Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, January 6, 2017

Bagaimana nak jadi jutawan walaupun makan gaji ? ada idea ?

  Mohd Shubhi       Friday, January 6, 2017
Itu soalan yang sedang ligat difikirkan dalam kepala sekarang. Bagaimana nak jadi seorang jutawan dalam keadaan seseorang itu masih makan gaji. Dan makan gaji pula bukan sebarang makan gaji. Majikannya mestilah kerajaan.

Kalau diolah lebih tepat lagi, soalannya berbunyi, macam mana nak jadi seorang jutawan walaupun dalam keadaan menjadi penjawat awam kerja dengan kerajaan. Itu soalan yang lebih tepat. Sebabnya, makan gaji dengan syarikat swasta tak sama dengan makan gaji dengan kerajaan.

Kita lihat dari sudut jawatan yang tinggi dan bukan sekadar pegawai rendah. Jika makan gaji dengan syarikat swasta dalam kedudukan jawatan yang tinggi adalah seperti CEO sesebuah syarikat yang besar. Bukan sekadar syarikat kecil-kecilan dengan turnover kurang dari 5 juta setahun.

Jadi CEO dalam syarikat besar dengan turnover ratusan juta setahun biasanya ada potensi jadi jutawan walaupun dia bukan pemilik syarikat, sebab ada anyak ganjaran yang ditawarkan pada individu berkebolehan tinggi mengendalikan syarikat besar secara profesional.

Jadi jutawan walaupun sekadar penjawat awam

Yang menjadi kemusyikilan ramai sebenarnya adalah golongan yang memegang jawatan dalam kerajaan, tapi dalam masa yang sama bertahap jutawan. Ini bukan perkara luar biasa berlaku dalam negara kita, malah dah biasa-biasa saja kelihatan di seluruh negara terutamanya di kerajaan pusat.

Berapa sangat gaji seorang penjawat awam ? siapa boleh berikan pencerahan sebenar kat sini. Kalau ada maklumat, sila kongsikan kat ruang komen di bawah nanti. Kalau dilihat dari maklumat yang saya google, tak ada langsung dinyatakan berapa sebenarnya gaji penjawat awam berpangkat tinggi kat negara kita.

Ada kemungkinan gaji penjawat awam tinggi kerajaan adalah sekitar RM20,000 sebulan. Saya agak jumlah tersebut berdasarkan maklumat dari wikipedia tentang gaji Ketua Setiausaha Negara. Ddiberikan jumlah gaji Ketua Setiausaha Negara sekarang adalah sebanyak RM23,577 sebulan. Kalau nak diikutkan, itu merupakan jawatan paling tinggi boleh dipegang oleh seorang pegawai kerajaan Malaysia.

Boleh dirumuskan bahawa sudah tentu ketua setiausaha kementerian dan pegawai tinggi kerajaan lain tak akan dapat bersaing ketinggian gaji yang ketua setiausaha negara dapat. Persoalannya bolehkah seseorang yang dapat gaji macam tu jadi seorang jutawan ?

Cara jadi jutawan walaupun makan gaji

Baru-baru ini pihak SPRM gagau seorang ketua setiausaha sebuah kementerian kat negara kita atas kes disyaki mengamalkan rasuah. Baru disyaki sahaja ok, bukan pasti lagi. Kenapa kena syak ?, sudah tentu kerana lagak hidupnya seperti seorang jutawan. Boleh dirumuskan bahawa SPRM sendiri tak percaya bahawa seorang panjawat awam kerajaan peringkat tinggi mampu jadi jutawan.

Dalam mengelidah rumah penjawat awam tersebut, didapati ada bahan-bahan ajaib ini,
  1. Jongkong emas !
  2. Beg mewah sampai 150 biji ! dari jenama seperti Chanel, Hermes, Dior, Louis Vuitton and Gucci.
  3. Jam tangan mewah !
  4. Wang dari negar asing.
Jumlah jongkong emas dan nilai matawang asing yang dihimpunkan dalam aktiviti geledah tersebut adalah dalam RM3 juta !!!. Belum kira nilai beg mewah berjenama yang banyak tu. Nilai beg-beg tersebut adalah dalam lingkungan RM7 ribu ke RM100 ribu.

Perghhh ! gila punya mewah !. Itu gaya seorang jutawan tu. Kalau nak harapkan gaji sebanyak RM23 ribu sebulan, sampai mampuih tak akan mampu beli kesemua itu.

Sila berikan pencerahan untuk jadi jutawan

Duduk di pusat bandar, di lembah kelang, dengan jumlah gaji sebanyak itu bukanlah satu kemewahan. Ia hanyalah jumlah yang cukup makan sahaja. Dah lama saya sendiri ada pengalaman bawa balik gaji dalam lingkungan RM20 ribu lebih sebulan, tapi tak pernah mampu nak beli beg mewah, nak beli jam mewah, apatah lagi nak pergi trip main golf ke Amerika Syarikat.

Apa yang baru kejadian itu dalam kes setiausaha kementerian hanyalah satu contoh. Kalau nak betul-betul semak, semua orang boleh lihat sendiri bagaimana kehidupan para pegawai tinggi kerajaan yang ada di negara kita (bukan semua OK !).

Jadi tolonglah, kongsikan pada semua rakyat Malaysia bagaimana hang pa pakat jadi jutawan !, ramai rakyat Malaysia yang bawa balik gaji dalam lingkungan RM20 ribu lebih sebulan tapi sampai nak mampuih masih tak dapat jadi jutawan macam hang pa.

Bukan nak marah !, serius memang nak tahu supaya kita dapat lahirkan lebih ramai jutawan. Banyak buku motivasi kata, kalau nak jadi jutawan, pergi belajar pada mereka yang dah berjaya jadi jutawan. Jadi hangpa semua dah jadi jutawan, apa pasal nak meut sangat ilmu hangpa...

Atau mungkin pembaca ada tips yang mereka pernah kongsikan sebelum ini ? kongsikanlah !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana nak jadi jutawan walaupun makan gaji ? ada idea ?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !