Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, July 25, 2016

Susah nak tidur malam ? cuba buat macam ni, cara terakhir tu paling berkesan

  Mohd Shubhi       Monday, July 25, 2016
Suasana damai dan nyaman boleh membantu mata terlelap dengan mudah
Ada kalanya kita akan rasa terlalu sukar nak melelapkan mata untuk tidur. Biasanya terjadi begitu bila otak kita sedang ligat memikirkan berbagai perkara samada yang menyeronokkan ataupun yang tidak menyeronokkan.

Masa zaman muda ketika jadi pelajar dahulu, masalah susah nak tidur sering menghantui saya. Pejam mata, tutup semua lampu, pusing ke kanan dan pusing ke kiri, tai masih tak dapat lena. Yang paling negeri adalah semakin lama bunyi jam berdetik semakin kuat kedengaran.

Bila jadi macam tu, hati mula risau sebab esok nak kena bangun awal pergi kelas. Risau takut tak dapat bangun. Kalau terjagapun dan sempat masuk kelas, takut mengantuk dalam kelas pulak. Macam-macam masuk dalam otak dan semakin tertekan dan akhirnya sampai pukul 3 pagi masih tak nak lelap.

Yang pedihnya, bila dah nak masuk waktu subuh, maka masa tulah nak terlelap pulak !.

Naik keretapi bila susah tidur malam

Bila dah kerja masalah susah nak tidur malam kadang kala berlaku juga. Biasanya akan berlarutan beberapa lama disebabkan pusingan jadual tidur yang dah jadi tak betul. Tidur lewat, alamat bangun lewat. Bila bangun lewat, datang malam berikutnya, susah nak tidur pula. Macam tu lah berulang-ulang.

Bila jadi macam tu, apa yang saya buat adalah luangkan masa satu hari untuk balik kampung dengan menaiki keretapi malam. Keretapi bertolak dari KL ke Utara dalam pukul 9.45 malam. Saya akan ambil tiket bahagian kabin tidur.

Bila naik saja keretapi, tunggu pemeriksa tiket datang sekejap. Bila dia dah datang, saya akan tutup semua tirai, terus baring dan lelapkan mata sepuas-puasnya. Hayunan dan bunyi rentak keretapi itu membuai dan memberikan ketenangan untuk memudahkan saya lena.

Biasanya akan sampai ke destanasi dalam waktu subuh. Bangun dan turun dari keretapi, kemudian tunaikan solat subuh dan balik ke rumah orang tua. Biasanya masalah susah nak tidur akan selesai dengan berbuat begitu bila jadual tidur di betulkan semula.

Amalkan puasa isnin khamis untuk senang tidur

Kemudian saya mula amalkan puasa sunat setiap hari isnin dan khamis. Semenjak mengamalkan puasa itu setiap minggu tanpa gagal, masalah paling ketara yang hilang adalah masalah kesukaran nak tidur malam.

Saya mula mudah untuk tidur malam. Letak sahaja kepala atas bantal terus terlelap. Sekarang sudah tak ada lagi masalah susah nak tidur. Terutamanya pada hari isnin dan hari khamis, malam hari tersebut, selepas solat insya saja dah mula rasa mengantuk dan keletihan. Biasanya amat mudah untuk tidur dengan nyenyak bila berpuasa disiang harinya.

Teknik pernafasan untuk senang tidur

Ini satu lagi teknik yang didapati amat berkesan untuk anda yang mengalami masalah susah nak tidur. Anda boleh menggunakan teknik pernafasan 4 langkah ini:

  • Hembuskan keluar nafas melalui mulut sampai habis kosong
  • Tutup mulut dan tarik nafas melalui hidung. Kira 1 sampai 4
  • Setelah itu tahan nafas anda. Kira 1 sampai 7
  • Dan akhirnya hembuskan nafas melalui mulut dengan kiraan 1 sampai 8
Buatlah kiraan dalam hati, jangan nak sebut pulak satu, dua... dengan mulut. Anda perlu ulang buat cara pernafasan sebegitu sekurang-kurangnya 4 kali.

Mula-mula mungkin anda masih tak dapat biasakan diri dengan cara pernafasan sebegitu. Anda perlu berlatih dan berlatih sampai ianya menjadi amalan yang mudah. Ini akan membantu tubuh badan anda menjadi tenang dan relaks.

Pengaliran oksigen ke seluruh urat darah anda dengan bernafas sebegitu akan membuatkan tubuh badan anda rasa tenang dan tidak tertekan. Walaupun pada mulanya anda mungkin tak dapat segera terlena, tapi yang pastinya anda akan menjadi tenang dengan bernafas sedemikian.

Berlatihlah selalu dan anda akan dapati teknik tersebut akan membantu anda tidur dengan mudah setiap kali nak tidur cepat. Selamat mencuba.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Susah nak tidur malam ? cuba buat macam ni, cara terakhir tu paling berkesan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !