Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, February 17, 2017

Ada ke pembeli jam tangan mewah Vacheron Constantin secara online ?

  Mohd Shubhi       Friday, February 17, 2017
Pernah dengar nama jam tangan mewah Vacheron Constantin ni ?
Klik kat sini untuk sumber gambar atas tu.

Kalau tak pernah dengar lagi, sekarang anda dah dengar. Cuma mungkin tak reti nak sebut pula perkataan 'Vacheron Constantin'.

Kalau nak sebut dengan betul, perlu ada asas sebutan dalam Bahasa Perancis. Saya cuba gambarkan bagaimana nak sebut perkataan Vacheron Constantin ni dalam ejaan Bahasa Melayu.

Sebutannya adalah begini;

Va - She - Qho (sebut dengan loghat utara huruf 'r')
Kons - Tons - Ten ( huruf n jangan sebut)

Wah ! mencabar juga kan, nak belajar menyebutnya.

Kalau nak lebih mudah lagi untuk mendengar bagaimana orang sebut perkataan Vacheron Constantin ini, anda boleh pergi ke Google Translate, letakkan dalam Bahasa Perancis, kemudian tekan butang audio kat bawah tu. Dia akan tolong anda buat sebutannya dengan betul.

Klik kat sini untuk ke Google Translate.

Bila jam tangan Vacheron Constantin bermula

Kalau nak ikut sejarah yang mereka paparkan dalam website Vacheron Constantin, ia dimulakan oleh by Jean-Marc Vacheron pada tahun 1755 di Geneva. Geneva ketika itu menjadi pusat pelarian para penganut kristian protestant dan menjadikan negeri itu sebagai pusat agama mereka.

Bila kita tolak 2017 dengan 1755, dah masuk 262 tahun sejak ia ditubuhkan sampai sekarang, jenama jam tangan tersebut masih bertahan. Hebat memang hebat. Mungkin sebab itu jam tangan tu harganya sangat mahal.

Pada tahun 1819, keluarga Vacheron yang selama ini mengusahakan jenama jam tangan mereka, bergabung dan berkerjasama dengan François Constantin. Dengan kerjasama itu, sayarikat bergerak pula atas nama Vacheron & Constantin.

Panjang cerita sejarah jam tangan ni kalau nak dituliskan. Lebih mudah pergi baca saja kat wikipedia, anda boleh hayati perjalanan syarikat ini yang penuh dengan warna warni.

Apa yang menarik nak saya kongsikan adalah, antara pemakai jam tangan Vacheron Constantin ini termasuklah Napoleon Bonaparte !.

Cabaran pembuat jam tangan mewah sekarang

Kalau dilihat daripada pasaran jam tangan mewah buatan swiss terutamanya, mereka sedang menghadapi masalah yang besar sekarang. Hasil jualan jam tangan buatan swiss yang kebanyakannya bertumpu kepada jam tangan mewah dan mahal, menjunam dengan teruk pada tahun 2016.

Pasaran paling besar jam tangan mewah dan berkualiti tinggi kat dunia ini berpusat di Hong Kong. Kalau pergi sana, anda boleh cari apa saja jam tangan hebat kat dunia ini terjual di situ. Tapi tahun 2016 menyaksikan hampir kesemua jam tangan mewah tak bergerak langsung kat Hong Kong.

Orang kaya raya pun malas nak belanja benda yang mereka tak pakai sangat agaknya ?

Jika difikirkan memang pelik juga. Siapa yang perlukan jam tangan sekarang dalam dunia yang hampir semua orang ada telefon pintar. Waktu mudah sangat nak semak dengan adanya telefon pintar. Malah boleh semak waktu di seluruh dunia dengan smart phone ni.

Jadi kenapa nak pakai jam tangan lagi ya ?

Jam tangan sebagai barang kemas

Strategi pembuat jam tangan mewah mungkin dah nampak kesemua itu. Mereka bukannya nak jual alat untuk tengok waktu sangat, tapi nak jual prestige. Mungkin nka jual gaya dan lain-lain seumpamanya.

Jam tangan Vacheron Constantin atau yang lain yang sama waktu dengannya dah jadi macam barang kemas sekarang. Bukan lagi sekadar penunjuk waktu.

Secara logiknya, kalau orang perempuan gila nak pakai barang kemas macam rantai emas, gelang emas, cincin emas dan sebagainya, yang kesemua barang kemas itu tak bolehpun nak tunjukkan waktu. Malah tak ada nilai seni dan teknologi yang baguspun dalam pembuatan barang kemas berbanding dengan jam tangan. Tapi tetap, masih orang perempuan gilakan emas.

Jadi kalau jam tangan digabungkan dengan seni teknologi pembuatan dijadikan bahan koleksi macam barang kemas, logiklah juga kan. Boleh melaburkan duit cash yang ada dengan beli jam tangan mewah dan simpan untuk lihat nilainya meningkat dari tahun ke tahun.

Beli Vacheron Constantin secara online

Hasil dari pasaran jam tangan yang agak suram sekarang ini, Vacheron Constantin telah melancarkan satu usaha untuk menjual jam tangan buatannya secara online. Itu cubaan pertama kali mereka sejak 262 tahun menjalankan perniagaan.

Mereka nak cuba sebarkan kewujudan mereka kepada golongan muda sekarang yang lebih mesra internet. Dengan harapan pasaran mereka akan menjadi lebih luas lagi.

Percubaan mereka adalah untuk jual satu versi jam tangan Vacheron Constantin dari edisi 36 Cornes de Vache 1955. Ia merupakan edisi terhad yang hanya boleh dibeli melalui online sahaja. Jam tangan itu tidak dijual di kedai jam tangan.

Tapi siapa agaknya yang nak beli, terutamanya di Malaysia ni. Nak tahu berapa harganya seunit ?

Tawaran istimewa untuk anda yang nak beli jam tangan tersebut, harganya hanyalah sejumlah RM199,800 sahaja. Anda boleh beli jam tagan itu dari website Hodinkee.com, sebuah portal berita tentang perkembangan industri jam tangan dunia.

Harga tu boleh beli sebuah rumah kat negara kita !

Kalau posmen tahu dia bawa sebuah jam tangan mewah macam tu punya harga, apa agaknya tindakannya. Atau kalau perompak tahu anda order jam tangan tu yang bakal dihantar oleh poslaju, apa agaknya perompak tu akan buat ?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ada ke pembeli jam tangan mewah Vacheron Constantin secara online ?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !