Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, July 20, 2016

Apa kandungan dalam gas kentut anda, gas apa yang busuk itu ?

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 20, 2016
Antara makanan yang membuatkan kentut anda busuk adalah keju
Pernahkah anda bertanya apa sebenarnya kandungan yang ada dalam gas kentut yang anda keluarkan setiap hari ?
Saya tak pernah bertanya soalan ini pada diri sendiri sebelum ini. Tetapi etah kenapa hari ini soalan tersebut muncul dalam benak otak. Apa sebenarnya yang ada dalam kentut ? kenapa kadang kala kentut busuk dan kadangkala tak ada bau. Gas mana satu yang berbau busuk itu ?

Untuk memuaskan nafsu ingin tahu, maka saya mula buat pencarian tentang gas kentut. Macam biasa, Google menjadi sumber pencarian utama. Memang menakjubkan apa yang boleh dibuat dengan enjin pencarian Google ini. Rugilah mereka yang tidak tahu menggunakannya. Rugi juga mereka yang anggap mencari maklumat atau pengetahuan dengan Google itu adalah tidak digalakkan.

Bayangkan dalam kes nak tahu apa kandungan dalam gas kentut anda pun boleh dapat maklumat berkenaannya !. Malah berbagai lagi maklumat yang lain boleh dicari melalui Google. Apa yang anda perlu hanyalah sikap ingin tahu yang tinggi dan akses kepada internet.

Kentut adalah amalan biasa manusia

Ada orang yang malu bila ditangkap terkentut. Saya salah seorang yang rasa macam tu. Kalau berada dalam kereta yang dipasang pendingin hawa, terpaksa tahan kentut dari terlepas. Malu satu perkara, tak mahu anak dan isteri dicemari bau kentut juga adalah satu lagi perkara utama.

Tapi berlainan dengan anak-anak saya terutamanya anak-anak lelaki. Mereka tak kisah melepaskan kentut ketika ramai-ramai sedang bersiar dalam kereta. Bila terkentut, mereka akan beritahu dengan iringan ketawa dari yang lain.

Sebaik saja pengakuan dibuat, semua akan segera turunkan tingkap. Saya biasanya menjadi yang pertama menurunkan tingkap untuk membuat pertukaran udara yang baru bagi mengeluarkan udara dalam kereta yang tercemar.

Bila difikirkan semula secara rasional, kentut merupakan satu perkara biasa. Ianya merupakan salah satu aktiviti tubuh badan manusia yang normal. Saya tak pasti samada perkataan 'kentut' merupakan perkataan asal Bahasa Malaysia, tapi dalam bahasa Inggeris, kentut disebut sebagai "Fart".

Perkataan "Fart" itu merupakan salah satu perkataan Bahasa Inggeris yang paling tua ! begitulah betapa normalnya kentut.

Satu lagi perkara yang kita perlu akui, kentut merupakan amalan semua orang. Semua orang kat negara kita akan melepaskan kentut bila ianya datang. Daripada Neelofa atau pelakon Zara Zya atau Nurul Izzah sehinggalah Datuk Seri Tun Razak sampai ke Yang Di Pertuan Agong, semuanya kentut.

Jadi janganlah serius sangat dengan kentut !

Kandungan gas dalam kentut anda

Berikut apa yang saya dapat hasil dari pencarian menggunakan Google terhadap kandungan gas kentut. Kebiasaannya kentut mengandungi gas-gas seperti berikut:

  1. Nitrogen - 59%
  2. Hidrogen - 21%
  3. Karbon Dioksid - 9%
  4. Methana - 7%
  5. Oksigen - 4%
Satu lagi kandungan gas dalam kentut anda mengandungi Hydrogen Sulfid dan Merkaptan, jumlah kandungannya hanya dalam lingkungan 1% atau kurang, sahaja. Terselit dicelah kandungan gas yang tersenarai kat atas tadi.

Tentu ada yang bertanya apa itu gas yang terakhir, Merkaptan ?

Untuk makluman, Merkaptan adalah bahan gas yang mengandungi Sulfur. Dan bahan itulah yang mengeluarkan bau yang tidak indah dan tidak menyelerakan hidung anda. Semakin anyak anda makan bahan makanan yang kaya dengan sulfur, makin busuklah kentut yang keluar dari dubur anda.

Ada makanan yang kandungan sulfurnya lebih banyak dari makanan lain, antara makanan yang banyak kandungan sulfurnya adalah seperti, kacang, kobis, keju, soda, telur dan lain-lain lagi. Sebab itu jika anda banyak makan makanan yang tersebut, kentut anda boleh membuatkan orang sekeliling lari jauh.

Satu lagi fakta menarik berkenaan kentut yang anda perlu tahu adalah, biasanya kita akan kentut dan keluarkan gas sebanyak setengah liter dalam satu hari. Samada anda atau saya, lelaki atau perempuan, cantik atau handsome, kaya atau miskin, berpangkat atau hina, semuanya akan keluarkan gas setengah liter sehari. Biasanya wanita lebih banyak sedikit hasilkan gas kentut berbanding lelaki.

Ok setakat itu saja bab kentut. Lepas ini jangan ambil serius sangat dengan kentut ini. Ia amalan biasa semua orang.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa kandungan dalam gas kentut anda, gas apa yang busuk itu ?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !