Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, January 7, 2017

Malaysia negara no. 15 paling tak selamat di dunia

  Mohd Shubhi       Saturday, January 7, 2017
Betulkah negara kita Malaysia merupakan negara no. 15 paling tidak selamat di dunia ?

Soalan yang sama jika ditanya kepada Pak Menteri, terutamanya YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Kementerian Dalam Negeri, sudah tentu dia akan kata, itu satu pembohongan besar.

Bagi Pak Menteri, mengatakan Malaysia sebuah negara yang tak selamat adalah satu point buruk negatif terhadap kelansungan penguasaan mereka di tapok pemerintahan. Jadi secara natural, sudah tentu apa saja perkara buruk akan dinafikan mentah-mentah.

No. 15 paling tak selamat di dunia

Jadi, dari mana saya dapat angka no. 15 paling tidak selamat di dunia tersebut ?

Kedudukan buruk itu saya dapat dari Portal Crime Index by Country. Ia merupakan senarai bancian yang memaparkan kedudukan aktiviti jenayah di 118 buah negara. Bancian adalah terhadap orang ramai yang samada mengalami sendiri pengalaman di sesebuah negara, atau persepsi yang orang rasa terhadap sesebuah negara.

Samada ianya adalah pengalaman mahupun sebuah persepsi, kedua-duanya adalah boleh diterima. Sebagai rakyat Malaysia, kita mahukan sebuah negara yang rendah dari segi aktiviti jenayahnya. Bukan itu saja. Kita juga mahu dilihat sebagai selamat dari kaca mata penduduk Malaysia sendiri, mahupun dari kaca mata orang luar.

Tapi malangnya bancian tersebut meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kegiatan jenayahnya adalah tinggi. Indek jenayah bagi negara Malaysia adalah sebanyak 65.56. Dalam kategori jenayah tinggi apabila indek berada dalam lingkungan antara 60 ke 80.

Malaysia tidak selamat berbanding Indonesia. Tidak juga selamat berbanding India. Malah ditinggalkan jauh berbanding negara Filipina. Tak payah nak bandingkan dengan negara Singapura. Negara itu merupakan negara no. 2 paling selamat di dunia selepas Korea Selatan.

Tempat tinggal saya juga tak selamat

Ramai orang rasa tak selamat sebenarnya sekarang. Hari-hari kedengaran kes jenayah berlaku samada di media alternatif ataupun di media massa. Kes pelik-pelik bunuh orang kerap kali kedengaran. Kes tembak menembak juga sering kita dengar. Kes bunuh dengan pistol juga bukannya perkara pelik berlaku kat Malaysia. Sedangkan negara kita antara negara paling keras undang-undangnya dalam bab senjata api.

Baru-baru ini saja berlaku dua kejadian jenayah kat tempat tinggal saya sendiri. Kebetulan semua kejadian itu berlaku pada orang yang saya sendiri kenal. Bertambah yakin lagi saya bahawa tempat tinggal saya tidak berapa selamat.

Dua tiga hari sudah kisah seorang warga Nepal yang kudung kedua-dua tangannya. Dia memang dah lama cacat. Tapi seorang yang amat rajin kutip barangan terbuang untuk dijual sebagai sumber pencarian utamanya.

Dengan tangan kudung itulah dia mengayuh basikal tayar 3 yang ada kotak di tepi untuk isi barang. Segala barang tin, kotak dan plastik akan dikutipnya pagi petang dan malam untuk dijual. Tengok keadaan kudungnya itu tapi tidak menyerah kalah dan tak minta sedekah adalah satu perkara yang menakjubkan.

Tapi hari itu dia kena pukul dengan dua orang India. Mereka tahan dia ditempat yang tak ada orang, pukul dan rampas semua duit hasil jualan yang dia dapat dari kutip barang buangan. Punya celaka dua pemuda India itu, orang cacat di rompaknya. Saya yakin duit rompakan itu mahu digunakan untuk beli arak sebagai bahan mabuk mereka.

Maaf ! saya tidak merendahkan orang India kat sini. Kebetulan sahaja yang merompaknya adalah dua orang pemuda India.

Kelmarin pula berlaku satu lagi kejadian pada seorang Bangla yang juga saya kenal. Bangla itu dah 26 tahun tinggal di negara kita. Kerjanya adalah ambil upah buat rumah dan renovasi rumah. Semua orang lama yang tinggal kat kawasan itu kenal dia.

Orangnya biasa saja. Hari-hari naik basikal. Beli barang nak buat rumah juga dia ulang alik naik basikal. Kalau barang banyak kedai hardware akan tolong hantar. Orangnya rajin dan tak pernah kacau orang lain.

Kelmarin dia terjaga ketika sedang tidur dalam rumahnya. ebaik saja terjaga dalam pukul 5 pagi, tiba-tiba pintu biliknya ditendang kuat. Menyerbu masuk dua pemuda India (India lagi !). Seorang bawa parang. orangnya tinggi dan besar gelap hitam dan garang.

Bangla itu terkejut dan cuba ambil besi yang ada di tepi tilamnya tapi tak sempat. Sebaik saja lihat bangla itu nak capai besi, si India itu terus memarang tangannya di lengan. Berdarah luka sampai ketulang.

India itu kata tak payah melawan. Dia hanya mahu duit dan setelah dapat duit dia akan belah balik. Lalu diambil India itu tabung duit siling satu tin minyak. Dirampas semua wang tunia lain yang ada ada bangla itu juga dari 3 lagi warga bangla yang kebetulan sedang terlantar demam denggi tak bermaya. Kutipan malam itu saja berhasil di bawa pulang oleh penjenayah India itu sebanyak RM4 ribu lebih.

Pertahankan diri dan keluarga

Saya sendiri rasa tak selamat. Entah bila akan berlaku pada kita ? mohon Allah pelihara saya dan keluarga dari semua kejadian yang tidak diingini sebegitu.

Tapi berdoa, berdoa juga. Usaha perlu dilakukan untuk pastikan kejadian sedemikian tidak berlaku pada diri ini. Saya sedang memikirkan jalan yang perlu diambil untuk emnghadapi kes jenayah yang semakin menular sekarang. Mungkin salah satunya yang dah lama saya pertimbangkan adalah untuk belajar seni pertahankan diri sampai Master.

Satu lagi mungkin perlu pertimbangkan untuk ada pistol dan belajar menembak sampai mahir. Sebab ramai perompak terutamanya geng India suka bawa parang. Jadi mungkin dengan pistol mereka akan lebih kecut perut.

Satu lagi mungkin perlu pertimbangkan untuk sertai kumpulan kongsi gelap yang power kat kawasan saya. Berbaik dengan Boss kongsi gelap itu rasanya lebih mudah untuk pastikan gangster amatur lain tak berani nak kacai kita. Tapi cara ini agak bahaya juga.

Mungkin perlu berdamping dengan seramai mungkin geng Polis kat kawasan rumah saya. Perlu sering jemput mereka datang singgah makan kat rumah sekurang-kurang 3 kali seminggu. Bila orang jahat tengok polis kerap datang rumah kita mungkin mereka tak berani nak buat hal dengan kita.

Apapun, kena fikirkan satu jalan atau beberapa jalan untuk selamatkan diri dan keluarga... apa nak jadi dengan negara ku tercinta agaknya... ?


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Malaysia negara no. 15 paling tak selamat di dunia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !