Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, August 18, 2016

25 negara paling inovatif di dunia, Malaysia tangga berapa ?

  Mohd Shubhi       Thursday, August 18, 2016
Senarai negara paling inovatif dunia baru saja dikeluarkan oleh Cornell University, INSEAD dan 'the World Intellectual Property Organization (WIPO). Bancian dijalankan terhadap lebih dari 100 buah negara seluruh dunia dan berikut merupakan senarainya:

  1. Switzerland (no 1 pada tahun 2015)
  2. Sweden (3)
  3. United Kingdom (2)
  4. United States of America (5)
  5. Finland (6) 
  6. Singapore (7) 
  7. Ireland (8) 
  8. Denmark (10) 
  9. Netherlands (4) 
  10. Germany (12) 
  11. Republic of Korea (14) 
  12. Luxembourg (9) 
  13. Iceland (13) 
  14. Hong Kong (China) (11) 
  15. Canada (16) 
  16. Japan (19) 
  17. New Zealand (15) 
  18. France (21) 
  19. Australia (17) 
  20. Austria (18) 
  21. Israel (22) 
  22. Norway (20) 
  23. Belgium (25) 
  24. Estonia (23) 
  25. China (29)
Nombor yang didalam kurungan adalah pencapaian negara yang dinyatakan pada taun 2015 sebelum ini.

Tentu ada yang tertanya-tanya, Malaysia menduduki tangga yang ke berapa dalam senarai Global Innovaton Index tersebut.

Malaysia menduduki tangga yang ke-35 pada tahun 2016. Pada tahun 2015, negara kita menduduki tangga yang ke 59. Ini menunjukkan peningkatan yang amat baik berbanding tahun yang lalu. Naik sebanyak 24 anak tangga !.

Tanhniah kita ucapkan pada para pemimpin dan para pegawai kerajaan dan semua para usahawan serta cendikiawan yang sudah tentu memberikan sumbangan yang besar dalam menjadikan negara kita lebih baik.

Walau bagaimanapun , negara jiran kita Singapura yang amat kecil di hujung Negeri Johor itu senantiasa meninggalkan kita lebih jauh. Dalam apa saja perkara, Singapura sentiasa mendahului kita. Kenapa agaknya mereka boleh jadi macam itu ?

Anda boleh lihat keseluruhan senarai negara paling inovatif dunia di sini.
Sumber maklumat
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 25 negara paling inovatif di dunia, Malaysia tangga berapa ?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !