Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, May 5, 2016

PU Zaid meninggal dunia

  Mohd Shubhi       Thursday, May 5, 2016
Buka Aps WhatsApp tadi di group warga taman, terbaca paparan yang dikongsikan oleh salah seorang ahli berkenaan berita PU Zaid meninggal dunia. Paparannya berbunyi...

"Sahabat kami seorang yang soleh dan tawadhuk Ustaz PU ZAID telah kembali ke rahmatullah. Kami semua sangat sayang padamu Ustaz PU ZAID. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين "

Tak kenal PU Zaid

Terus terang saya tak tahu dan tak kenal siapa dia PU Zaid ini sebab tak pernah ikuti langsung perkembangan dan juga siaran pencetus umah yang terkenal tu. Ramai orang yang amat minat dengan siri Pencetus Umah terutamanya kaum wanita.

Orang di surau tempat saya selalu solat juga amat meminati siri pencetus umah ini sebab ada dua orang Ustaz yang menjadi penceramah regular kat surau adalah celebriti pencetus umah. Memang siri pencetus umah berjaya menghasilkan para celebriti.

Tapi bukan sebarang celebriti, mereka lebih condong ke arah keagamaan dan kerohanian dan bukannya ke arah hiburan.

PU Zaid terkenal

Oleh sebab nak tahu siapa dia yang dikatakan PU Zaid, maka jalan paling mudah adalah degan Google perkataan PU Zaid. Kalau dia terkenal, sebaik saja kita taip perkataan PU Zaid, google akan berikan senarai portal yang ada maklumat berkenaan perkataan yang dicari.

Terbukti memang terkenal PU Zaid ini. Sebaik saja saya buat carian, terus keluar banyak maklumat berkenaan dirinya. Oleh kerana saya masukkan perkataan meninggal dunia, berita paling atas adalah berkenaan pengumuman kematian PU Zaid.

Paling atas berita PU Zaid meninggal dunia diberikan oleh Utusan Online. Maklumat yang ada pada maklumat tersebut sedikit sangat. Ada juga paparan berita yang sama diberikan oleh Malaysiakini. Sah memang PU Zaid meninggal dalam keadaan meninggalkan namanya yang dikenali dan harum, insyaallah.

Punca PU Zaid meninggal

Maklumat yang disebarkan dalam portal berita, PU Zaid meninggal setelah ditemui pengsan di dalam bilik air. Itu yang saya dapat dari Malaysiakini.

Ada yang buat laporan menggambarkan PU Zaid meninggal dsebabkan terjatuh di bilik air. Ketara sangat perbezaan antara kedua maklumat tersebut walaupun kedua-duanya menghubungkan bilik air dengan kematian PU Zaid.

Berita dari portal ni tak boleh nak dijadikan pengesahan secara jelas dan terperinci. Secara umum mungkin boleh diterima pakai. Itupun perlu dilihat pula siapakah yang menyampaikannya, dari portal mana dan boleh percaya atau tidak.

Bila disemak dalam akaun Facebook PU Zaid, dapat gambaran bahawa beliau sudah mengalami masalah kesihatan sejak semalam apabila admin mengumumkan mereka yang menjemputnya untuk ceramah mencarikan pengganti.

Walau apapun, moga Allah mencucuri rahmatnya ke atas PU Zaid. Moga keluarga terdekat beliau tabah menghadapi cubaan ini dan diberikan kekuatan untuk terus istiqamah meneruskan usaha baik arwah.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, PU Zaid meninggal dunia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !