Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, January 11, 2017

Panduan periksa masalah pepijat sebelum beli atau sewa rumah

  Mohd Shubhi       Wednesday, January 11, 2017
Masalah serangan pepijat bukan lagi perkara yang jarang-jarang kedengaran sekarang. Syarikat pest control kat negara kita semakin sibuk menangani masalah serangan pepijat. Kalau anda google perkataan bedbugs, akan keluar banyak berita pasal serangan bedbugs yang berlaku di negara Amerika.

Kat Amerika boleh dikatakan setiap bulan akan keluar carta negeri paling tinggi menerima serangan pepijat atau bedbugs. Itu tandanya ia bukan lagi satu masalah kecil. Ia masalah besar yang mampu menggugat kesejahteraan penduduk.

Kat negara kita baru-baru ini, riuh berita sebuah bas yang membawa penumpang yang tak puas hati digigit pepijat sampai berbintil habis badan. Bas itu membawa bersamanya pepijat yang sedia menyorok dicelah kerusi bas yang memang boleh menjadi syurga pepijat.

Pastikan rumah sewa atau beli tanpa pepijat

Kalau kat bas pun boleh ada banyak pepijat, tak hairan kalau ada banyak rumah kat negara kita dah tersedia ada banyak pepijat. Sebabnya mudah saja. Penumpang bas yang dilanda serangan pepijat tempoh hari mesti ada yang bawa beg. Dan mereka tidak sedar ada kemungkinan beberapa ekor pepijat dan menyelinap masuk menyorok di celah beg yang mereka bawa.

Bila penumpang yang naik bas tersebut sampai kat rumah. Mereka tak akan terfikirkan lansung untuk periksa terlebih dahulu pada beg yang mereka bawa. Tak peduli samada ada pepijat terselit di celah beg atau tidak dan terus campakkan beg dalam almari atau letak celah katil.

Pepijat yang ada kemudiannya mula menyelinap naik dicelah katil atau dicelah perabut pulak. Mereka duduk melepak kat situ dan mula tunggu mangsa. Kemudian mula membiak dengan cepat dan sedar tak sedar rumah itu dah jadi mangsa serangan pepijat yang merimaskan. Kalau itu rumah sewa, mereka tak akan peduli. Paling mudah cabut saja dan pergi sewa rumah lain pula. Habis masalah serangan pepijat.

Tapi malang bagi orang baru yang nak masuk sewa rumah tersebut. Mereka sewa sekali dengan pepijat makan darah yang dan sedia ada kat dalam rumah itu. Atau mungkin pemiliknya nak jual rumah itu sekali dengan segala perabut yang ada. Mereka akan jual sekali dengan masalah pepijat yang ada kat dalam rumah itu.

Elak beli atau sewa rumah yang ada pepijat

Memang pepijat boleh dihapuskan jika rumah anda diserangnya. Tapi kos untuk hapuskan pepijat bukanlah murah macam beli kacang putih. Apa lagi kalau anda gunakan khidmat syarikat yang tidak ada pengalaman merawat masalah pepijat. Masalah tak selesai dan nak kena pakai syarikat lain pulak.

Jika anda perlukan rawatan pepijat yang berkesan dan selamat, hubungi Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pest control bertauliah di Shah Alam. Rawatan dengan menggunakan haba mampu menghapuskan pepijat sekali dengan telur pepijat yang ada di rumah anda. Hubungi Siti di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut.

Bagi mengelakkan rumah yang anda sewa atau beli bebas dari masalah pepijat, berikut diberikan beberapa maklumat penting untuk anda buat.

  1. Kenal pasti tempat menyorok pepijat - Tips mudahnya adalah dengan pastikan di mana saja celahan yang kad kredit anda boleh masuk, maka disitu pepijat boleh melepak santai dan membiak.
  2. Periksa dengan terperinci kawasan penghuni tidur - Pepijat kerjanya makan darah manusia. Jadi dia akan berkumpul dan membiak pada semua tempat yang manusia suka duduk. Yang paling ketara sekali sudah tentu tempat tidur. Begitu juga pada sofa atau kerusi.
  3. Periksa celahan perabut - Perabut ada banyak celahan yang boleh jadi tempat menyorok pepijat. Jadi pergi periksa semua perabut yang ada kat rumah itu terutamanya di bilik tidur.
  4. Periksa celahan karpet - Kalau rumah itu dah pasang karpet, selak celahan dihujung karpet yang ada. Tengok samada pepijat berkumpul kat situ atau tidak.
  5. Periksa frame gambar yang tergantung pada dinding - buka dan periksa semua frame gambar kalau ada. Tengok semua celahan kalau ada pepijat atau bekas najis atau kulit pepijat.
  6. Periksa celahan wall paper - kalau rumah ada wall paper yang merekah, pergi selak dan periksa kewujudan pepijat kat situ.
  7. Celahan pintu - Pintu bilik tidur terutamanya perlu dilihat dan diperiksa.
  8. Beri perhatian pada kayu - Pepijat lebih suka bahan kayu berbanding bahan plastik atau besi. Begitu juga bahan fabrik seperti pada tilam dan kusyen. Berikan perhatian lebih pada bahan tersebut.
  9. Periksa tanda serangan pepijat - Anda hanya perlu lihat samada ada pepijat hidup atau tidak. Lihat juga warna titik titik gelap pacam kena titik dengan pensil, itu kesan najis pepijat. Cari kulit coklat cerah kesan tinggalan kulit pepijat yang bersalin kulit. Lihat juga kalau ada kesan macam berkarat kecil-kecil bertampok. Itu semua adalah anda-tanda ada pepijat.
 Setakat itu saja kali ini petua supaya anda berhati-hati sebelum sewa atay nak beli rumah terutamanya yang ada perabut tersedia di dalamnya. Nanti dalam artikel lain kita lihat pula maklumat berkenaan tabiat pepijat pula.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Panduan periksa masalah pepijat sebelum beli atau sewa rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !