Jas duit

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 28, 2016

Awas ! Jangan guna almari pembunuh kanak-kanak buatan Ikea ini

  Mat Bihi       Tuesday, June 28, 2016
Cuba perhatikan gambar yang tertera kat atas. Ada tak almari jenis macam tu kat rumah anda ?.

Kalau ada jenis almari yang serupa macam yang tertera dalam gambar tu. Ataupun lebih kurang sama dengannya, pastikan anda ambil perhatian pada maklumat ini.

Almari tersebut yang merupakan buatan dan keluaran IKEA, syarikat gergasi perabut yang terkenal tu telah membunuh setakat ini seramai 3 kanak-kanak. Akibat daripada itu, IKEA terpaksa menarik balik sekurang-kurangnya 27 juta buat perabut yang sama dari pasaran.

Bagi mereka yang telah membelinya, tawaran diberikan untuk pemasangan percuma bagi melekatkan almari itu pada dinding supaya ia tak jatuh. Atau kalau pengguna tak mahu, mereka boleh serahkan semula almari itu dan wang dipulangkan.

Tapi itu berita kat luat negara lah. Tak pasti pulak samada ada maklumat berkenaan almari yang sama di negara kita. Tak pulak dengar berita bahawa IKEA menarik balik perabut sedemikian kat negara kita. Kalau pembaca ada maklumat boleh kongsikannya kat ruang komen di bawah.

Almari pembunuh kanak-kanak

Bagi orang dewasa mungkin tak ada masalah dengan almari jenis ini. Tapi bagi kanak-kanak, ia boleh bertukat menjadi alat pembunuh atau lebih tepat lagi perangkap membunuh.

Kanak-kanak yang sedang nak membesar biasanya pantang tengok ada benda atas almari. Jika menarik, mereka akan cuba mendapatkan benda tersebut.

Kanak-kanak juga memang suka sangat main dengan laci. Kalau dia tahu benda tu boleh ditarik keluar dan masuk, dia akan jadikan laci itu sebagai sumber hiburan permainannya.

Dua sebab itu mampu menjadikan almari tersebut sebagai perangkap membunuh. Bila lagi dibuka, yang ada banyak barang pulak di dalamnya, dibuka pula laci paling atas, membuatkan keseluruhan almari itu menjadi tidak stabil.

Biasanya ia akan jatuh ke bawah. Jika yang menarik almari atau laci itu adalah kanak-kanak, maka akan terhempaplah kanak-kanak malang itu. Jika ada orang, mungkin boleh diselamatkan. Tapi kalau kanak-kanak itu keseorangan, alamat terperangkap dan lemaslah dia di bawah almari itu.

Periksa almari pembunuh lain

Tidak semestinya almari buatan Ikea sahaja yang berpotensi membunuh. Jika rekabentuknya lebih kurang sama, iaitu ada laci dari atas sampai bawah, dan lacinya pula besar dan panjang, ia berpotensi membunuh anak-anak anda.

Almari jenis yang sama ada banyak dijual di pasaraya lain. Tapi biasanya dibuat daripada bahan plastik. Saya juga ada guna almari seperti itu untuk isi kain baju anak-anak. Memang ada berlaku almari itu terlingkup ke depan bila anak kecil main tarik keluar laci tu, tapi taklah merbahaya sangat sebab ianya agak ringan.

Tapi walaupun begitu, ia masih tetap bahaya kepada kanak-kanak. Jadi perhatikan semua perabut di rumah anda sekarang sebaga langkah berjaga-jaga. Kalau anda tak ada anak kecilpun perlu berikan perhatian. Sebab bila-bila masa saja ada potensi tatamu yang ada anak kecil mungkin menziarahi rumah anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Awas ! Jangan guna almari pembunuh kanak-kanak buatan Ikea ini

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Biasanya IKEA akan bagi pelekat besi untuk dilekatkan kedinding, jadi lemari tidak akan tumbang. Ini pengalaman saya

    ReplyDelete