Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, February 24, 2017

Apa sebenarnya bahan kimia yang bunuh Kim Jong-nam

  Mohd Shubhi       Friday, February 24, 2017
Sekali lagi negara Malaysia menjadi berita hangat di seluruh dunia apabila senjata bahan kimia yang membunuh Kim Jong-nam disahkan.

Pihak polis dengan rasminya mengesahkan bahawa Kim Jong-nam dibunuh dengan menggunakan senjata bahan kimia yang amat merbahaya. Senjata kimia itu dinamakan sebagai 'VX nerve agent'.

Dalam aksi pembunuhan tersebut, diberitakan dua orang wanita telah melumurkan cecair bahan kimia merbahaya tersebut ke muka Kim Jong-nam. Dikatakan bahan kimia VX nerve agent itu terbahagi kepada dua bahan. Apabila dicampurkan sebelum digunakan, dapat dijadikan sebagai bahan kimia pembunuh yang amat berkesan.

Analisa kimia mengesahkan VX nerve agent

Daripada analisa di makmal, pihak polis dapat sahkan bahawa bahan kimia tersebut memang sejenis senjata kimia merbahaya. Ia termasuk dalam senarai senjata kimia merbahaya di bawah Chemical Weapons Conventions of 1997 and 2005.

Macam mana senjata kimia merbahaya itu boleh ada di Malaysia jadi satu bahan perbincangan yang menarik di seluruh dunia. Bagaimana pula dua wanita yang melumurkan bahan kimia merbahaya itu tidak terkesan dengan keracunan yang ada padanya juga satu perkara yang menarik untuk di ketahui.

Yang semua orang tahu di seluruh dunia adalah Korea Utara merupakan salah satu negara yang memang menyimpan berbagai jenis senjata kimia merbahaya.

Menurut maklumat dari Korea Selatan, negara jirannya itu memiliki dalam simpanan mereka antara 2,500 ke 5000 tan bahan kimia merbahaya yang bila-bila saja boleh dijadikan sebagai senjata kimia dan senjata biologi pembunuh.

Bagaimana VX nerve agent membunuh

Bahan kimia VX nerve agent itu ditemui oleh saintis dalam kajian untuk menghasilkan racun serangga 10 tahun yang lalu. Bahan kimia itu juga jenis yang tidak ada bau dan tidak ada rasa.

Jika tersentuh walaupun hanya sebanyak 10 miligram pada bahagian kulit manusia, ia sudah mampu menjadikan orang yang terkena mayat.

Sebaik saja anda tersentuh dengan VX, segala otot anda akan mula mengecut tanpa boleh dkawal lagi. Selanjutnya anda akan berhenti dari bernafas dan akhirnya menemui ajal.

Negara mana lagi ada senjata kimia VX

Antara negara yang pernah menyimpan dalam stor mereka senjata kimia merbahaya ini termasuklah Amerika dan Russia. Tapi menurut laporan, mereka dah hapuskan kesemua simpanan tersebut setelah bersetuju dengan konvensyen penghapusan senjata kimia 1997

Aktiviti menghapuskan kesemua senjata kimia tu tamat pada tahun 2012. Itulah yang mereka laporkan.

Jadi sekarang tinggal Korea Utara saja yang masih simpan bahan kimia bunuh orang itu. Sebab itulah hampir semua orang tuduh tak ada lain yang bunuh Kim Jong-nam selain daripada agen Korea Utara.

Bahan kimia yang sama juga telah digunakan dalam kes bunuh orang di negara Jepun satu ketika dahulu dalam tahun 1995. Kumpulan ajaran sesat Aum Shinrikyo dari Jepun itu serang 3 orang dengan menggunakan VX yang mereka buat dan campur sendiri. Seorang mati dalam serangan yang mereka lakukan.

Kes ni nampaknya satu kes yang amat serius apabila Korea Utara tuduh negara kita sengaja nak kenakan mereka atas pengaruh Kores Selatan. Wanita Vietnam yang terlibat dalam kes pembunuhan itu dikatakan tidak punya kes yang kuat untuk melakukan kerja bahaya macam tu. Dia dikatakan seorang gadis yang pemalu dan lemah lembut.

Korea Utara juga percaya polis sengaja buat cerita yang gadis dari Vietnam dan seorang dari Indonesia itu membunuh Kim Jong-nam. Mereka persoalkan kenapa kedua-dua gadis tu tak jadi apa-apa kalau mereka pegang bahan kimia tersebut.

Memang kes hangat sebenarnya isu ini. Macam-macam boleh jadi kalau tidak ditangani dengan baik dan bijak. Yang pastinya, Korea Utara hanya nak tahu samada yang mati itu benar-benar Kim Jong-nam. Kalau boleh sahkannya, rasanya mereka akan tenang semula.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa sebenarnya bahan kimia yang bunuh Kim Jong-nam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !