institusi yang menyediakan dana pinjaman perniagaan.

Untuk golongan tersebut, mereka terpaksa sediakan kertas kerja perniagaan yang mereka nak jalankan. Mereka perlu buktikan rancangan perniagaan mereka berdaya maju dan berdaya saing serta boleh hidup dan mampu membayar semula pinjaman yang dipohon.

Selain itu, kertas kerja rancangan perniagaan juga penting walaupun tidak bertujuan untuk mendapatkan modal mula perniagaan. Ia merupakan satu persediaan rapi menterjemahkan idea perniagaan dalam bentuk bertulis.

Kertas kerja dapat memastikan idea yang ada dalam kepala dipertimbangkan dengan baik serta rasional dan bukannya berdasarkan emosi dan prasangka semata.

33 contoh kertas kerja rancangan perniagaan

Jika anda niat nak jadi usahawan dan nak jalankan usaha perniagaan yang ideanya memang dah ada dalam kepala, elok jika satu kertas kerja rancangan perniagaan disediakan terlebih dahulu.

Dan jika tak tahu macam mana nak buat satu kertas kerja yang baik dan lengkap, anda boleh ambil jalan singkat tak payah pergi masuk kelas bagaimana nak sediakan rancangan perniagaan, dengan mendapatkan contoh rancangan perniagaan yang dah siap.

Ambil kertas kerja tersebut, anda boleh edit berdasarkan apa yang sesuai untuk diri atau perniagaan anda sendiri. Dapatkan 33 contoh kertas kerja rancangan perniagaan tersebut dengan tekan pautan ini.

Dengan pergi kepautan contoh rancangan perniagaan, anda boleh pilih mana-mana dari 33 kertas kerja yang sesuai dan hampir sama dengan rancangan perniagaan anda. Berikut adalah senarai 33 contoh kertas kerja yang ada dalam pautan itu:

  1. Cybercafe 
  2. Pengurusan penanaman kelapa sawit (100 ekar) 
  3. Salon kecantikan 
  4. Penternakan ikan air tawar 
  5. Penternakan kambing 
  6. Penternakan lembu ‘fidlot’ 
  7. Kedai computer 
  8. Kedai bakeri 
  9. Perusahaan cendawan 
  10. Pemprosesan makanan (keropok) – pembelian mesin pemprosesan makanan 
  11. Perusahaan textile – pembelian mesin jahit berkomputer 
  12. Kedai koperasi- perniagaan peruncitan, pemborong & perkhidmatan 
  13. Francais 
  14. Coffeehouse 
  15. Kedai Dobi (1) : MARA 
  16. Kedai Dobi (2) : Loan RM 25,000 
  17. Penanaman buah naga 
  18. Tanaman sayuran 
  19. Frozen food
  20. Perniagaan coklat 
  21. Katering
  22. Burung Puyuh 
  23. Restoran 
  24. Kedai handphone – handphone, aksesori handphone, reload 
  25. Perusahan telur 
  26. Perniagaan pencetakan 
  27. Penternakan ikan keli
  28. Cybercafe 2 – kelas komputer, alat komputer
  29. Cake shop 
  30. Butik kecantikan 
  31. Kedai jahitan 
  32. Penternakan cacing 
  33. Butik pakaian – pakaian & aksesori wanita
Jika senarai kertas kerja perniagaan yang tersebut ada dalam senarai idea perniagaan anda, boleh cuba dapatkan contoh 33 rancangan perniagaan tersebut.

Selamat buat kertas kerja !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 33 Contoh kertas kerja rancangan perniagaan boleh edit

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. x ada pun contoh kertas kerja yang dimaksudkan melainkan pautan untuk membeli kertas kerja dari pemilik website.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !