Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, February 4, 2017

Pasaraya Mydin rugi teruk tahun 2016, pertama sejak 60 tahun berniaga

  Mohd Shubhi       Saturday, February 4, 2017
Ini satu peristiwa bersejarah buat Mydin Mohamed Holdings Bhd sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1957. Buat julung kalinya pasaraya terkenal tempatan itu mencatatkan kerugian yang amat teruk pada laporan kewangan berakhir March 2016 yang lalu.

Pertama dalam tempoh 60 tahun berniaga !

Untuk tahun 2017 ini juga nampaknya macam tak berapa nak elok. Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, kalau mereka dapat kekalkan jumlah kerugian yang sama untuk tahun 2017 ni, sudah kira bagus !.

Dari kenyataan itu nampaknya dia lebih risau kalau-kalau kerugian akan menjadi lebih teruk lagi pada tahun ini. Ertinya tak payah nak cakap pasal untung lagi. Kekalpun dah bersyukur.

Kenapa Mydin rugi teruk

Sejak Mydin ditubuhkan, ia berkembang dengan amat pesat sekali. Menjadi satu-satunya pasaraya tempatan yang amat besar yang boleh dibanggakan. Kalau orang nak kata dia bukan Melayu, tapi dia mamak, tak kisahlah, sekurangnya dia rakyat Malaysia yang saya yakin berstatus Bumiputera.

Trajedi mengalami kerugian sudah tentu disebabkan berbagai faktor. Dan salah satu penyumbang kepada cabaran tersebut menurut Mydin adalah disebabkan polisi kerajaan yang tidak membantu. Polisi terutamanya terhadap para peniaga peruncitan seperti mereka.

Malang sudah jatuh ditimpa tangga kemudian diberak ke muka dek ayam apabila secara kebetulan kerajaan mula laksanakan sistem GST. Kemudian kerajaan ketatkan pula akta kawal harga dan seumpamanya. Kemudian nilai RM pula teruk menjunam. Semua itu seperti memalitkan gara pada luka.

Ditambah lagi pula dengan kawalan gaji yang kerajaan buat dengan berbagai levi. Kesukaran untuk mendapatkan pekerja asing dari negara lain meningkatkan semua kos operasi pasaraya seperti Mydin.

Mydin terpaksa tarik brake kesemua perancangan pembesaran mereka akibat dari apa yang sedang berlaku sekarang.

Kuasa membeli rakyat makin teruk

Kerajaan kakat mereka berikan BR1M supaya rakyat boleh guna untuk berbelanja dan galakkan ekonomi negara. Nampaknya terbukti itu semua langsung tidak membantu. Jumlah jualan pasaraya Mydin merosot.

Pasaraya seperti Mydin mensasarkan golongan berpendapatan rendah sebagai pelanggan utama mereka. Dan golongan ini sebenarnya berada dalam keadaan yang parah sekarang. Kos hidup meningkat sedangkan jumlah pendapatan macam tidak bergerak langsung.

Kerajaan boleh kata macam-macam. Cari kerja tambahan, kerja lebih masa, buat dua atau tiga kerja dan sebagainya. Tapi masalahnya semua orang hanya ada 24 jam saja sehari. Sampai berapa kerja tambahan rakyat berpendapatan rendah boleh tambah ?

Baca laporan dari sumber asal kat sini.

Walau apapun, jangan risau, be positif, be positif, negara lain rakyatnya jauh lebih teruk...


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pasaraya Mydin rugi teruk tahun 2016, pertama sejak 60 tahun berniaga

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. PANDAI JUGA MYDIN NI PUSING. mydin di SME corp sebelum ni belasah apa ekk

    ReplyDelete
  2. Tipu lah mydim haramdin

    Epf beli gedung 250 juta d Seremban kan dah untung 150 juta atas angin

    Sapa suruh main politik bukak mymudin lah 1malaysia lah.. Padan muka lu sokong bn!!!

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !