Jadi, kali ini kita kongsikan cara bagaimana nak buta dan sediakan teh daun jambu untuk dijadikan menu tetap di rumah anda.
Cara buat teh daun jambu
Ikuti langkah-langkah yang disenaraikan di bawah:- Ambil dalam 8 ke 10 helai daun jambu dari pokok jambu kat belaang rumah anda itu.
- Basuh supaya bersih dari kekotoran kesemua daun jambu tersebut dengan menggunakan air suam.
- Masukkan daun jambu yang dah bersih itu ke dalam bekas.
- Tuang 300 ml ke 500 ml air ke dalam bekas tersebut
- Letakkan bekas tadi di dapur dan masak dalam tempoh 10 ke 15 minit. Dalam tempoh itu sila pastikan anda menutup bekas rebusan tersebut.
- Selepas 15 minit merebus, anda boleh masukkan sedikit daun teh untuk memberikan perasa dan warna teh. Kalau tak mahu letakpun tak mengapa.
- Campurkan sedikit madu atau gula untuk memberikan sedikit rasa manis pada air rebusan tersebut. Jika anda ada kencing manis, jangan letak gula, guna madu sahaja.
Sekarang minuman teh daun jambu anda sudah tersedia untuk diminum.
Cara buat ramuan ubat jerawat, jaragat, luka dan kuatkan rambut
- Ambil 5 ke 10 helai daun jambu
- Basuh dengan bersih
- Lumat dan hamcurkan daun jambu tersebut dengan lesung batu.
- Campurkan sedikit air suam dan sambung lumat dengan lesung.
Ubat tradisional anda dah siap untuk digunakan. Tampal pada mula yang berjerawat dan bergeragat, atau tampal pada luka, atau tampal pada gigitan serangga dan gatal-gatal.
Anda juga boleh tampalkan pada kepala di celah rambut. Urut perlahan-lahan kulit kelapa anda dengan daun teh yang dah lumat itu. Insyaallah rambut terselamat dari gugur dan rambut anda menjadi lebih kuat dan sihat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !