Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, August 20, 2016

Cara selamat kawal serangga perosak pembawa penyakit dari rumah anda

  Mohd Shubhi       Saturday, August 20, 2016
Serangga dan makhluk perosak tidak sepatutnya berada di dalam rumah dan tinggal bersama kita. Bukan saja serangga atau makhluk ini merosakkan mood atau rumah anda, mereka juga boleh membawa berbagai penyakit kepada penghuni rumah.

Antara serangga dan makhluk perosak yang kita semua tahu boleh mendatangkan penyakit pada manusia adalah seperti tikus, lipas, nyamuk dan lalat. Kesemua serangga dan makhluk perosak tersebut sudah lama hidup bersama manusia di persekitran tempat tinggal kita.

Biasanya, orang akan gunakan bahan kimia atau racun serangga untuk membunuh serangga dan makhluk perosak ini. Memang itu antara cara yang amat berkesan yang biasa di amalkan. Tetapi, kita perlu maklum bahawa kadangkala racun serangga perosak itu boleh mendatangkan bahaya lebih buruk kepada manusia berbanding serangga dan makhluk perosak itu sendiri. Lebih-lebih lagi bagi pengguna racun yang tidak terlatih dan tidak ada ilmu terhadap penggunaan racun yang betul.

Jika anda punya masalah terhadap serangga dan makhluk perosak di rumah dan mahu mengawal dengan cara yang selamat dan berkesan tanpa menggunakan racun, ikuti beberapa langkah dan cara yang disebutkan di bawah.

1. Hindari rumah dari berselerak

Ini merupakan langkah awal yang paling mujarab untuk menghindari serangga dan makhluk perosak. Rumah yang tersusun rapi, kemas dan bersih membuatkan serangga dan makhluk perosak tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat membiak dan menginap.

Buang segala sisa makanan ke dalam tong sampah yang ditutup rapat. Cuci segala pinggan mangkuk dan elakkan daripada makanan terbiar di dalam singki. Jangan biarkan makanan atau minuman tertumpah melainkan anda mencuci tempat tersebut sehingga bersih dan tiada sisa makanan.

Jangan biarkan makanan terdedah selepas makan dengan dibiarkan di atas meja. Simpan dalam bekas dan masukkan ke dalam almari atau peti ais. Dengan berbuat begitu, anda berjaya menghindarkan serangga dan makhluk perosak datang mendapatkan makanan.

Begitu juga dengan bahan buangan seperti kotak, surat khabar dan lain-lain seumpamanya. Jangan biarkan bertimbun lama melainkan anda perlu membuangnya keluar dari rumah. Semakin kosong rumah anda dari bahan tak diperlukan, semakin tidak mesra rumah tersebut terhadap serangga dan makhluk perosak.

2. Uruskan bahan buangan dengan baik

Tong sampah yang berisi makanan merupakan syurga makanan untuk serangga dan makhluk perosak di rumah anda. Oleh itu, jangan biarkan ia mudah dicapai oleh mereka. Isi semua bahan buangan ke dalam bekas plastik dan tutup dengan rapat setelah dimasukkan ke dalam tong sampah yang bertudung kemas.

Seeloknya, segala bahan buangan tersebut diletakkan di dalam tong sampah yang berada di luar kawasan rumah. Pastikan tong sampah di luar rumah anda juga mempunyai penutup yang kukuh dan rapat. Sentiasa buang sampah ke dalam tong di luar rumah sebelum masuk tidur di waktu malam.

3. Tutup segala lubang dan bukaan

Banyak serangga dan makhluk perosak menggunakan lorong atau bukaan di rumah anda untuk masuk ke dalam rumah. Oleh itu, pastikan rumah anda tidak menyediakan lubang atau lorong yang boleh digunakan oleh mereka.

Bahagian bumbung, bahagian tandas, bahagian dapur dan lain-lain seumpamanya perlu ditutup supaya tiada ruang untuk makhluk perosak masuk ke dalam rumah anda. Tikus amat cekap mengesan lubang yang kecil untuk masuk ke dalam rumah mencari makanan. Tutup sampai rapat semua lubang tikus.

Untuk menghindari nyamuk, anda boleh pasang jaring kecil pada segala bukaan di rumah anda. Begitu juga segala bukaan di bahagian dapur dan sinki. Seal segera dengan bahan yang sesuai untuk menutup bukaan walaupun yang kecil. Ini akan mengelakkan lipas dan semua masuk ke dalam lubang atau bukaan tersebut untuk buat sarang pembiakan.

Jadikan rumah anda bebas serangga perosak

Jika anda lihat di atas, kesemua cara yang telah diberikan di atas boleh anda buat sendiri. Asalkan anda ringan tulang, semua urusan tersebut menjadi mudah untuk diamalkan. Rumah yang bersih dan tiada sisa makanan tidak digemari oleh serangga dan makhluk perosak. Anda juga perlu sentiasa simpan makanan di dalam bekas yang kuat dan tertutup rapat.

Setelah semua urusan di atas dilakukan, serangan serangga dan makhluk perosak yang amat minimun sahaja yang mungkin akan berlaku. Untuk menjadikan rumah anda terus bebas dari seranggan serangga dan makhluk perosak, anda mungkin perlukan khidmat syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah.

Mereka boleh melakukan kawalan dengan lebih sempurna dan secara profesional. Cara terbaik mengawal serangga dan makhluk perosak adalah dengan melantik syarikat pest control berlesen tersebut melakukan servis secara berkala.

Jika anda mahu dapatkan servis profesional pest control, anda boleh dapatkan khidmat dari syarikat bertauliah dan berlesen Easelife Services Sdn Bhd. (Formerly Known as Knockout Fumigation Sdn Bhd) Hubungi En Izam di nombor 012-2067357 untuk keterangan lanjut.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cara selamat kawal serangga perosak pembawa penyakit dari rumah anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !