Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, July 29, 2016

7 cara yang sangat mudah untuk jadikan anak anda bijak

  Mohd Shubhi       Friday, July 29, 2016
Siapa yang tak mahu mempunyai anak-anak yang bijak. Orang yang berjaya sentiasa berfikiran jauh ke depan. Dan salah satu petanda orang yang memandang jauh ke depan adalah mereka yang sentiasa fikirkan masa depan anak-anaknya.

Jika anda tak terlintas untuk memikirkan tentang masa depan anak-anak, mungkin boleh mulakannya sekarang juga. Masa depan anak-anak bergantung kepada bagaimana anda membina daya kecerdasan akalnya. Oleh itu, berusaha untuk menjadikan anak-anak bijak adalah salah satu cara untuk menzahirkan hasrat membina masa depan anak anda agar cemerlang.

Berikut dikongsikan 7 cara yang sangat mudah untuk jadikan anak anda bijak. Cara ini sudah dibuktikan keberkesanannya melalui kajian yang dilakukan di negara barat.

1. Peluk anak anda

Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang dibelai dan sering dipeluk mempunyai organ Hippocampus pada otak 10% lebih besar daripada biasa. Hippocampus adalah bahagian otak yang penting untuk daya ingatan manusia. Samada daya ingatan jangka pendek mahupun daya ingata jangka panjang.

2. Sering berbual dengan anak-anak

Pastikan anda punya sebuah keluarga yang suka bersembang atau berbual. Kajian menunjukkan anak-anak daripada sebuah keluarga yang banyak bersembang akan terdedah kepada lebih 30 juta perkataan apabila mencapai umur 3 tahun. Kanak-kanak tersebut juga mempunyai daya pengertian terhadap sesuatu perkara jauh lebih baik berbanding kanak-kanak dari sebah keluarga yang kurang berbual.

Kesannya adalah jauh lebih baik dan besar seandainya anda sentiasa bersedia mendengar cakap dan perbualan mereka disamping membiarkan mereka mendengar perbualan anda.

3. Dedahkan anak anda pada bunyi musik

Kajian mendapati anak-anak yang didedahkan pada aktiviti musik akan lebih bijak berkata-kata dan mampu bercakap lebih awal. Anda boleh libatkan anak-anak dalam aktiviti pembikinan musik yang anda suka dan selesa.

Biarkan mereka bertindak balas dengan bunyi musik tersebut. Ini bukan saja menjadikan mereka bijak, malah ia mampu membuatkan mereka ketawa girang.

4. Dedahkan pada aktiviti permainan computer yang bijak

Menurut kajian daripada sebuah universiti di Amerika, kanak-kanak yang didedahkan pada permainan komputer yang memerlukan aktiviti penyelesaian masalah, adalah lebih bijak dalam menganalisa sesuatu perkara.

Keupayaan kanak-kanak tersebut dalam membuat sesuatu analisa adalah 13% lebih pantas berbanding kanak-kanak lain.

5. Bebaskan anak bermain di luar

Kanak-kanak yang sentiasa diberikan kebebasan bermain di luar rumah seperti di halaman atau di padang permainan meningkat daya ingatan mereka sebanyak 20%. Malah daya penumpuan kanak-kanak tersebut juga meningkat sebanyak 20%.

6. Galakkan anak anda agar aktif bermain

Jadikan bersenam dalam bentuk permainan sukan sebagai salah satu daripada aktiviti tetap anak-anak anda. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Georgia Health University, kanak-kanak yang aktif bersukan 40 minit setiap hari, mampu menyelesaikan masalah matematik dengan lebih baik dan bijak.

7. Kurangkan menu bergula pada anak anda

Kajian mendapati anak-anak yang diberikan makanan yang banyak gula mencapai markah pemeriksaan IQ, 25 mata lebih rendah berbanding mereka yang kurang gula dalam menu makanan mereka. Elakkan dari asyik berikan gula-gula pada anak-anak anda !

Jika dilihat daripada kesemua senarai 7 perkara mudah untuk jadikan anak-anak anda bijak di atas, kesemuanya adalah perkara mudah yang kita semua mamu lakukannya. Apa yang diperlukan hanyalah masa dan perhatian untuk diberikan pada anak-anak. Semoga dapat kita amalkannya!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 7 cara yang sangat mudah untuk jadikan anak anda bijak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !