Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, November 10, 2016

Jam tangan mewah jenama Malaysia ! ada rupanya... !

  Mohd Shubhi       Thursday, November 10, 2016
Rupa-rupanya dalam diam-diam, jam tangan mewah jenama dari negara kita sendiri, Malaysia dah lama ada dalam pasaran.

Alhamdulillah ! baru hari ini saya tahu pasal jam tangan mewah jenama keluaran Malaysia.

Saya pasti ada ramai di luar sana yang masih tak tahu dan tak pernah dengar adanya sebuah jenama jam tangan dari negara kita sendiri.

Biasanya, bila sebut pasal jam tangan mewah dan ekslusif, sudah tentu semua orang akan ingat jam tangan keluaran negara Eropah.

Memang dah jadi macam satu tradisi jam tangan mewah, bernilai seni dan punya sejarah yang lama adalah jam tangan dari negara Eropah.

Hinggakan tulisan halus pada mana-mana jam tangan di sudut bawah yang tertulis Made in Swiss itu dah menjadi satu standard yang tersendiri dan diiktiraf di seluruh dunia.

Gabungan Swiss Made dan jenama Malaysia

Jam tangan yang saya maksudkan adalah yang bernama ' Masa Horlogerie '.

Pernah dengar tak nama jam tangan Masa Horlogerie tu ?, tentu tak pernah kan. Kalau anda bukan peminat tegar dunia horlogerie, ada kemungkinan besar tak akan pernah terserempak dan terdengar jenama jam tangan tersebut.

Oleh sebab saya baru nak cuba faham dunia horlogerie ni, maka saya mula peka sikit pasal berita berkenaan jam tangan, jadi terbaca laporan pasal jam tangan jenama negara kita ini.

Jam tangan Masa Horlogerie ini adalah cetusan pengasasnya yang merupakan seorang doktor perubatan. Dia memang minat sangat pada dunia seni pembuatan jam tangan ini sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

Masa dok sekolah lagi dia dan mula dok kumpul duit untuk beli jam tangan Rolex 6422 Oyster Precision. Itu ketika dia berumur 15 tahun. Walau bagaimanapun, dia akhirnya gunakan duit yang dikumpul itu untuk beli PlayStation.

Nama pengasas Masa Horlogerie ialah, Dr Ahmad Syahid Mohd Fadzil. Seorang doktor perubatan lulusan dari Universiti Malaya dan berumur 34 tahun. Beliau berasal dari KL.

Memang pada asalnya dia nak pergi belajar buat jam tangan, tapi mungkin keluarganya risau takut tak boleh cari makan dengan kemahiran tersebut, maka dia buat perubatan di UM.

Bina jaringan melalui forum

Namun minat mendalam pasal jam tangan terutamanya dari jenama Swiss Made tak pernah padam. Dia mula bina jaringan dengan para peminat jam tangan dan juga para pakar dalam dunia horlogeire.

Semua jaringan kenalan itu diperolehinya dari dunia forum online sahaja. Akhirnya dia buat jam tangan juga apabila menubuhkan syarikat Masa Horlogerie Sdn Bhd pada tahun 2015.

Semuanya bermula pada tahun 2014 apabila Masa Horlogerie mendapat grant dari skim galakan kerajaan yang dianjurkan oleh Bumiputra Agenda Steering Unit. Hasil dari gabungan kesenian pembuatan dari swiss dan rekaan dari tempatan, maka lahirlah Masa Horlogerie.

Syarikat tersebut mempunyai pusat RnD mereka sendiri di Country Heights, Kajang, Selangor. Semua reka bentuk, spesifikasi dan bahan logam adalah pilihan tempatan.

Hanya pengeluarannya sahaja akan dibuat di Switzerland. Kesemua pembuatan jam tangan keluaran Masa Horlogerie adalah buatan tangan 100 peratus.

Memang hebat ! kalau nak tengok maklumat berkenaan Masa Horlogerie, boleh pergi ke link mereka kat sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jam tangan mewah jenama Malaysia ! ada rupanya... !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !