Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, June 25, 2016

Elak makan di 5 tempat ini supaya anda tak gemuk

  Mohd Shubhi       Saturday, June 25, 2016
Ada 5 tempat di mana kalau anda makan kat situ, ada akan menjadi gemuk lama-kelamaan. Apatah lagi jika anda jadikan makan kat 5 tempat yang akan disenaraikan nanti sebagai kebiasaan atau tabiat, anda sudah pasti akan gemuk.

Seandainya anda memang dah masuk dalam kategori seorang yang gemuk sekarang, ada kemungkinan salah satu tabiat buruk anda adalah menjadi salah satu atau lebih dari 5 tempat ini sebagai tempat anda makan.

Oleh itu, pastikan anda elak dari makan di 5 tempat tersenarai di bawah ini supaya anda tak gemuk. Bagi yang dah gemuk pula, sila berhenti dari amalkan makan di 5 tempat berikut di bawah:

1. Makan berdiri di dapur

Cuba perhatikan tabiat orang yang makan kat dapur sambil berdiri ini, mereka mungkin sedang buka pintu peti ais yang dipenuhi dengan berbagai makanan menggemukkan, dan mula supa masuk makanan sedikit demi sedikit ke dalam mulut mereka.

Di dapur juga ada berbagai lagi makanan lain yang biasanya dalam kuantiti yang banyak. Atau mungkin makanan yang masih berada dalam bungkusan asli yang kuantitinya untuk dihidangkan kepada melebihi 3 orang. Sambil berdiri dan mulut mengunyah, sambil tangan mencapai sana dan sini, anda sedang menyumbat masuk banyak makanan tanpa ada kawalan langsung.

Kalau nak makan, pastikan beradap. Ambil pinggan, ambil mangkuk, isikan makanan ke dalam bekas tersebut sekadar yang patut, ambil gelas, masukkan minuman dan bawa kesemuanya untuk dihidangkan atas meja. Selepas itu duduk dan nikmati makanan anda. Ini amalan yang jauh lebih beradap, sopan dan selamat.

2. Makan dalam kereta

Bila masa dan kenapa anda akan makan sambil memandu dalam kereta. Atau mungkin anda makan dalam kereta ketika berada di kawasan parkir ?

Anda tentu tahu, anda buat amalan makan dalam kereta apabila anda sedang sibuk, betul tak ?, anda sedang terkejar-kejar masa dna tergesa-gesa. Biasanya dalam keadaan ini, anda makan makanan segera. Mungkin McDonald, mungkin KFC, mungkin Donat, atau entah apa lagi makanan segera yang bersepah kat luar sana.

Makanan segera tersebut membolehkan anda makan walaupun ketika berada dalam kereta. Malah mereka sediakan kemudahan untuk anda yang sedang memandu masuk lorong khas dalam restoran mereka untuk beli makanan tanpa perlu keluar dari kereta.

Ketahuilah bahawa hampir kesemua makanan segera tersebut tidak baik untuk kesihatan anda. Juga tidak baik untuk anda yang nak turunkan berat badan. Tambahan pula anda leka memandu, otak anda tidak memberikan tumpna pada apa yang sedang dimakan. Semua itu membuatkan berkilo kalori makanan masuk dalam perut anda tanpa kawalan.

Sama macam yang pertama tadi, kalau nak makan, pastikan anda jaga adab. Makan betul-betul dengan masukkan ke dalam pinggan, dengan tenang dan sedar apa yang sedang anda suap dan banyak mana dah disuap.

3. Makan depan TV

Bila tengok TV ada iklan yang membuatkan kita meleleh air liur. Burger melekit, cheese panas meleleh, kek berkrim mengiurkan dan bermacam lagi yang mencetuskan rasa nak makan. Bila jadi amacam tu, apa lagi!, anda bangun pergi ke dapur buka peti ais hereta berguni makanan mai depan TV.

Sampai saja depan TV cerita mula sambung semula. Dan begitulah anda hanyut menonton sambil tangan turun masuk ke bungkusan makanan, kemudiannya naik masuk ke dalam mulut. Anda kunyah dan kunyah tanpa sedar dah berapa guni makanan masuk dalam petu yang dah buncit itu.

Jadi tolong jangan makan ketika berada di depan TV.

4. Makan kat meja kerja

Ini sama macam makan ketika berada dalam kenderaan. Anda buat macam tu sebab nak kejar masa, banyak kerja yang nak dihabiskan. Sambil makan anda sambung kerja, browse komputer baca nota dan sebagainya.

Dalam keadan itu anda hilang tumpuan terhadapa apa yang masuk dan banyak mana ke dalam mulut anda. Sedar-sedar aikkk! dah habis ?, anda akan rasa macam tak cukup dan rasa macam masih boleh sumbat masuk lagi makanan, sebaba rasa macam tak kenyang.

Itu semua membuatkan anda makan lebih daripada yang setutnya. Kalau nak makan, ambil masa 15 minit, pergi ke tempat yang sesuai untuk makan. Nikmati dan sedar apa yang anda nak dan sedang makan. Pantau kuantiti supaya tidak berlebihan. Kemudian bila dah selesai, pergi sambung semula kerja anda.

5. Makan di katil

Siapa biasanya jenis yang makan atas katil ? kalau bukan disebabkan anda sedang berada di dalam wad hospital, atau sebab sakit demam teruk tak boleh bangun, anda jenis seorang pemalas dan memang kaki makan.

Punca anda makan atas katil adalah sebab malas nak bergerak. Jadi bila bawa makanan ke katil anda akan ambil lebih dari mencukupi, stand by kalau-kalau tak cukup, tak payah turun katil nak kena pergi tambah lagi. Itu semua punca anda makan berlebihan.

Jangan jadi malas sampai makan kat atas katil kecuali jika anda sakit. Lagipun, takkan lah nak bagi katil berlemuih dengan makanan?

Makan secara beradab di tempat yang sesuai

Perkataan adab bukan saja-saja direka dan disebut untuk menyusahkan orang. Tapi adalah untuk menjadi kesihatan dan kebajikan manusia supaya tersusun dan sedar dengan apa yang dilakukan. Oleh itu, pastikan anda jaga adab kalau nak makan. makan ditempat yang betul, di meja makan, dalam bekas yang bersih dan khas, dan nikmati makanan dengan penuh kesedaran.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Elak makan di 5 tempat ini supaya anda tak gemuk

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !