Thursday, 21 July 2016

Apa berlaku jika anda digigit pepijat ketika tidur

Posted by   on

Pernahkan rumah anda diserang masalah pepijat yang busuk baunya itu?

Nota: Gambar kat atas adalah rupa pepijat secara dekat.

Anda mungkin pernah menjadi salah seorang mangsa yang telah digigit pepijat ketika tidur di rumah. Atau mungkin juga anda tak sedar kena gigit pepijat ketika sedang tidur nyenyak di salah sebuah hotel di negara kita.

Untuk makluman, sekarang ini pepijat merupakan salah satu masalah yang popular berlaku di negara kita. Bukan saja di Malaysia sebenarnya, malah di Amerika Syarikat, masalah pepijat sedang menghantui terutamanya dalam industri perhotelan.

Apa berlaku jika anda digigit pepijat

Mungkin anda tak tahu dan tak sedar pernah digigit pepijat. Jangan pelik kalau ada orang yang tak kenal apa itu pepijat dan bagaimana rupa pepijat. Kalau dah tak kenal, sudah tentu mereka tak tahu bahawa kesan yang ada pada badan mereka merupakan kesan gigitan pepijat.

Untuk mengetahui bahawa anda telah digigit pepijat, cara mudahnya adalah dengan mengetahui apakah yang berlaku jika anda kena gigit pepijat ketika sedang tidur. Jom kita lihat beberapa perkara yang akan berlaku bila anda digigit pepijat.

  1. Kalau anda pernah kena gigitan nyamuk, maka anda dah kenal bagaimana kesan yang akan berlaku pada kulit tempat pepijat gigit dan menghisap darah anda. Rupa bentuknya adalah lebih kurang sama saja dengan kesan ggitan serangga lain.
  2. Yang membezakan sedikit antara kesan gigitan pepijat atau serangga lain adalah kesan gigitan yang linear berlaku pada tempat yang sama pada anggota badan anda. Nyamuk akan gigit secara random (rawak), tetapi pepijat akan main ikut kawasan itu juga nyet sikit hisap darah dan kemudian nyet sedikit lagi pada tempat berhampiran.
  3. Satu lagi sebab kenapa kesan gigitan pepijat adalah berkelompok dan linear adalah disebabkan julah pepijat pada kawasan yang sama adalah melebihi seekor. Jadi mereka pakat buat kenduri hisap darah pada kawasan yang sama di anggota badan anda.
  4. Nak kuatkan lagi bahawa memang anda kena gigit pepijat ketika sedang tidur pada katil dan tempat yang sama adalah berlaku gigitan yang sama pada hari kedua. Selepas kena gigit semalam, kulit dan reda sikit, esok bila bangun anda lihat ada kesan yang baru pula. Juga pada kawasan anggota badan yang sama. Itu mengesahkan lagi bahawa anda memang kena gigit pepijat.
  5. Biasanya kesan gigitan pepijat pada kulit akan menyebabkan anda rasa gatal. Dan aktiviti menggarupun berlaku. Bila sedap garu, banyak kali menggaru, keradangan kulit atau infeksi akan berlaku.
  6. Anda boleh sahkan lagi ada pepijat kat tempat tidur tadi dengan pergi menyelak kawasan tempak anggota badan yang kena gigit tadi diletakkan ketika tidur. Selak kawasan tersebut dan cari kalau ada kesan yompokan darah kecil. Anda mungkin juga berjumpa kesan tompokan hitam berupa najis pepijat. Kalau ada, memang sah anda dah kena gigit oleh pepijat pemakan darah.
  7. Biasanya kawasan popular kena gigit pepijat adalah pada leher, muka, bahagian belakang, tangan, lengan dan kaki.
  8. Kesan gigitan biasanya akan kekal dalam 2 atau 3 hari. Tapi jika anda jenis ada alahan pada gigitan, kesannya akan berlarutan lebih lama. Ada orang yang tak ada kesan apa-apapun. Itu memang jenis yang kebal kulit tebal. Tapi jarang yang begitu.
  9. Tidak ada lagi laporan berlakunya penyakit yang merebak akibat kesan daripada terkena gigitan pepijat. Jadi anda tak perlu risau. Melainkan ada alahan pada gigitan, anda kuat garu pula, akan berlaku masalah gatal pada kulit. Itu boleh ditangani dengan mudah dengan menyapu ubat.


Kesan digigit pepijat pada kulit. Sumber gambar di sini

Itulah antara beberapa perkara yang anda perlu tahu bila kena gigit pepijat. Ia bukanlah satu masalah serius sebenarnya. Tetapi masalah yang timbul cukup untuk menjadikan anda tidak selesa. Rumah yang diserang pepijat bakal menimbulkan masalah ketidak selesaan pada penghuninya.

Jika anda perlukan khidmat menghapuskan pepijat secara berkesan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia yang merbahaya. Anda boleh hubungi:

En Izam 012-206 7357

Tawaran menghapuskan pepijat dengan kaedah Haba sedang diadakan oleh Syarikat Easelife Services Sdn Bhd yang berpusat di Shah Alam. Anda boleh mendapatkan pakej menghapuskan pepijat dengan harga RM350 sahaja dengan jaminan selama 2 bulan atau wang anda dikembalikan.

Hubungi Siti 012-206 7357

1 comment:
Write comments
  1. Anda mengalami pepijat... Masalah yang sukar untuk tidur malam...pepijat sering menggangu anda sila wassp saya 0129549985

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter