Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, September 3, 2016

10 fakta tentang virus Zika yang anda perlu tahu

  Mohd Shubhi       Saturday, September 3, 2016
Secara rasminya negara kita baru mengesahkan hanya satu jangkitan virus Zika. Jankitan virus Zika telah ditemui pada seorang wanita yang baru balik dari negara jiran kita Singapura. Negara jiran kita itu dilaporkan mencatatkan sebanyak 115 kes jangkitan virus Zika. Selepas seminggu wanita dari itu balik dari Singapura dia dilaporkan mengalami demam dan ruam pada tubuh badannya. Kemudiannya dia disahkan terkena jankitan virus Zika. (sumber gambar)

Dengan berita tersebut, oramg ramai tentu rasa tak selesa dan timbul berbagai pertanyaan. Ditambah lagi dengan beredarnya maklumat berantai dalam kumpulan whatsap yang mendakwa kononnya virus tersebut sudah lama beredar di negara kita tapi ramai yang tidak ambil kisah dan tidak menyedarinya. Sangkaan sebegitu mungkin ada kebenarannya jika ramai yang terkena demam dan ada ruam tidak pergi mendapatkan rawatan di hospital atau di klinik.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita semua tahu sedikit fakta tentang virus zika ini supaya lebih peka dan tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini.

10 fakta tentang virus zika

Berikut adalah 10 fakta tentang virus zika yang anda perlu tahu:
  1. Virus Zika disebarkan melalui gigitan nyamuk dan juga aktiviti hubungan seks. Nyamuk yang bertanggung jawab sebarkan virus zika ini adalah nyamuk yang sama dengan virus demam denggi yang kita sudah lama tahu. Nama nyamuk tersebut adalah Nyamuk Aedes. Seks juga boleh membuatkan anda terkena jangkitan virus zika. Oleh itu jika pasangan anda pergi ke negara yang ada maslaah virus zika, pakailah kondon sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Lebih lagi jika pasangan anda seorang wanita yang sedang mengandung.
  2. Gejala jangkitan virus zika biasanya tidak ketara. 80% daripada mereka yang terkena jangkitan tidak mengalami apa-apa gejala (symptom) yang nyata. Jika adapun, biasanya ia berupa demam dan ruam pada tubuh badan. Jika teruk lagi anda akan rasa sakit pada sendi dan otot serta rasa sakit pada bebola mata dan pening kepala. Biasanya gejala tersebut berakhir selepas 2 hingga 7 hari.
  3. Masalah paling besar adalah pada bayi dalam kandungan. Jika ibu mengandung terkena virus zika, anak dalam kandngan terdedah pada masalah kecatatan ada perkembangan otak. Penyakit yang terkena bayi dinamakan sebagai "microcephaly". Dilaporkan di negara Brazil sebanyak 4000 kes penyakit tersebut telah berlaku sejak tahun 2015.
  4. Saintis sedang berusaha menghasilkan vaksin terutamanya pada bayi dalam kandungan untuk mencegah masalah ini. Tapi masih belum ada apa-apa hasil lagi setakat ini.
  5. Virus Zika bermula di negara Afrika dan sedang laju merebak. Virus ini pada asalnya bernama ZIKV. Ia di temui pada tahun 1947 berjangkit pada beruk di sebuah hutan bernama Zika di Uganda. Apabila dikaji saintis mendapati virus itu ada pada nyamuk. Virus ini melanda negara Afrika dan Asia dengan terusk antara tahun 1951 hingga 1981. Di Polynesia, 73% daripada populasi terkena jankitan virus ini pada tahun 2007.
  6. Negara terdekat kita yang mengalami masalah virus zika adalah Singapura. Di Thailand pula seramai 97 orang telah didiagnos dengan masalah yang sama. Anda boleh lihat di sini senarai tempat yang bermasalah dengan serangan virus zika.
  7. Anda mungkin tak bawa balik nyamuk. Ini adalah amat logik. Jika anda ke Singapura atau negara Afrika yang ada masalah sebaran virus Zika, sudah tentu anda tak akan bawa balik nyamuk yang ada virus zika. Tapi jika anda terkena gigitan nyamuk di sana atau anda buat honar dengan melakukan aktiviti seks dengan warga tempatan yang ada virus zika, anda memang sengaja cari pasal.
  8. Bantu cegah virus zika dengan menggunakan penghalau serangga. Jika anda mengembara atau jika anda duduk di rumah, cegahlah virus zika dengan menggunakan ubat nyamuk. Pasang ubat nyamuk atau pakai krim penghalau nyamuk.
  9. Kawalan nyamuk adalah cara terbaik untuk halang sebaran virus zika. Sama seperti nyamuk aedes yang menyebabkan masalah demam denggi, zika juga boleh dilakukan dengan cara yang sama. Hapuskan sebarang tempat yang boleh membuatkan nyamuk membiak. Lakukan aktiviti fogging di seluruh kawasan penempatan anda secara berkala sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 hari sekali.
  10. Kementerian kesihatan berkata mereka mempunyai persediaan dan kelengkapan yang lengkap untuk tangani maslaah ini. Semua hospital utama di negara ini mempunyai unit kawalan penyakit berjangkit dan diketuai oleh Ketua Pakar Jangkitan Penyakit Malaysia, Dr Christopher Lee dan kita mempunyai pakar di seluruh negara untuk merawat penyakit ini. Jadi jangan risau.
Apa yang anda perlu buat sekarang adalah teruskan menjaga kebersihan persekitaran rumah anda. Buang segala tempat takungan air dan elakkan diri anda dari terkena gigitan nyamuk aedes. Pakai pakaian yang sesuai jika terpaksa keluar di waktu pagi dari 6 pagi ke 10 pagi dan juga antara 6 petang ke 10 malam.

Jika anda perlukan perkhidmatan fogging untuk premis kediaman anda sebaga langkah pencegahan awal, anda boleh hubungi syarikat pest control bertauliah dan berlesen Easelife Services Sdn Bhd ( Formerly known as Knockout Fumigation Sdn Bhd). Telefon En Izam 012-206 7357

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 fakta tentang virus Zika yang anda perlu tahu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !