Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, August 31, 2016

Perkara yang anda perlu tahu tentang Proton Persona baru

  Mohd Shubhi       Wednesday, August 31, 2016
Dalam masa yang amat singkat, Proton perkenalkan pada rakyat Malaysia dua model baru yang agak mengancam. Pertamanya adalah model Perdana. Keduanya adalah model Persona. Nampaknya bersungguh-sungguh mahu buktikan mereka mampu kembali menjadi model kenderaan pilihan rakyat Malaysia.

Selepas ini Proton nak lancarkan pula model baru yang bakal menggantikan Saga. Model Proton Saga sudah tentu disasarkan sebagai model bajet murah untuk mereka yang tak mahu habiskan wang yang banyak untuk memiliki kenderaan. Persona ini pulak adalah model yang lebih tinggi sedikit daripada Saga. Oleh itu, penerimaan orang ramai terhadap model Persona ini menjadi satu ukuran terhadap penerimaan model Saga nanti yang sudah tentu menyasarkan jualan yang jauh lebih tinggi berbanding model Proton yang lain.

Perkara tentang Proton Persona yang menarik

Jom kita lihat beberapa fakta yang menarik tentang model Proton Persona ini yang anda perlu tahu:

  1. Proton Persona ini ada iras Proton Iriz, model compact kecil yang telah dikeluarkan oleh Proton sebelum ini. Anda boleh perasan ada banyak parts yang sama dikongsikan antara Proton Persona dengan Proton Iriz. Contohnya adalah seperti windscreen, pintu depan, dan banyak juga parts dalam kenderaan tersebut adalah sama macam Iriz.
  2. Muka depan Proton Persona nampak mengancam. Jika anda berdiri dari depan kereta tersebut dan lihat muka depannya, anda tentu akan mengaku ianya agak mengancam juga. Lampu depannya yang slim dengan grill depan berkilat itu nampak macam ala-ala honda sedikit. Anda tentu bersetuju jika dikatakan muka Proton Persona dari depan nampak garang !.
  3. Keluasan dalam Persona terasa besar. Jika anda masuk ke dalam kereta Persona baru ini, anda boleh rasa macam kereta itu luas juga. Ini adalah hasil daripada pilihan warna dalaman yang agak terang yang membuatkan ianya nampak macam luas. Buka bonet belakang kereta Persona anda akan lihat ianya memang luas, sebab memang luaspun jika dibandingkan dengan Perodua Bezza. Jumlah keluasan Boot belakang Persona adalah 510 liter.
  4. Proton Persona hanya tawarkan model dengan kapasiti enjin 1.6 liter sahaja. Tiada kapasiti 1.3 liter untuk anda. Ini tentu sengaja dibuat begitu untuk berikan laluan pada Proton Saga yang akan dilancarkan nanti. Persona tawarkan enjin jenis VVT dengan 107 hp pada 5,750 rpm dan 150 Nm pada 4,000 rpm.
  5. Ada dua pilihan transmisi yang ditawarkan pada pembeli. Anda boleh beli samada gearbox 5 kelajuan atau anda boleh ambil jenis CVT. Jika anda beli Persona basic,anda hanya boleh dapat jenis gearbox manual dengan 5 kelajuan. Kalau nak yang jenis CVT perlu beli model executive atau premium.
  6. Penggunaan minyak juga amat menjimatkan. Jika anda pandu dalam purata 90 km/j, Proton Persona hanya makan minyak sebanyak 5.6 liter untuk 100 km perjalanan. Itu penggunaan minyak untuk jenis transmisi manual. Kalau pakai jenis CVT penggunaan minyaknya adalah sebanyak 6.1 liter untuk 100 km perjalanan.
  7. Bunyi bising ketika berada di dalam Persona ketika memandu adalah minimum. Bunyi tayar juga adalah minimum. Ringkasnya terasa selesa dan tidak bingit sangat ketika memandu Persona. Cuma bila bawak laju sikit melebihi 100 km/j ada terdengar bunyi angin, itupun taklah ketara sangat.
  8. Dari segi keselamatan, tak perlu nak risau sangat, Proton Personan ini mendapat rating keselamatan ASEAN NCAP lima bintang. Jika anda nak tahu apa binatang ASEAN NCAP itu, boleh baca kat sini maklumat berkenaannya.
Jika anda nak dapatkan Proton Persona pilihan Premium, anda boleh beli dengan harga yang kurang dari RM60 ribu. Anda boleh dapat semua gadget yang hebat-hebat untuk kereta tersebut. Kusyen kulit, alat kawalan audio pada steering, ada DVD, GPS, Bluetooth, USB port dan lain-lain lagi.

Ini pilihan yang ada siap dengan harganya sekali:

  • 1.6 Standard 5MT – RM46,350 (solid), RM46,800 (metallic)
  • 1.6 Standard CVT – RM49,350 (solid), RM49,800 (metallic)
  • 1.6 Executive CVT – RM55,350 (solid), RM55,800 (metallic)
  • 1.6 Premium CVT – RM59,350 (solid), RM59,800 (metallic) - bodykit pilihan, tambah RM1,000
Apa macam rakyat Malaysia !, ada yang nak beli atau ada yang dah beli, cuba komen sikit macam mana rasanya ?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perkara yang anda perlu tahu tentang Proton Persona baru

Previous
« Prev Post

10 comments:

  1. pesona masih guna timing belt. kereta buaan jepun dah 5-8 tahun dah guna timing chain yang lebih menjimatkan kos. kos tukar timing belt rasanya tak kurang dari rm 250++ (purata 1 kali 1 tahun)

    ReplyDelete
  2. Saya tak berpuas hati.gps cap ayam langsung tak berguna.

    ReplyDelete
  3. Memang seronok memandu persona ni.Pengunaan minyak nampak makin efficient dari 6.9 litres/100km semasa baru beli, turun ke 6.4 litres/100km selepas 1st service.

    ReplyDelete
  4. Bunyi angin kuat sekali masuk sari tingkap drivers seat. Plant proton tanjung malim ambik kereta saya 2 minggu masih tak dapat buatkan kereta. Aerodynamic bentuk kereta itu salah sehingga menyebabkan angin menghentam tingkap sebelah pemandu. Sesiapa yang mengalami issue ini Dan berasa sudah Di tipu proton.. boleh call saya Di 016 2894353 kerana saya tengah mengumpul data untuk memfailakan saman terhadap proton. Saya rasa diri saya ditipu kerana bunyi angin yang masuk memang ketara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Valentino, kereta saya persona (baru beli sebulan) tak der issue angin. tetapi ada isu wiper tak wipe 100%. Ada gap bahagian driver (~5 inch). Reverse camera nampak plat sendiri (5% visible). You got the same issue?

      Delete
    2. The most disappointing part is (COE service centre) ckp it is normal as their compare to other same model. Which is i think it was really funny.

      Delete
  5. persona saya masuk asap, bila anta ke service centre nk repairkan mereka jawab biasa la cmtu. biasa apa nya kete lain tkde pun masuk asap, vios saya proton saga blm pun tk masuk asap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la bro..bau asap masuk..3x komplen drg ckp sma mcm awk gtau..hmmm..

      Delete
  6. Aku pakai ok aje boss....persona 2017....Alhamdullillah.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !