Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, September 1, 2016

3 cara berkesan hilangkan bau kasut anda yang busuk

  Mohd Shubhi       Thursday, September 1, 2016
Antara bau yang tidak digemari adalah bau kasut yang amat busuk. Bayangkan kalau anda pakai kasut stokin, kemudian sarungkan kaki anda yang ada stokin itu masuk dalam kasut yang memang dah busuk, kemudian keluar rumah pergi jalan ziarah rumah kawan.

Bila sampai rumah kawan, biasalah kita orang Melayu nak masuk rumah kena buka kasut. Andapun bka kasut, dan disebabkan malas atau sebab nak tunjuk stokin anda cantik, stokin atau sarung kaki tidak dibuka. Bila anda hanya pakai stokin masuk dalam rumah kawan tu, maka mulalah berbau seluruh ruang tamu rumah akawan anda.

Kalau hidung tak tersumbat, bau stokin yang busuk hasil daripada bau kasut anda yang busuk tadi itu akan memeingkan kepala. Orang akan cepat-cepat nak tamatkan perbualan dengan anda. Atau orang mula nak duduk jauh sikit daripada anda sebab tak tahan bau busuk.

Bau busuk kasut dan stokin anak dara Perancis

Saya ada pengalaman masa tinggal kat Perancis dahulu. Macam biasa kita orang Melayu, walau kat manapun kita tinggal, masuk rumah tetap kena buka kasut. Walaupun kat negara Perancis tu, orang mereka jenis yang tak buka kasut di dalam rumah, kita tetap tak ikut cara hidup mereka.

Bila jadi macam tu, maka orang Perancis yang kenal kami juga terpaksa ikut budaya buka kasut bila masuk ke dalam rumah Melayu. Begitu juga dengan seorang anak dara Perancis, anak kepada jiran kami. Pada satu hari dia masuk ke dalam rumah dengan buka kasut tapi tak buka stokin. Masyaallah !, punyalah berbau busuk sampai menusuk hidung di seluruh rumah Melayu. Walaupun bau kari kuat kat dapur, tapi bau busuk kasut yang melekat pada stokin itu tidak terpadam langsung.

Itulah satu pelajaran penting yang saya belajar hari itu. Jangan sesekali ajak anak dar mat saleh masuk rumah kita dan suruh dia buka kasut. Anda tak akan tahan dengan bau yang bakal dikeluarkan nanti. Memang begitulah bau kasut yang busuk bila kita asyik pakai kasut tak buka-buka sepanjang hari.

Hilangkan bau busuk kasut

Kat negara kita cuacanya panas. Bila pakai stokin dan pakai kasut, peluh membuatkan kasut jadi lembab. Ditambah dengan kasut jenis kain di dalamnya, bau busuk itu cepat terjadi dan akan kekal berbau macam itu kalau tak buat sesuattu. Berikut diberikan petua macam mana nak hilangkan bau kasut anda yang busuk dengan cara yang amat mudah dan berkesan:

  1. Sumbat kasut dengan kertas surat khabar - Ini cara paling murah pantas dan mudah. Bila waktu malam atau bila anda tak pakai kasut yang busuk tu, ambil kertas surat khabar dan sumbat masuk kedalamnya. Bau busuk itu akan diserap oleh surat khabar jika anda biarkannya semalaman.
  2. Masukkan uncang teh - Punca kasut anda berbau busuk adalah disebabkan oleh adanya bakteria. Jadi jika anda boleh bunuh bakteria tersebut, bau busuk akan mula hilang. Anda bleh buat begitu dengan masukkan uncang teh ke dalam kasut anda. Anda perlu masukkan dahulu uncang teh ke dalam air panas supaya bahan Tannin dalam teh keluar. Keluarkan uncang, perah airnya dan biarkan ia kering sedikit. Lepas itu masukkan ke dalam kasut dan biarkan beberapa jam.
  3. Masukkan lemon dalam kasut - Bau lemon kuat segar dan boleh hilangkan bau busuk kasut anda denga mudah. Belah lemon sekeping, kemudian perah sedikit dalam kasut kemudian tinggalkan kepingan lemon itu dalam kasut anda semalaman. Insyaallah bau akan hilang keesokkan harinya.
Saya ada sebut satu bahan bernama tannin di dalam serbuk teh dalam uncang tadi di atas. Bahan tannin adalah satu bahan yang berkesan yang mampu membunuh bakteria yang ada di dalam serbuk teh. Untuk keluarkan bahan tersebut, kita perlu masukkan serbuk teh ke dalam air panas beberapa minut, barulah dia keluar.

Sekarang anda dah tahu macam mana nak hilangkan bau busuk kasut anda dengan cara mudah dan berkesan. Boleh cuba malam ini dan tengok esok pagi keberkesanannya. Jika anda ada cara lain yang juga berkesan boleh kongsikan kat ruang komen di bawah ini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 cara berkesan hilangkan bau kasut anda yang busuk

Previous
« Prev Post

2 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !