Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, February 6, 2017

Bersihkan restoran atau tutup saja jangan berniaga !

  Mohd Shubhi       Monday, February 6, 2017
Tentu semua orang setuju dengan kenyataan kat atas tu. Pastikan pemilik semua kedai makan bersihkan restoran mereka. Pastikan semua taukeh restoran sentiasa kekalkan keadaan restoran atau kedai makan dalam keadaan bersih.

Dalam bab kedai makan, anda selesaikan masalah orang ramai yang tak ada masa nak masak sendiri. Sebagai gantinya, orang ramai bagi duit kat pemilik restoran yang selesaikan masalah mereka. Jadi tolong berikan khidmat terbaik dalam bab menyediakan makanan untuk orang ramai. Pastikan semua keadaan dalam baik dan restoran anda dalam keadaan bersih.

Kalau anda sediakan makanan untuk makan sendiri, lantaklah nak buat macam mana sekalipun. Kalau nak terkena keracunan, nak sakit selepas makan masakan anda sendiri, tak ada siapa nak kisah sangat pun. Tapi dalam berniaga kedai makan, anda sediakan makanan untuk orang ramai. Jadi jagalah kebersihan atau jangan berniaga terus.

MBSA tutup 8 kedai makan

Baru-baru ini, pihak MBSA telah membuat satu pemeriksaan mengejut terhadap premis makanan sekitar pusat komersial seksyen 7 Shah Alam.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 8 premis makanan telah diarahkan tutup sementara waktu untuk membolehkan para pemiliknya membetulkan keadaan kebersihan kedai makan mereka.

Pihak MBSA telah keluarkan sebanyak 7 notis dan 11 kompaun dalam operasi bersepadu tersebut. Kesemuanya melibatkan tahap kebersihan yang tidak boleh diterima dan juga isu penjagaan kesihatan dari penyakit berjangkit.

Dalam serbuan tersebut dan ketika pemeriksaan dijalankan, pihak MBSA akan memberikan rating terhadap tahap kebersihan sesebuah restoran atau kedai makan. Jika rating yang mereka terima kurang dari 50%, maka arahan tutup akan dikenakan dengan serta merta.

Maksudnya, kesemua 8 kedai makan kat seksyen 7 tu tahap kebersihannya adalah kurang dari separuh daripada yang diperluakn oleh pihak berkuasa. Ertinya amat kotor ! lalat, lipas, taik tikus dans ebagainya tentu bermaharajalela !.

Baca laporannya kat sini

Bersihkan restoran atau tutup jangan berniaga

Ini prinsip yang semua kedai makan perlu pegang dan amalkan dalam falsafah perniagaan mereka. Begitu juga semua pengguna yang kaki makan di luar dan jenis tak masak sendiri. Semua perlu pegang falsafah yang sama.

Bagi semua penduduk Malaysia, anda sebagai pengguna perlu genggam pendirian jangan masuk makan di kedai yang kotor tidak jaga keberisihan. Sebelum duduk makan, periksa sedikit keadaan kedai makan tersebut. Pergi tengok bahagian tandas, bahagian dapur dan penyediaan makanan. Jika kotor belah saja keluar dari restoran itu.

Alasan yang taukeh kedai makan nak berikan memang banyak. Tak sempat ler, tak larat ler, pekerja tak dengar cakap ler, terlupa ler, tak perasan kedai makan kotor ler ! dan macam macam lagi alasan.

Tak tahu kedai kotor !

Kalau anda dengar taukeh kata macam tu, nasihatkan dia supaya jangan berniaga kedai makan. Itu bukan urusan bisnes yang sesuai untuk dia. Elok pergi kutip sampah terpebih dahulu dan fahami macam mana yang dikatakan bersih dan macam mana yang dikatakan kotor.

Tak nampak taik tikus merata !

Kalau dengar taukeh kata begitu, nasihatkan dia agar ambil khidmat pest control. Pastikan syarikat bertauliah datang ke premisnya buat pemeriksaan dan berikan cadangan macam mana nak halnag tikus dari berpesta di kedai makanan mereka.

Begitu juga lipas dan serangga perosak lain. Jika anda perlukan khidmat pest control di kedai makan, hubungi Easelife Services Sdn Bhd, syarikat pest control di sekitar Shah Alam yang berlesen. Hubungi Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bersihkan restoran atau tutup saja jangan berniaga !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !