Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, February 15, 2017

Menarik betul Beg Pejabat kulit lembu dan kain kanvas lasak berkualiti ini

  Mohd Shubhi       Wednesday, February 15, 2017
Hari ini saya berjaya jumpa sebuah beg pejabat yang diperbuat dari kain kanvas tahan lasak dan kulit lembu yang berkualiti kat portal belian online Lazada.

Beg yang diperbuat dari kain kanvas macam ni memang dah lama saya cari. Rasanya orang lelaki yang berfikiran retro sezaman dengan saya tentu ramai yang suka beg jenis ni. Zaman ayah saya dulu memang banyak beg jenis ini. Kalau bukan disebabkan masalah zip, kesemua beg retro arwah tentu masih dalam simpanan.

Beg jenis ini memang amat tahan lasak. Sampai sekarang masih teringat rupa bentuk beg yang diperbuat dari kain kanvas kat rumah pusaka dulu. Beg kembara sederhana besar tu sering digunakan oleh arwah ayah dan abang bila nak travel keluar kawasan dan tak balik hari.

Jumpa beg diperbuat dari kanvas kat KLCC

Semuanya bermula bila saya meronda kat KLCC baru-baru ini. Bawak anak ramai-ramai satu keluarga pergi ke Kedai Buku terkenal kat situ, Kinokuniya.

Sebelum bawa mereka semua tenggelam kat kedai buku di tingakat 4 tersebut, kami ronda-ronda kat bahagian Ground Floor di Suria KLCC tu. Sampai kat bahagian yang banyak kiosk jualan tu terserempak dengan satu kiosk yang menjual berbagai jenis beg.

Lebih menarik lagi kesemua beg mereka diperbuat daripada kain kanvas yang tahan lasak. Ada tertulis Durable Canvas pada semua beg mereka. Ada berbagai warna dan kesemuanya kelihatan lusuh macam warna kain kanvas yang biasa kita tengok. Itu warna kegemaran saya selama ini.

Sedang membelek dan dilayan oleh jurujual kat situ, seorang wanita muda Melayu, saya tanya samada beg ini diimport dari luar negara. Saya tanya macam tu sebab beg yang dicampur buatannya dari kulit dan juga kain kanvas punya harga yang boleh tahan tingginya.

Beg kanvas lasak buatan Malaysia

Jurujual wanita itu beritahu kesemua produk mereka diperbuat kat Balakong sahaja. Kesemuanya diperbuat dari tangan menggunakan mesin jahitan. Jumlah produk tak berapa banyak dapat dikeluarkan sebab prosesnya bukan dibuat secara mesin aotomatik. Tapi kelebihannya adalah servis selepas belian.

Kalau anda beli apa saja beg kanvas buatan mereka, kalau rosak atau koyak atau zip tak tutup, bawa saja kembali ke situ dan mereka akan membaikinya sampai elok. Lama manapun anda dah beli dan memakainya tak kisah. Kos membaikinya biasanya hanya sebanyak RM15 sahaja. Bergantung juga kepada tahap kerosakannya.

Atas semangat nak sokong segala produk buatan Malaysia, dan memang dah lama nak beli satu beg travel diperbuat dari kain kanvas tahan lasak, maka saya beli terus sebuah beg kembara bersaiz sederhana. Bet itu majoriti besarnya adalah dari kain kanvas dan disulam dengan kulit tak asli dibahagian tertentu seperti pada tangkai dan pada penutupnya. Katanya kulit tak asli tu boleh tahan dalam 2 tahun. Harganya adalah RM199 sahaja.

Beg pejabat dari kanvas dan kulit asli

Ada satu lagi beg diperbuat dari kain kanvas dan kulit asli. Itu beg pejabat yang boleh digunakan untuk bawa laptop di dalamnya. Saya memang dah berkenan sangat dengan beg itu. Lagipun beg pejabat kulit asli dari Jepun yang saya dah lama pakai dah perlu ditukarkan.

Tapi saya tangguhkan dulu. Beg komputer biasa yang ada masih boleh digunakan lagi. Tahan diri dan sabar sebentar. Punca utamanya adalah melihatkan harganya yang agak tinggi. Dalam lingkungan RM350 juga kosnya. Boleh tahan juga mahalnya, walaupun tak berapa mahal.

Macam biasa bila dah berkenan, beg pejabat tu melekat kat dalam kepala. Kalau dibiarkan mahu saya ke KLCC semula dah capai satu lagi beg pejabat pulak untuk dibuat beg ke pejabat. Tapi tahan lagi sampailah hari ini.

Beli beg pejabat kanvas dan kulit dari lazada

Sampailah petang tadi, teringat pulak nak cari beg kanvas dan kulit kat portal belian online Lazada. Maka bukalah saya dan mula menaip apa yang dicari kat situ. Jeng, jeng jeng... dah jumpa pulak beg menarik yang menag dok cari dah lama.

Yang lebih menarik adalah disebabkan harganya yang lebih murah. Rekabentuknya juga lebih ringkas dan amat menarik sebagaimana kegemaran saya selama ini. Dan akhirnya saya terus order dan selamat duit dari kad visa saya petang tadi. Mungkin seminggu lagi beg tu akan sampai kat rumah. Lama sikit sebab ianya bukan buatan dalam negara.

Yang pentingnya ia diperbuat dari kain kanvas yang tahan lasak. Disulam dengan kulit lembu dan bukan kulit babi. Saiznya memang sesuai sangta khas untuk dimasukkan sama laptop ke dalamnya dan beberapa benda pejabat lain seperti buku dan kamera kompak. Sesuai juga untuk kembara urusan bisnes.

Rupa bentuk beg yang saya beli tu seperti mana kat gambar yang dipaparkan di artikel ini. Kalau teringin nak beli satu boleh klik pada pautan yang saya berikan kat bawah ni.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Menarik betul Beg Pejabat kulit lembu dan kain kanvas lasak berkualiti ini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !