Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, June 10, 2016

Anda mungkin tak tau guna button ini pada kenderaan automatik

  Mohd Shubhi       Friday, June 10, 2016
Kalau anda jenis yang suka beli kenderaan automatik second hand, mungkin memang tak tahu apa guna button yang akan saya terangkan nanti. Lagipun agak susah nak beli kenderaan second hand yang ada manual masih elok di dalamnya.

Kalau anda beli kenderaan automatik baru pula, masti anda diberikan buku manual kenderaan automatik tersebut. Tapi biasalah, tak ramai yang akan membacanya. Selagi tak timbul masalah, anda tak akan luangkan masa untuk membuka dan membaca manual kenderaan automatik anda itu.

Button yang anda tak tahu rahsianya

Cuba perhatikan pada tombol gear kenderaan automatik anda, ada tak satu button atau butang kecil pada batang gear tersebut. Untuk kenderaan jenis Toyota, biasanya anda akan nampak button itu seperti yang tertera pada gambar di bawah.

Kenderaan lain mungkin ada kat lokasi lain pula dengan tanda atau bentuk yang berbeza. Tapi cubalah cari dan kalau kenderaan anda jenis automatik, mesti ada button pelik tu.

Kalau anda jumpa, cuba tekan butang itu dan lihat apa yang berlaku pada dashboard kenderaan automatik anda.

Sebaik saja button kecil itu ditekan, akan terpampang lampu isyarat menyatakan seperti berikut 'O/D Off'. Makna isyarat itu adalah nak bagi tahu bahawa 'Overdrive pada kenderaan anda dalam keadaan Off'.

Ertinya, selama ini kenderaan anda sentiasa dalam keadaan Overdrive secara biasanya.

Tapi apa kegunaan overdrive itu ? Bila masanya kita nak kena tekan button overdrive tersebut ?

Kegunaan button overdrive

Mungkin anda sendiri tak pernah guna button overdrive yang ada pada kenderaan automatik anda itu. Ya lah ! macam mana nak guna kalau tak tahu menahu untuk apa button kecil tu ada kat situ.

Untuk maklumat anda, kenderaan automatik anda itu sebenarnya punya beberapa peringkat gear macam kenderaan amnual juga. Cumanya gear bergerak dari 1 kemudian ke gear 2 kemudian seterusnya 3, 4 dan 5 atau sesetengah kereta sekarang ada gear 6, semua bergerak sendiri secara automatik.

Kalau kenderaan manual, anda terpaksa buat sendiri semua perubahan gear tersebut satu persatu. Itulah bezanya antara manual dengan kenderaan automatik.

Jadi, bila button Overdrive itu tidak ditekan, gear akan berubah dari satu naik ke 2 dan meningkat satu persatu menurut turutan biasa dan akhir sekali masuk ke gear paling tinggi 5 atau 6.

Bila berada di gear 5 atau 6, kereta anda boleh pergi laju tapi tidak boleh enjut power macam keadaan kenderaan anda dalam gear 1, 2 atau 3. Kalau anda biasa pakai kenderaan manual, tentu boleh tangkap apa yang saya tulis ni.

Bila anda tekan button overdrive, kenderaan automatik anda tak akan naik ke gear paling tinggi. Jadi kereta itu akan jadi power senantiasa sebab berada pada gear rendah. Kalau biar macam tu lama-lama, mahu panas gearbox. Lagipun gear anda akan cepat haus kalau sentiasa dalam keadaan gear rendah.

Bila nak pakai button overdrive

Tapi kalau orang dah buat button tu dan letakkannya pada kenderaan automotik ada, sudah tentu ada kegunaannya.

Anda perlu pakai button overdrive tersebut bila kereta tak cukup power nak angkat barang umpamanya. Contohnya anda nak tarik satu lagi kenderaan kawan kat belakang yang breakdown. Boleh tekan button overdrive itu supaya mudah tarik.

Atau jika anda nak panjat genting highland yang tinggi dan tajam tu dan kereta anda macam tak boleh nak naik terenjut-enjut laju perlahan tukar gera tak berhenti-henti. Tekan saja button overdrive pada kenderaan automatik anda itu, dan dia akan berdesup laju panjat bukit tu.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Anda mungkin tak tau guna button ini pada kenderaan automatik

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Sy pki perdana v6.. Klu button A/T mode lk mcm mne nk guna?

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !