Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, August 4, 2016

17 kelebihan yang anda boleh dapat dari daun jambu

  Mohd Shubhi       Thursday, August 4, 2016
Bagi budak kampung macam saya, pokok jambu merupakan salah satu daripada banyak pokok-pokok yang biasa dilihat kampung. Mungkin budak-budak bandar zaman sekarang tak ramai yang kenal dan biasa dengan pokok jambu seperti budak kampung zaman dulu.

Kat kampung, zaman kanak-kanak dulu, hampir semua rumah ada terdapat pokok jambu tumbuh samada depan, tepi atau belakang rumahnya. Biasanya ada hanya dua jenis pokok jambu yang ada kat kampung. Satu jenis berwarna putih biji yang ada di dalamnya, dan keduanya adalah jenis istimewa yang berwarna merah jambu, biji dan isi di dalamnya.

Zaman kecil dulu saya tak pernah tengok jambu batu yang besar seperti yang ada banyak sekarang di pasaran. Kesemua buah jambu yang dijual kat pasar malam besar-besar belaka. Ada juga jenis yang langsung tak ada biji seperti mana yang banyak dijual di RnR Tapah dan Bukit Gantang. Saya hanya biasa tengok jenis buah jambu yang sederhana besar sahaja dan ada banyak biji di dalamnya.

17 kelebihan daun jambu

Dari segi kegunaan pokok jambu pula, biasanya batang jambu amat mudah untuk dijadikan kayu gasing. Hanya orang tua-tua saja yang tahu menggunakan daun jambu dalam kes-kes perubatan kat kampung. Kami kanak-kanak hanya tahu panjat dan kait buah jambu.

Sebenarnya daun jambu ada banyak kelebihan dan kegunaannya yang mungkin anda tak tahu. Jom kita lihat senarai kegunaan daun jambu yang amat menarik untuk diketahui ini:

  1. Daun jambu boleh kurangkan tahap kolestro jahat (LDL) yang ada dalam darah anda tanpa mengurangkan tahap kolestrol baik (HDL) yang diperlukan dalam badan anda. Ambil daun jambu dan buat teh dan minum sebagai Teh Daun Jambu.
  2. Daun jambu boleh digunakan untuk meredakan masalah batuk.
  3. Daun jambu boleh legakan rasa gatal dan tidak selesa pada kulit anda akibat alergi. Lumatkan daun jambu dan tampal pada bahagian gatal tersebut.
  4. Legakan rasa sakit atau gatal dari gigitan serangga. Lumatkan daun jambu dan tampal pada bahagian kena gigit itu.
  5. Menhalang rambut dari gugur. Rebus daun jambu dan biarkan ia sejuk dalam suhu bilik. Gunakan air rebusan itu untuk membasuh kepala dan urut perlahan-lahan kulit kepala anda dengannya. Boleh tampal daun jambu yang dilumat juga pada kulit kepala dan urut perlahan-lahan.
  6. Jaga badan. Minum teh daun jambu baik untuk memotong selera makan berlebihan anda sebab Teh daun jambu menghalang pertukaran karbohidrat kepada gula.
  7. Legakan perut dari keracunan. Minum teh daun jambu dapat meberikan kelegaan pada perut anda yang memulas akibat silap makan atau keracunan makanan.
  8. Melegakan masalah ciri birit. Minuman teh daun jambu juga ada bahan antimikrob yang kuat untuk melegakan masalah cirit birit yang anda hadapi.
  9. Ekstrak dari daun jambu juga digunakan untuk meghalang pembesaran kanser prostat.
  10. Membantu masalah kesuburan lelaki. Minum teh daun jambu boleh meningkatkan pengeluaran dan pembentukan air mani lelaki, seterusnya meningkatkan tahap kesuburan orang lelaki.
  11. Merawat jerawat dan jeragat. Ambil daun jambu, ramas dan lumatkan dan tampal pada jerawat dan jeragat anda. Dah jadi bahan mujarab untuk cantik kulit muka anda secara semula jadi.
  12. Menghalang jangkitan kuman akibat luka. Lumatkan daun jambu dan sapu pada luka anda, insyaallah tiada berlaku jangkitan kuman. Jika telinga anda terkena jangkitan, rebus daun jambu dan titik sedikit ke dalam telinga untuk merawat jangkitan itu. 
  13. Merawat demam denggi. Ambil 6 helai daun jambu, masukkan 5 cawan air dan rebus sehingga kandungan air menjadi separuh. Minum air rebusan tersebut kerana ia membantu tingkatkan jumlah Platelet darah anda.
  14. Mengawal masalah diabetes. Minum air teh jambu atau air rebusan daun jambu membuatkan tahap gula dalam badan anda menjadi kurang seterusnya tidak meransang rembesan insulin.
  15. Melegakan sakit gigi, radang gusi atau luka dalam mulut. Anda hanya perlu mengunyah daun jambu untuk merawat masalah mulut tersebut.
  16. Buang bintik hitan pada kulit muka anda dengan meramas lumat daun jambu dan kemudiannya tampal pada muka. Ia juga bolah jadi formula awet muda pada wajah anda.
  17. Membantu masalah kulit kedut cepat tua. Sama juga caranya, lumatkan daun jambu dan tampal saja pada bahagian kulit yang anda nak jadikan muda dan tegang itu. Kesannya amat hebat dan mujarab sekali.
Tudia !

Punyalah banyak kejugaan dan kelebihan daun jambu kalau nak tau. Jadi sekarang jangan dok sia-sia kan pokok jambu yang ada kat kampung tu. Pergi cari benih dan segera tanam di depan rumah atau tepi atau belakang rumah anda. Lebih dari sepokokpun tak apa sebab banyak faedahnya.

Leas ini kita kongsikan pula cara buat teh daun jambu...
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 17 kelebihan yang anda boleh dapat dari daun jambu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !